Pixajoy

Thursday, September 29, 2011

Tangan adik terkapai-kapai

"Saya hanya nampak dia tenggelam timbul sambil tangannya terkapai-kapai. Saya cuba untuk membantu, tetapi tak berani kerana tali air itu dalam,” kata Muhammad Farhan Zamri, 10, abang kepada Muhammad Fardinie, 5, yang lemas selepas terjatuh ke dalam tali air di Kampung Sungai Lintang, dekat sini, petang kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 5.30 petang itu, Muhammad Fardinie tergelincir ke dalam tali air sedalam hampir dua meter itu ketika melihat Muhammad Farhan bersama dua rakannya memancing di tali air terletak kira-kira 100 meter dari rumah mereka.


Berita dari Metro semalam. Baca seterusnya kat SINI


Terkejut juga mendengar berita tentang ni. Kebetulan Isnin lepas aku yang bertugas petang. Aku ada terima panggilan kebajikan minta sambungan anak anggota meninggal. Tapi tak tahu pulak siapa sehinggalah mendengar berita nie time jamuan raya semalam. Rupanya yang meninggal adalah anak kepada salah seorang anggota tentera tempat aku bekerja yang sangat aku kenali. 


Pada korang yang dah lama mengikuti perkembangan aku mesti tahu yang sewaktu aku mula-mula pindah ke Sungai Petani dulu aku ada masalah tentang rumah. Koperal Zamri merupakan anggota yang bertanggungjawab sepenuhnya mengenai penempatan kuarters. Beliau yang sering membantu sehingga aku dapat masuk rumah. Kiranya orang pertama yang aku kenal kat sini. Secara kebetulan lagi bapa saudara kepada Kpl Zam berkawan baik juga jiran bapa mertua aku. Entah, kata Kpl Zam kami ada bau-bau bacang juga.


Selepas aku cerita kat en suami, en suami telefon Kpl Zam dan ucapkan takziah. Harapan aku seluruh ahli keluarga Kpl Zam tabah. Semoga aruah adik Muhammad Fardinie tenang disana. Al fatihah.


* Aku nak jalan-jalan ke Lumut!







                                               

Wednesday, September 28, 2011

Wordless Wednesday : Cili Ajaib




                                               



Berakhir Sudah Raya



Salam


30 syawal telah berlalu. Sudah sebulan kita memanjakan perut dengan segala juadah raya. Syukur kerana masih diberi nikmat makan dan kesihatan yang baik untuk merasa semua jenis makanan kerana rezeki yang melimpah.


Hari ni dekat pejabat ada buat makan-makan sempena hari lahir seorang rakan pejabat merangkap jamuan raya kecil-kecilan. Menu yang ada adalah lontong basah, kuah kacang, ketupat, rendang ayam, pulut kuning dan kuih. 


Dah lama tak makan pulut kuning, nikmat gila dapat makan hari nie. Rendang ayam pencen rupanya sedap. First time makan seri muka yang di bakar, selalunya makan yang kukus tu je kan. Triffle yang kawan aku buat pun boleh tahan sedap. Nak belajar buat jugaklah nanti.hehe.




Dari pagi sampai petang tiga kali aku makan ulang-ulang. Penutup raya katakan.haha..Betul syawal setahun sekali, tapi nak turunkan kilo yang meningkat ambik masa sampai raya tahun depan pulak. Lepas raya nie harapan aku semoga nafsu makan tidak meningkat tanpa dipinta. Risau juga melihat lemak di pinggang makin berleluasa. Sendiri mau ingat! Sekian.





                                               

Tuesday, September 27, 2011

Tetikusrusak.net Penaja Hadiah Utama Contest Kisah Dongeng

Salam bahagia,

Seperti yang aku janjikan, aku akan update pasal penaja contest. Aku dah dapat detail tentang hadiahnya. Aku dan puteri sebulat suara ingin menjadikan hadiah dari penaja ini sebagai hadiah utama. Makanya hadiah akan bertambah menjadi sebanyak enam kesemuanya. Peluang korang nak menang akan bertambah cerah kan?

