Pixajoy

Monday, April 02, 2018

Aryan Nufael 21 Bulan



Aryan 1 tahun 9 bulan. Semakin sado dengan kerenah yang sangat menghiburkan. Suka sangat buat messy, hasil kerja dia kadang-kadang sedikit mendatangkan marah, tapi end up macam mana pun ibu akan melting juga. Macam mana nak marah kalau dia dok sengih buat muka tak bersalah langsung.

Sengih yang exactly like this bila buat salah

Dah sama besar Kak Pia.

Si muncit..perut tu dik..bila tanya mana perut mesti tangan tunjuk perut dengan muka repeat seperti pic mula2 tadi.hehe

Naughty face. Rutin hari minggu ikut ibu pi work.. Saya belum mandi tak tuntuang

Check up haritu timbang berat Aryan 14.5 kg. Fuhh semangat dok kat line merah dah kata nurse. Nurse tak aci tak kira BMI..aryan ni tinggi..i'm not fat..i'm just big bone, kata Aryan sado..haha

Fasa sekarang sangat independent..nak pakai selipar sendiri, nak makan minum sendiri, dah boleh harap naik tangga sendiri, how time flies..tak puas rasa gomoi Aryan masa baby.

Nak makan sendiri tu dah bagus, ibu pulak yang bertabah nak mengemas

Balik dari umah mak pengasuh sambung tidur letih teruk. Sebijik rambut Kak Pia dulu2. Ibu sayang nak potong rambut Aryan...macam gegurl kan.huhu

Umur sekarang Aryan dah semakin banyak cakap dan mengajuk. Banyak word 1 perkataan dia dah boleh sebut dengan fasih. Boleh trace banyak benda dan pandai berinteraksi dengan percakapan even kebanyakan benda dia sebut yang belakang saja. 

Aryan sangatlah minat buku. Ini satu yang sangat beza dari abang dan kakak dia. Harap-harap sampai besar la kan minat buku. Ibu ni entah berapa kali sehari kena layan read aloud. Setiap masa datang di riba minta kita bacakan untuk dia.

Dictionary picture book camni bagus untuk budak sebaya Aryan. Ada lagi 2 3 buah buku tapi yang ni paling Aryan dan ibu suka.

Mat sengih dari kecik. Sejenis suka senyum.

Kuat mengadak air batu. Haa yang ni tak pantang. Sebab dia tonsil ibu bagi ja.Ok alasan tak kukuh.haha..

Pakaian musim hangat. Singlet tu gegurl sangat..i'm still abang sado tau. 

Pantang nampak tudung sibuk suruh ibu pakaikan pastu semalam first time dia kata kat ibu.." baq.." suruh ibu tangkap gambaq dia..kemain sangat Aryana ni!






Thursday, March 29, 2018

Libur - Libur Zoo Taiping



Plan asal nak ke Bukit Bendera, nak pekena Aiskrim  Banana Split viral tu. Pastu singgah Padang Kota la kena Pasembur. Sampai kat feri Masyaallah kereta tersusun, almaklum musim cuti sekolah kan, mana tempat je tak jam. Fikir balik pukul berapa nak dapat naik atas..buatnya orang ramai kat Bukit Bendera tu naya ja.

So aku ajak en suami pusing balik ke Taiping. Ubah plan kita ke Zoo. Zoo pun dah lama tak jejak, anak-anak dah besar, dah waktu yang sesuai..mesti depa enjoy.

Tiket masuk dewasa RM 17, kanak-kanak RM 8.50, budak below 3 year percuma. Kalau datang by group or IC alamat Perak boleh dapat diskaun lagi.

Lets go in

Masuk je dalam tengok bersusun orang dok tunggu train. Aku dengan Aiman semangat ajak abah depa jalan kaki je pusing zoo. Naik train tu bukan nampak sangat binatang, nak tunggu train dengan orang ramai tu pun dah buang banyak masa dah. Aku bab tunggu ni memang lemah sikit. Jalan la bakaq sikit kalori tu abah oi.haha

Aryan punya ligat..kuat jalan...sekali dua je minta dukung tu pun kejap sangat. Nampak dia sangat enjoy tengok animals, memang tak buat perangai langsung. 

Tak plan pun nak pakai boria grey. Dah siap tengok-tengok sekali dengan abah baju sama warna. Haha

Birds

Crocodile

Acah-acah tengok peta sangat

Memang enjoy tengok animals ibu mampu snap dari belakang tunjuk bontot ja.hihi

Orang Utan

Tunjuk fish

Macam pandai baca hang dik

Aryan tengok Kak Pia panjat dia pun ikut

Lagi minat dengan fish. Aduhh takat fish ni tak payah mai zoo boleh tengok adik oii

Rest sat letih jalan wefie sekeping.huhu

Kak Pia drama queen ada sikit la drama mata pedih masuk habuk la..geruk sana geruk sini gatal sebab peluh..pastu dok bising Kak Pia nak naik keretapi.haha.

