Pixajoy

Tuesday, November 22, 2011

Home » Betul-Betul Ho Liao!

Betul-Betul Ho Liao!



Mula-mula cuma nak ucap TAHNIAH buat pasukan Harimau Muda. Nak story panjang-panjang pasal bola pun tak guna. Sepelusok Malaysia dok cakap pasal benda bulat nie. Bukan main eksited.huhu


Petang yang dingin. Dingin dek kipas angin berusing laju. Si chubby seakan memahami kesibukan ibunya membebel di blog kembo. Permintaannya cuma suruh masakkan maggie. Har Mee yang berbaki tiga bungkus segera direbus. Sorang sebungkus tak cukup, aku lapaq jugak!hihi. Apalah nasib jadi blogger, masak maggie pun nak cerita dalam blog.kahkah..


Cer bayang muka mamat yang sebut Betul-Betul Ho Liao dalam iklan tu. Lawak gila!


Kalau ikutkan kena panggil mee segera, tapi kita semua dah terbiasa panggil apa jenama mee segera pun dengan panggilan maggie sejak kecik. Untunglah maggie dapat nama. Dulu kalau perut terasa lapar, ke kedai runcit aku membeli sebungkus mee maggie. Kalau tak ayam mesti kari, tak ada variasi sangat. Tak silap aku lingkungan 40 sen ja, pastu naik 50sen sebungkus. 


Maggie dan student seakan tak dapat dipisahkan. Time studi selalu jugak makan maggie walhal kat dining pun dah makan banyak. Memang bernafsu besar.haha..Seronok makan share sama roommate. Kadang-kadang ajak jiran sebelah makan secara berjemaah. Time nie maggie pun dah mengalami revolusi. Macam-macam jenama dan pattern kat pasaran. Buat aku yang expert semua maggie, yang paling menjadi peberet tentulah Ruski Tomyam. Indahnya saat itu..


Sekarang aku jadi pelik Aiman suka sangat makan maggie. Saling tak tumpah macam aku, seperti mana acuan, macam tu kuihnya bak kata chii.haha Pantang ada maggie disuruhnya aku masak. Akhirnya aku ambil pendekatan tak buat stok maggie kat rumah. Kalau teragak sangat baru beli. Penang Har Mee dan Maggie Sedap kot yang best kat tekak aku. Nie pun dah berbulan tak makan.


Dulu aku pernah dengar orang kata kalau tabur perencah maggi kat pokok, boleh mati pokok tu. Tapi aku tak pernah plak buat eksperimen. Macam mana nak buat, habis semua magie aku melantak.haha..Pak mertua aku selalu bising kalau aku bagi anak aku makan maggie. Korang pun sedia maklum maggie tu tak bagus untuk kesihatan. Yang tak bagus tu orang suka. Macam jugak rokok, dah tau bahaya nak jugak sedut. Sedap punya pasal! 


Eh dah maghrib, chiaow..







   
                                             


14 comments:

Wanie said... Best Blogger Tips

hahaha..akak makan 2 ke ni?mmg ho liao la ni..mee segera favorite wanie ruski tomyam..yummy2 :)

Unknown said... Best Blogger Tips

tak pernah bagi maisara makan meggi..sebab tau dia belajar nanti mesti dia akan kenal meggi tu sendiri..ekekekke..

Unknown said... Best Blogger Tips

best ke kak??? teringin nye nak makan benda2 berSUP nih...tengah2 selsema nih..huhu..

Anah said... Best Blogger Tips

wah ruski tom yam.. pedas yang amat, tapi gigih habiskan kuah smpai licin..lamanya xmakan..huhuhu

rafina mimi abdullah said... Best Blogger Tips

apesal akak makan hari tu rasa x sedap?

Kak Aya said... Best Blogger Tips

kak aya jarang makan maggie tapi kalau dah sekali makan mesti tiap hari nak makan.

anak-anak memang suka, tiap-tiap hari 3 kali sehari pun tak apa.

Padin said... Best Blogger Tips

perbandingan yang menarik untuk perokok tu, sama macam mee segera, tau tak baik untuk kesihatan tapi kenapa orang masih makan & merokok? sebab ia sedap la kot, ngee~

halila Ibrahim said... Best Blogger Tips

Akak makan je .. mmg org kata x elok tp makan je lah ...hahaha

Cantik header .. buat kat kak 1 bolehhh .... hehe

Anonymous said... Best Blogger Tips

http://wanwidget.com/
x pernah lagi makan mee harmee ni

Hazmin Hamudin said... Best Blogger Tips

bukan tak elok ke kak kalau bg anak anak makan maggie ni? tp kalau tak selalu ok la... student dan maggie memang tak dapat dipisahkan.. yela..duit pun kurangkan..

IntaNBerliaN said... Best Blogger Tips

mana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi.. hihii Saya pun suka ruski tomyam... kalau zman study dulu, memang yg tu paling sedap lah.. hihiii

sal-nurbeena said... Best Blogger Tips

br semalam masak megi. hehe. Har mee tak pernah cuba. sesekali makan ok la

Ibu Yusuf Maryam said... Best Blogger Tips

Yusuf dan maryam pun suka maggi.. tp sangat jarang2 makan.. ibu dorang tak galakkan. Hihi..

LadyBird said... Best Blogger Tips

akak ni.. buat lady rs nak sgt makan megi.. tp tkt dah.. dah resign makan megi.. tkt.. nanti sakit..