Korang yang belum join Contest : Kisah Dongeng Tengku Puteri & Puan Kutu masih punya waktu yang cukup panjang untuk mengarang kisah dongeng. Jangan menyesal pula kalau tak join sebab hadiah utama tersangatlah best. Aku pun nak, tapi malangnya aku tak boleh masuk contest yang aku sendiri anjurkan.haha.. 




Penaja untuk hadiah utama contest kisah dongeng ialah Juanita pemilik blog tikusrusak.net. Jom berkenalan dan jangan segan-segan nak follow serta beramah mesra dengan beliau. Juanita merupakan seorang ibu cantik yang mempunyai sepasang anak yang comel. Juanita juga adalah pengedar produk marykay. So banyak produk kecantikan yang korang boleh usha kat sana.




Wanita dan kecantikan sudah semestinya tak dapat dipisahkan. Hadiah mary kay compact pro (unfilled) bernilai RM150 ini mungkin menjadi milik korang. Maklumat lanjut klik Kisah Orang perempuan #1 : Mary Kay Compact


Jutaan terima kasih kepada juanita  kerana sudi menaja. Bertuahlah siapa yang dapat hadiah utama. Rugilah korang yang tak rebut peluang miliki hadiah sehebat nie. Klik SINI untuk menyertai contest. Sekian!


*Skema sungguh ayat aku dalam entri nie yer!












Rezeki Peminat Rosyam dan Dania


Salam

Semalam seharian diserang demam. Kepala pula berat semacam ada batu. Buat orang yang jarang sakit macam aku, badan yang panas betul-betul buat aku tak selesa. Hanya tidur menjadi ubat paling mujarab seketika. Bila terjaga, tidur langsung tak melegakan juga. Tapi Alhamdulillah hari nie aku sudah beransur pulih. 

Selalunya bila menang contest, aku akan tunggu hingga hadiah diterima terlebih dahulu baru buat entri penghargaan. Tapi hari nie semacam sudah tidak sabar benar rasanya.haha..Siapakah peminat Rosyam? Akulah..Peminat Dania aka Scha pula Aiman.

Alhamdulillah,hari nie rezeki menang contest JOM MENONTON FILEM LIBAS by Mak Dara. Berbaloi aku menghabiskan masa mengarang pantun segala.haha. Aku menang tempat kedua dan hadiahnya 4 Tiket Wayang Libas bersama sehelai T Shirt Libas. Terima kasih tak terhingga kepada Mak Dara, para juri, penaja dan semua team Libas.


Syoknya dapat tiket free. Aku, en suami dan Aiman baru tiga, satu lagi tiket sapa nak?haha..


Sunday, September 25, 2011

Lawak Ujang Benar - Benar Berlaku



Alkisah aku dan Aiman baru balik makan. Aiman merengek lapar walhal petang tadi aku dah masak mee goreng mamak. Tanpa perlu memikirkan menu apa perlu aku ketuk-ketuk untuk si chubby, aku dapat idea nak pergi beli burger saja. Ala stall burger kat seberang jalan rumah aku nie kan dekat.


Aiman setuju dengan idea bernas aku. Lalu tanpa berlengah aku menyaruk blouse yang aku pakai ke kerja pagi tadi. Tudung yang sama juga aku kenakan tanpa sempat melihat cermin segala. Muka pun memang dah kompem la tak berbedak. Selekeh kan aku? Nasib blouse belum masuk raga baju kotor. Hentam sajalah.


Kami hanya berjalan kaki. Malangnya stall burger tak buka. So aku ajak Aiman ke kedai makan yang berdekatan, betul-betul depan jalan masuk rumah aku. Aiman kata nak mee goreng mamak macam aku masak petang tadi. Sedap kot tu yang nak menu yang sama. Adoi terpuji masakan sendiri.haha..


Mula-mula rasa nak bungkus, sambil duduk dan menyelak menu Aiman tiba-tiba berubah fikiran bila melihat segala macam menu western food. Katanya nak french fries dan air laici buah. "Kita makan kat sini lah ibu".  Akur dengan permintaan si chubby, aku pula dengan rambang matanya terorder roti sosej. Ter ok! Tak sengaja.kehkeh.


