Pixajoy

Monday, April 18, 2011

Home » Fakta Lagi, Jangan Ada Bosan

Fakta Lagi, Jangan Ada Bosan




Panas..panas..panas..haha panas dunia!.Tidak ada apa yang mampu aku buat kecuali memaksa bapak mertua kesayanganku memasang aircond, Kalau nak kena lempang sedas dua, cubalah.haha..Sedangkan bawak kereta pun beliau menggunakan fresh air, nie ko nk mintak pasang aircond? Gila khinzir ahh kalau pak mertua aku mau..hoho

Dah stop merapu meraban yer puan kutu..Nak share lagi fakta, jangan pernah bosan untuk belajar.keke..


  • Mateorit yang jatuh di Hoba West, Afrika, pada tahun 1920 merupakan yang terbesar dan paling berat pernah gugur ke bumi. Ia berukuran 2.7 meter panjang dan 2.4 meter lebar dengan jumlah berat 60 tan.
  • Motor elektrik terkecil di dunia berukuran 0.04sm iaitu lebih kecil daripada kepala jarum peniti, dibina oleh William MCLellan dari Amerika Syarikat. Ia mengandungi 13 bahagian dan pergerakan motor itu hanya boleh dilihat menerusi mikroskop.
  • Ukuran red kangaroo ketika dilahirkan ialah dua sentimeter, tetapi ia membesar sehingga 2.6 meter panjang. Haiwan itu boleh melompat sejauh lebih 12 meter dalam satu lompatan dan berupaya bergerak dengan kelajuan 48 km sejam.
  • Logam osmium adalah bahan yang paling tumpat di dunia iaitu enam kali lebih tumpat daripada emas. Jongkong osmium setebal saiz wang kertas seringgit adalah seberat 2.4 kilogram.
  • Kereta api penumpang terpanjang di dunia berukuran 1,733 meter panjang dicatatkan di Belgium pada tahun 1991. Ia mengandungi 70 buah gerabak, sebuah lokomotif elektrik dan seberat 2,786 tan.
  • Kelajuan maksimum 39,897km sejam yang dicapai oleh Apollo 10 merupakan yang terpantas pernah dicatat manusia. Kelajuan itu 15.4 kali ganda Tupolev Tu-14, pesawat penumpang paling laju di dunia.
  • Bom atom pertama dibina mengambil masa selama 3 tahun dengan kos AS$3 bilion dan memerlukan saintis, jurutera dan tenaga pekerja yang ramai.
  • Upacara menyarung cincin berlian di majlis pertunangan telah dimulakan pada tahun 1475 oleh Archduke Maximilian (Autria) ke jari tunangnya Princess Mary (Burgundy). Ketika itu cincin disarungkan ke jari hantu.
  • Maharaja Morocco, Moulay Ismail (1672 - 1727) mempunyai 525 anak lelaki dan 342 anak perempuan yang dilahirkan oleh 1,703 orang isterinya.
  • Masyarakat Cina memerlukan 600,000 peti limau mandarin untuk merayakan Tahun Baru Cina. Ini bermakna mereka membelanjakan RM12 juta untuk membeli limau sahaja.
  • Pulau Batu Hairan, 65 kilometer ke timur laut Kudat, Sabah merupakan pulau terbaru wujud di dunia. Pulauini mempunyai keluasan 0.77 hektar dan 3.1 meter tinggi, ditemui pada 14 April 1988.
  • Papua New Guinea dianggarkan mempunyai 4 juta penduduk, menggunakan paling banyak bahasa di dunia iaitu 869 kesemuanya. Setiap bahasa digunakan oleh lebih 4,000 orang penduduk.

Ok korang..Aku nak g menternak lemak share nasik goreng dengan Aiman.huhu bye..


SUMBER : http://afrina-sigs.zoom-a.com/faktamenarik.html



               

12 comments:

halila Ibrahim said... Best Blogger Tips

cuaca di Johor dengan Kedah beza ka.. pasai tak pernah dok Johor.. tapi la ni memang tengahari panas gila.. rasa menyucuk2... mungkin sbb petang hujan kot...

Taufiq Arifin a.k.a. Topimagine said... Best Blogger Tips

penduduk papua memang hidop brpuak2 kn... so tu la banyak bahasa.. n xcampur ngan bangsa2 len :)

Anonymous said... Best Blogger Tips

Banyaknya isteri Maharaja Morocco tu. Nafsu kuda ke apa tu. Alahai~

fizalinolie said... Best Blogger Tips

Wah! fakta menarik yang ada jugak Fiza tak tahu. Yang bestnya pasal Maharaja Morocco. Banyak giler anak dia. Huhu. Thanks yer Murni kongsikan Fakta menarik ini.

mykhalis said... Best Blogger Tips

pendapat Khalis kalau nak kemukan fakta camni kalau nak tarik perhatian selang selikan dengan gambar..ini pendapat tau..

Rina AVAIL a.k.a cik betty said... Best Blogger Tips

Ramainya anak maharaja tu yer..subur betull..

safurara said... Best Blogger Tips

wahhhh dasat....mmg panas sume fakta2 ni.td sy lunch mkn tempoyak.huaaa sedap.

lalink7 said... Best Blogger Tips

thx for sharing!

puanbee said... Best Blogger Tips

kenapa dia tk suka aircond ?? hee

Unknown said... Best Blogger Tips

fakta lagi...


dah klik HB 1

Woofer Storm said... Best Blogger Tips

takpe,sy suka je fkta2 ni sis.menambahkn ilmu pengetahuan.thnk^^

Woofer Storm said... Best Blogger Tips

gila bngat maharja moroco tu.....kuat gila..hheee