Deer ke namanya ni

Tenggiling

Spesis beruk bontot merah ni banyak pulak berkeliaran. Aryan dia bukan reti takut..siap pi dekat nak buat geng peluk. Nasib beruk tu pun nampak orang dekat dia lari. Ibu takut dia gigit je.

Kelawar ni Kak Pia kata dah tengok dalam Upin Ipin. This is real Kak Pia oii bukan dalam TV.


En suami ajak datang zoo lagi dalam masa terdekat. Aku macam ceh..jemu dah kot Zoo Taiping ni. Sepuluh kali dah kot masuk..tunggu 5 tahun lagi la kita pi.hahaha..




Thursday, March 22, 2018

Aiman's 11th Birthday



Setiap tahun ibu mesti raikan hari lahir anak-anak dengan kek. Kami tak pernah buat apa-apa sambutan birthday party. Hadiah pun bukan perkara wajib. Aiman pun bukan sejenis yang demand.  Tapi baru-baru ni dia ada minta kasut bola baru..yang lama dah kecik katanya. So in advance dah dapat hadiah harijadi la kiranya. Yang bagusnya kasut lama dia tanya ibu boleh tak nak bagi kawan..sifat pemurah tu ibu puji la.haha

Die hard fan bola kan..tu ibu order kek padang bola. Vanila layer blueberi je ni dah tak tau nak makan kek apa. Nama abah tu ada sekali sebab birthday abah 6 hb tak sempat nak buat kek.huhu


Chocholate cake moist ibu buat juga hari sama, balas dendam sebab dok bertangguh nak buat dari birthday abah depa sampai birthday Aiman baru jadi.


Add on kek batik lagi. 3 bijik kek ibu payung. Makan sampai puas.hehe


Balik kerja ambil kek tak menyempat bebudak ni nak makan. Tak sempat tunggu malam dah nak potong dan makan.





Happy birthday Aiman Mukhlis. Sekejap masa berlalu..dulu Aiman kecik je..la ni dah sama besaq dengan ibu dah..baju seluar semua boleh share, sama saiz dah dengan ibu. Semoga jadi anak soleh yang boleh menjadi pelindung adik-adik, sentiasa mendoakan ibu abah ke syurga. Ibu sentiasa doakan kesejahteraan kesihatan dan kejayaan anak ibu.






Monday, March 12, 2018

Bacalah Anakku Afia Buku 6



Alhamdulillah complete Buku 6. BAK 6 ni Afia banyak buat aktiviti baca plus sticker dan baca plus padankan. So far Afia ok ja semangat baca dan buat aktiviti simple camni. Ibu nak buat BBM pun sibuk..so on the spot bila Afia minta aktiviti ibu lukis dan tulis pastu padankan. Banyak masa ibu tak sempat snap pun aktiviti kami..malas nak snap sebab aktiviti sama je dok ulang-ulang.

Lukisan pun versi bodo-bodo ja orang lidi semua janji ada rupa dan yang penting matlamat sampai. Kadang-kadang lukisan ibu pun jadi bahan lawak.haha..

Aktiviti baca dan padankan kenyataan ikut gambar

Ni ajak ibu main sorak-sorok perkataan, dah jumpa bulatkan pastu baca ayat yang ibu tulis.

Latihan dalam buku fonetik habis semua licin dia buat. Nampak tak betapa rajinnya dia menulis dan membaca.hahaha..

Sticker activity, kalau dah habis modal sangat ibu tulis ayat minta baca..setiap 1 perkataan dan gabung bunyi suku kata Afia lekat 1 sticker. Paling best dah macam ni..Budak mana tak suka sticker kan..habis dia lekat sticker satu badan sekali ngan bontot adik Aryan semua penuh sticker.huhu


Now Afia dah proceed BAK 7. So far so good..cepat je dia pick up. Ibu is happy sekarang memang takda drama dah tak nak baca, buka buku semua. Malah semangat Afia macam lebih sangat ibu pulak tak dapat nak kejar kerajinan dia.hehe

Sekarang kalau jumpa perkataan dalam buku cerita, Afia dah mula tunjuk minat nak baca. Alhamdulillah berbaloi usaha ibu selama ni. Rasanya target ibu nak Afia pandai membaca di usia 5 tahun dah hampir tercapai.