Kedai nie besar tapi aku langsung tak teragak nak singgah hinggalah hari nie. Patutlah, harganya pun boleh tahan cekik darah. Masa aku sampai, cuma ada sepasang kekasih yang sedang enak di lamun cinta sampai tak sedar aku dok usha mereka berbalas suapan persis makan beradap. Berhadapan dengan aku, ada sepasang lagi kekasih berbangsa india dan nampak sangat friendly. Siap senyum-senyum dan terhibur dengan keletah Aiman. Pekerja kat situ yang aku nampak adalah dalam 5 orang. (boleh tahan juga daya pemerhatian aku yer)


Sampai saja hidangan. Aku share roti sosej dengan Aiman. Makanya french fries cuma terusik sedikit. Dalam menikmati hidangan datanglah sekumpulan ahli masjid lebih kurang 4 ke 5 orang. Tak menarik sangatlah aku nak usha apa yang mereka buat. Maka pemerhatian aku terhenti di situ. Selesai roti sosej di ngap oleh aku dan Aiman, aku mintak bungkus bawak balik french fries dan kemudian membayar harga makanan. 


Aku dan Aiman pun berjalan pulang. Kawasan blok memang gelap, lampu pun serupa hidup segan mati tak mahu. Sehingga sampai depan pintu rumah baru aku perasan rupanya aku pakai blouse terbalik. Sila gelak dengan kebodohan aku yang tahap maksima. Macam mana aku boleh tak perasan dengan baju sendiri yang dipakai terbalik. Tu la asyik sangat memerhatikan orang. Malunya! haha..Taubat aku tak p dah kedai tu..


Moral of the story, jangan pakai baju guna lampu tidur, pasang lampu besar biar terang.







Fakta Menarik Tentang Jalan Raya


Salam Hari Ahad,

Jalan raya merupakan jalan besar yang menghubungkan satu kawasan dengan kawasan yang lain. Ia adalah perhubungan yang sangat penting dan sering kita gunakan  setiap hari. Hari nie nak share fakta menarik tentang jalan raya. Mungkin terdengar agak pelik, tapi inilah hakikatnya:

Jalan paling sempit di dunia

Berada di di Baden-Württemberg, Germany, Spreuerhofstraße merupakan jalan tersempit di dunia hingga kereta pun tidak dapat melaluinya. Keluasannya adalah paling sempit dengan hanya 12 cm dan paling lebar hanya 50 cm.

Jalan paling banyak susur pertukaran arah di dunia



The Judge Harry Pregerson Interchange terletak di Los Angeles, CA. Dibuka pada tahun 1993, ia juga dikenali sebagi susur yang paling rumit. Terdapat 4 lapis jalan untuk exit masuk dan keluar. Dengan kewujudan jalan raya ini, perjalanan dapat berjalan dengan lacar.


Jalan paling bengkang-bengkok di dunia

Lombard Street merupakan jalan paling bengkang bengkok di dunia. Ianya terletak di San Francisco. Kelajuan maksimum hanya 5 mph. Jarak antara selekoh hanya 1 meter. Ia hanya boleh dipandu 1 arah iaitu arah menurun. Di sebelah jalannya pula terdapat rumah-rumah yang mahal.


Roundabout paling mengelirukan di dunia

Roundabout yang dimaksudkan terletak di England. Dibina pada tahun 1972, roundabout ini mengadungi 5 mini roundabout di kelilingnya. Kepada pemandu beginner, perlulah berhati-hati di sini. Ia juga telah diundi sebagai jalan yang paling menakutkan di England.

Roundabout paling besar di dunia

Siapa pernah jalan-jalan kat Putrajaya? Kalau pernah, perasan tak yang roundabout paling terbesar di dunia sebenarnya terletak kat situ. Pernah tak korang lalu?  Berukuran 3.4 km, ramai yang tak perasan sebab roundabout ini mengelilingi sebuah bukit.  




SUMBER : http://www.jiwakacau.com/2011/05/fakta-menarik-berkenaan-jalan-raya/







Saturday, September 24, 2011

Merancang Jantina Anak



Salam Hari Sabtu,


Cepat benar masa berlalu tanpa sedar peredaran waktu langsung tidak pernah membuatkan aku melupakan detik pertama Aiman dilahirkan. Wajah mulus suci seorang bayi yang baru sahaja melihat dunia seakan baru semalam menyejukkan mata. Rupanya Aiman dah besar, tangannya saja sudah seakan sama saiz dengan aku.haha.. 




Bila anak dah besar terasa malas mau beranak lagi. Kalau ada anak kecil, tidur asyik terganggu waima pergerakan dan aktiviti sosial juga terbatas. Pendek kata, betapa tingginya pengorbanan yang diperlukan untuk membesarkan seorang bayi. Bila difikirkan bila lagi hendak menambah ahli keluarga? Takkan nak seorang anak je kan? Tengok orang ada baby syok jer rasa.


Lumrah kehidupan bila anak sulung lelaki, kita mesti mahu anak perempuan, begitulah sebaliknya. Walaupun setiap yang berlaku adalah qado dan qadar Allah, kita sebagai manusia mestilah berusaha, berdoa dan bertawakal untuk memperolehi sesuatu. Selebihnya biarlah Allah Yang tentukan.


Melalui apa yang aku baca, untuk merancang anak lelaki, makan makanan yang asid seperti buah-buahan limau, nanas, mangga, cuka. Minuman gas perlu dijauhkan selama 2 bulan sebelum mencuba. Makanan laut adalah digalakkan. Zat-zat logam kalsium dan magnesium juga diperlukan. Rancang pemakanan ini 2-3 bulan awal sebelum mencuba. Jangan masa dah lekat baru nak makan. Selain itu, banyakkan makan sayur untuk kedua-dua pasangan, lelaki dan perempuan. 


Bagi anak perempuan pula, digalakkan makan makanan yang berasid seperti limau, asam, nenas, cuka, air minuman bergas dan sebagainya. Pantang makan makanan laut. Banyakkan makan daging (ayam atau lembu) untuk pasangan lelaki dan perempuan.



    1.  



Baca seterusnya kat SINI 




Friday, September 23, 2011

Aneka Resepi PK



Salam Bahagia,


Kek Nestum



Salam hari Jumaat,


Pagi nie lepas balik kerja terus beli sarapan dan mengisi perut. Tak agak-agak pepagi buta dah mengadap tepung segala.haha. Agak buang tebiat disitu! Aku bukan boleh tengok bila segala bahan ada kat dapur, mulalah berfikir apa benda boleh buat. Ini cubaan pertama aku baking kek nestum. As usual dengan bangganya tak pernah la tak jadi kan.kehkeh. So apa kata aku share resepi. Mana tau ada antara korang yang nak buang tebiat macam aku jugak!haha..


Resepi Kek Nestum


Bahan-bahan

  • 250 gm butter (aku pakai merjerin yg 1kg tu, so main agak-agak jer la)
  • 200gm gula kastor
  • 200 gm tepung naik sendiri (aku guna tepung gandum plus soda bikarbonat)
  • 4 biji telur
  • 1 sudu teh esen vanila
  • 150gm susu segar (aku pakai susu kotak kecil yang 200ml)
  • 5o gm nestum
  • 1 sudu besar madu dan sebotol kecil chocolate rice (aku saja letak, tak boh pun takpe)

Cara-cara

  1. Pukul butter dan gula hingga kembang.
  2. Masukkan madu, telur sebiji demi sebiji dan pukul adunan hingga sebati.
  3. Masukkan esen vanila kemudian tepung diselang seli dengan susu. Kacau sebati.
  4. Masukkan nestum dan kacau rata. Last sekali masukkan chocolate rice.
  5. Bakar pada suhu 180 c selama 40 minit.


Kualiti gambar macam nie pun nak tayang gak!haha..



Thursday, September 22, 2011

Marah - Marah Sayang


Salam,

Hari nie sarapan lempeng kelapa dan sambal ikan bilis. Sedapnya sebab dah lama tak makan lempeng. Perut dah kenyang jadi sedikit malas nak mulakan ketuk-ketuk untuk lunch pula. Sambil membiarkan mesin basuh berputar, aku layan Marah-Marah Sayang dekat Astro Ria. Siapa tak pernah tengok filem nie memang loser.haha..En suami siap beli dvd original lagi. Tak terbilang dah berapa kali kami tengok.

Marah-Marah Sayang merupakan filem melayu yang diterbitkan pada tahun 1987. Filem nie dibintangi Ebby Saiful, Norlida , Dato Shah Rezza, Isma Aliff, Liza Abdullah, Noreen Noor dan ramai lagi. Tak perlu aku cerita lebih detail jalan ceritanya sebab rata-rata mesti dah pernah tengok filem nie kan? Selain daripada jalan cerita yang best, kelakar dan menghiburkan, lagu dalam filem nie pun best-best. Jom layan antara lagu yang aku suka nie.




Filem nie memang setanding cerita P.Ramlee!



  

Wednesday, September 21, 2011

Wordless Wednesday : Selepas Nana, Nana Ini Pula Bertudung.


 
SUMBER : http://itsmesaiful.blogspot.com/2011/09/diana-amir-kini-bertudung-alhamdulillah.html






     


Wordless Wednesday : Kolestrol Tinggi

Sebelum

Selepas


                                                

Kisah Malas



Cerita ini aku jumpa kat facebook,aku ubah sikit-sikit jalan cerita dan wataknya. Tertarik untuk share, jadi aku dapat idea untuk memberi idea korang bercerita. Tak susah yer korang nak buat karangan Kisah Dongeng Tengku puteri dan Puan Kutu, janji korang berfikir secara kreatif. Jom join! Tersangat sempat sebab Puteri dah beri kata putus nak contest nie berlangsung selama sebulan. Hadiah pun mungkin bertambah pasal aku akan terima seorang penaja lagi. Rugi kalau tak join sebab hadiahnya memang best! Apa-apa hal nanti aku update. 


Pada masa dahulu, ada sebuah kampung dimana semua rakyatnya amat rajin belaka tidak ada yang malas. Setiap hari mereka membanting tulang menyemai padi dan bercucuk tanam untuk menyara hidup. Jadi pada suatu hari, rajanya membuat pengumuman hendak mencari seorang yang malas. 

Semasa perhimpunan itu, adalah seorang wanita bernama puan kutu mengaku dirinya sangat malas. Katanya, " Hamba adalah yang paling malas" Raja pun bertanya, "apa tahap malas kamu?" Lalu jawab puan kutu, "kalau hamba hendak santap, ada orang yang menyuapkan hamba". Maka Raja cuma tersenyum.

Tiba-tiba datang Tengku puteri, " Hamba lebih malas lagi dari Puan Kutu tuanku". Raja pun bertanya kepadanya, "sampai mana pulak tahap malas kamu?" maka jawabnya, "Kalau hamba santap pun, sampai ada orang tolong kunyahkan". Maka raja pun terdiam. 

Tanpa disangka2 datang seorang budak lelaki bernama Aiman kepadanya sambil berkata "Hamba adalah yang paling malas tuanku". Raja pun bertanya, "bagaimana pula tahap kemalasan kamu?" budak itu pun menjawab, "Nak cerita pun malas!"

Maka raja pun percaya bahawa Aimanlah yang paling malas diantara semua rakyat jelatanya. Lalu raja mengurniakan seguni emas kepada Aiman. Puan Kutu dan Tengku puteri pun sukacita hingga melompat si katak lompat. Mana taknya, puan kutu boleh menumpang senang juga. Aiman itu anakndanya. Tengku puteri itu pula adindanya..Gembiralah hidup mereka sambil menari poco-poco. Tamatlah sudah sebuah kisah tentang keluarga yang sangat malas.

* Dah dua kali aku bagi contoh. Kalau macam nie biar aku sajalah yang join.haha..





Tuesday, September 20, 2011

Cuak Di Tahan Pak Polisi

Tengok tajuk pun panjang berjela. Mesti dah tahu kan apa yang bakal aku ceritakan?  Alkisah hari nie ada seminar dekat Hotel Amanpura. Aku pergi drive sendiri. Rasanya ini pertama kali aku drive kereta paling jauh dari rumah. Selalunya paling jauh pergi tempat kerja saja. Maka ada sedikit nervous meraja dalam hati.haha..

Namun begitu keyakinan aku sangat tinggi untuk pergi seorang diri sebab lepas balik jamuan raya semalam, opismate aku dah tunjukkan jalan. Dekat je pun hotel tu dengan tempat keja aku. Dekat Sekolah Ibrahim. Sapa dok sp tau la. Aku merancang untuk pergi awal sedikit memandangkan aku takut parking penuh. Entah apa yang aku kalutkan pagi tadi sampai aku dah terlajak jalan. Mungkin sebab aku kelam kabut pakai seat belt lepas nampak polis trafik kot. Kalau pergi kerja aku selalu tak pernah pakai seat belt. So dah terbiasa lupa pula. Jangan ikut perangai aku ye.

Lepas dah terlajak jalan aku pun belok simpang kanan di depan kemudian reverse semula. Dengan tak semena-mena pak polisi menahan aku. Aku berhenti lalu menurunkan cermin kereta. Entah apa pulak kesalahan aku? Sempat aku bermonolog. Rupanya jalan tu one way. Jalan ditutup waktu sibuk, masa budak pergi dan balik sekolah. Opismate aku ada inform jalan akan ditutup hingga pukul 8. Tak tahu pulak jalan yang aku lalu nie. Ingatkan jalan yang lagi satu.

Kemudian polis trafik tu minta aku tunjukkan lesen. Kerana cuak, meraba-raba aku mencari. " Minta maaf encik, saya tak tau jalan, saya nak p kursus kat Amapura nie ja " sambil jari aku menunjuk-nunjuk hotel. Melihat lesen aku, beliau membaca alamat tertera, " sg setar...". Mungkin menyangka aku nie orang luar sebab alamat Nibong tebal, mesti tak tau jalan kan! 

Selepas pak polisi pulangkan lesen, "Nak kena pusing balik ke cik?" Berani pulak aku bersuara walaupun dalam hati cuak gila. Pak polisi tu menggeleng. "Takpa.." sepantas kilat aku ucap terima kasih dan terus pusing stereng. Ya ampun, kosong ja parking. Lain yang aku takutkan, lain pula yang jadi. Nasib baik pak polisi tu tak saman. Sampai saja hotel baru aku sedar yang aku langsung tak ingat muka pak polisi tu kerana terlalu cuak. Gelihati ada juga! 






Jenis- Jenis Lupa


Setiap orang ada sifat lupa yang kadang-kadang kita tak boleh nak elak. Tabiat pelupa bagi seorang dengan seorang yang lain saja berbeza. Aku adalah di antara orang yang graf tabiat pelupanya yang agak tinggi. En suami kata aku nie selalu lupa benda yang penting tapi ingat benda yang remeh temeh. Lebih teruk lagi aku selalu lupa benda yang penting seperti handphone dan beg duit.




Lupa adalah suatu keadaan dimana suatu informasi yang telah disimpan dalam memori otak jangka panjang  (Long term Memoryhilang. Mengapa seseorang boleh lupa? 

Seperti apa yang aku baca, lupa boleh terjadi kerana proses penyimpanan pada long term memory tidak dilakukan atau dilakukan secara tidak tepat atau tidak sempurna. Lupa jenis ini terjadi kerana suatu informasi hanya disimpan pada memori otak jangka pendek (Short Term Memory) dan tidak di hantar dengan baik sampai ke long term memory.


Jenis lupa yang lain adalah lupa yang diakibatkan kerana perjalanan waktu. Lupa ini terjadi kerana kita mengingat sesuatu pada masa lalu tetapi seiring berjalannya waktu akhirnya kita lupa. Hal ini disebabkan kita jarang menggunakan informasi itu lagi dan otak kita tidak pernah memproses informasi tersebut.


Ada lagi lupa yang terjadi kerana adanya proses interference. Lupa jenis ini diakibatkan terjadinya pencampuran antara pelbagai informasi yang diproses oleh otak. Informasi yang lama bercampur dengan informasi yang baru dan akhirnya mengganggu satu sama lain. Ini mengakibatkan hilangnya sebahagian informasi lama dan baru tersebut.


Aga-agak korang jenis lupa yang mana yer?



SUMBER : http://mosaicworld.wordpress.com/2009/04/05/definisi-lupa/





Sunday, September 18, 2011

Kalau Dah Rezeki



Salam Bahagia,


Lately nie aku agak serba salah mahu update blog berkisar tentang hal yang berlaku dilingkaran kehidupan aku. Mungkin aku sudah terbiasa dengan entri peribadi yang harus menempek at least sekeping gambar buat tatapan korang yang membaca. Selalu saja keterujaan aku diragut dek ketiadaan penyeri gambar di sesebuah entri.


Semuanya gara-gara kameraku buat hal. Mahu dibeli yang baru bukankah memerlukan ratusan ringgit sedangkan mahu membeli usb handphone yang harganya RM 25 pun aku masih berkira-kira. Bukanlah aku ingin bersikap bakhil lagi kedekut, sebaliknya aku merasakan RM25 itu cukup tinggi nilainya bagi perkara yang masih boleh bertolak ansur kepentingannya. Tambah lagi RM5 sudah boleh terbang ke kampung, walhal hampir setiap minggu kesana. Korang faham apa yang ingin aku sampaikan?haha buat-buat faham sudah!  


Pemikiran dan kepetingan setiap orang berbeza dan jangan tanya kenapa. Nak cerita open house malam tadi je pun. Langkah kanan balik kampung semalam, jiran setaman buat rumah terbuka. Makanya wajiblah makan free sambil riang gembira di hari raya. Lepas maghrib berpusu-pusu orang datang. En suami ke stadium bersemangat sukan mahu menonton bola seorang diri walaupun ada live di RTM1 selepas tiada seorang pun yang mahu meneman.haha tarik nafas! maaf kerana tiada noktah.haha Entah apa hebatnya team hijau kuning yang makin merudum tu. Melantak makan lagi nikmat rasanya.


Oh yer berbalik cerita tentang makan. Mata ayuku (kalau tak sendiri puji siapa ye) rambang dijamu hidangan nasi minyak ayam masak merah, sate, nasi himpit kuah kacang, ketupat rendang, koteaw goreng, kuih muih yang pelbagai juga air hijau yang entah apa rasa juga teh tarik pak mat (bapak mertua aku la) yang memang mabeles.kehkeh.


Sambil menikmati hidangan, ada acara cabutan bertuah. Aku tulis nama Aiman saja. Pak Mat dengan tamak sekali menulis nama sendiri sebanyak 4 kali (ini rahsia, tulis nama boleh sekali saja.hoho). Setelah membuncitkan perut, aku memberi pesanan supaya Aiman menunggu namanya di panggil untuk menerima lucky draw manakala aku balik rumah tengok cerekarama. Bila mendengar bunyi bunga api bertalu-talu, aku kalut mencapai tudung keluar semula meyibuk.haha..


Tak sangka Aiman lucky tersenarai menerima hamper. Nama Pak Mat yang 4 kali tu langsung tidak bertuah sedangkan yang mencabut nombor adalah Pak Mat sendiri.kehkeh. Kalau dah rezeki tak kemana kan..


*Hari tu timbang naik 2kg!









Saturday, September 17, 2011

Kisah Dongeng Tengku Puteri & Puan Kutu



Alkisah dalam satu negeri, hiduplah seorang Raja dan Ratu dengan kehidupan yang sangat sunyi sepi kerana tidak mempunyai zuriat. Telah pelbagai usaha dilakukan hingga berjumpa tabib pakar sakit puan tetapi sang ratu tidak jugak mengandung. Ini membuatkan mereka sangat dukacita. 


Di suatu petang yang tak berapa nak hening, ketika Sang Ratu sedang bermain game facebook, seekor Kutu melintas.  "Apa yang kamu inginkan akan terpenuhi, dan kamu akan segera mempunyai seorang puteri." Kutu itu bersuara dengan lemak merdunya persis Siti Nurhaliza. Maka terkejutlah Ratu hingga pengsan masuk wad icu.


Apa yang kutu itu ramalkan menjadi kenyataan. Lapan jam kemudian Sang Ratu melahirkan seorang anak yang sangat molek rupanya. Raja sangat kaget kerana secepat itu Ratu beranak, lalu menamakannya Tengku Puteri. Raja dan Ratu menyengih panjang dan berhasrat megadakan pesta besar-besaran. Tetamu kehormat di pesta itu tentulah Kutu. Kutu diberi seat vvip dan dianuerahkan darjah kebesaran puan. Kutu juga di jadikan sebagai haiwan peliharaan di istana merangkap peneman di kepala Puteri. 


Sejak hari itu Kutu di panggil dengan panggilan Puan Kutu. Kerana title puan serta gila kuasa, Kutu menjadi sangat kejam, ego lagi berlagak. Sudahlah rupanya buruk, hobinya pula menghisap darah. Habis semua darah rakyat jelata di hisapnya. Hobi kutu makin menjadi melampau hingga tabung darah di Hospital pun dirompaknya.


Namun begitu Kutu sangat sayang akan Puteri. Setiap hari Kutu akan landing, menenggek, merayap waima lepak-lepak di kepala Puteri. Mereka berdua sangat rapat bagai isi dengan kuku, langsung tidak dapat dipisahkan. Apabila Puteri  santap, kutu pun santap. Apabila Puteri bersiram, kutu pun bersiram. Apabila Puteri beradu, Kutu pun beradu. Apabila Puteri update blog, Kutu pun akan update blognya. 


Tahun berganti tahun, Tengku Puteri membesar menjadi gadis yang sangat cantik, kulitnya putih gebu, bodynya juga mantap. Puteri mempunyai hobi melukis doodle. Kepandaian Puteri melukis doodle telah tersebar luas ke pelusuk negara. Setiap hari puteri akan melukis ditemani Puan Kutu.


Doodle krd : Tengku puteri


Seperti gadis-gadis lain yang tengah bergetah, Puteri juga mempunyai cinta hati. Puteri sangat sayang akan cinta hatinya sama seperti sayangkan kutu. Cinta Hati Puteri tidak suka akan Kutu kerana Puteri sering melebihkannya dalam segala hal. Dek kerana cemburu, Cinta Hati Puteri lantas merancang membunuhnya.


Hari minggu Cinta Hati Puteri mengajak Puteri dating. Mereka pergi menonton wayang gambar. Sebelum berangkat pulang menaiki kereta kuda, Cinta Hati Puteri menghadiahkan Puteri sebotol shampoo lalu berkata dengan manja. "Puteri mesti pakai shampoo nie ketika bersiram kalau sayang sama Cinta hati. Cinta Hati sangat kangan dan cinta sama Tengku Puteri." Puteri pun tersenyum bangga sampai kembang hidung kerana mendengar curahan kasih sayang dari Cinta Hatinya. 


Ketika bersiram di swimming pool istana, Puteri menggunakan shampoo pemberian cinta hati. Kebetulan ketika itu kutu sedang tidur di kepala Puteri, tetapi Puteri tak perasan. Rupanya shampoo itu telah dicampur dengan racun kutu dengan niat mahu membunuh Puan Kutu. Maka geringlah Kutu menunggu saat pergi tak kembali.


Gemparlah seluruh negeri dengan berita kemangkatan Kutu penghisap darah yang kejam. Gembiralah semua rakyat jelata yang setiap hari memang mendoakan Kutu supaya cepat mampus. Happylah juga Si Cinta hati puteri mendengar khabar itu. Yang berdukacita hanyalah Tengku Puteri nan seorang. 


Tiba-tiba Puteri terperasan yang makin hari rambutnya makin luruh. Detective Conan dilantik sebagai penyiasat persendirian untuk menyiasat kes kematian Puan Kutu dan kenapa rambut Puteri yang dulu ikal mayang, hitam berkilat dan panjang mengurai itu menjadi botak tetapi di tolak keras oleh Cinta Hati Puteri. Katanya Yun Nam hair Care kan ada!


TAMAT