Pixajoy

Thursday, November 10, 2011

Home » Resepi Daging Dendeng

Resepi Daging Dendeng



Salam bahagia,


Panasnya cuaca hari nie. Tambah memanaskan keadaan, kat opis sekarang nie bekalan elektrik pulak terputus. Dalam kepanasan gigih aku nak tunjuk daging dendeng yang tak semegah.  Kamera aku yang cacat tu macam biasa selalu menyakitkan hati tuannya. Layan jer la picture sadis yang membuat Daging Dendeng aku nampak tidak berapa menyelerakan.haha.. Dah lama tak masak dendeng, tadi masak terlebih garam, masin sikit.keke... 


Hari tu dalam soalan tag, Ibu Alisha ada tanya apa makanan kegemaran en suami. Aku dah kata nak share resepinya. Terlanjur hari nie aku masak, jadi wajiblah buat entri resepi. Nama jer dendeng, tapi macam biasa aku buat versi hentam kromo. Bahan-bahan dan caranya pun mudah.

Korang perlu hiris daging nipis-nipis ikut suka besar mana yang korang suka. Rebus sekejap daging dengan air yang sedikit. Jangan buang air rebusan. Lepas tu panaskan minyak, campak bawang merah, bawang putih, halia dan lada kering yang di blander. Masak hingga pecah minyak kemudian masukkan sos tomato, sos tiram dan kicap, kemudian garam dan gula secukup rasa. Kalau tak kuat masin tak payah letak garam pun takpe pasal sos tiram dan kicap dah cukup masin. Untuk bagi wangi, masukkan serai yang diketuk. Kemudian, masukkan daging dan air rebusannya sekali. Masak atas api hingga kuahnya kering. Sebelum angkat hiris bawang besar kemudian campak. Kalau suka pedas boleh masukkan hirisan lada kecik. Tadi aku tak boh pun. Kacau seketika kemudian tutup api. Like a peanut!


* Panasnya, dok berkipas nie..Bateri pun dah weak. Nantilah aku lawat korang ekk..










13 comments:

fieda said... Best Blogger Tips

yg campak2 tu la yg sedap kan..

bardboo said... Best Blogger Tips

saya suka sangat makan lauk dengdeng ni..sedap!

LYAfrina said... Best Blogger Tips

marvelesssss..
blh try gop ni:-)

hyz said... Best Blogger Tips

oho.... sy punya daging dengdeng lain dr pn kutu.. x pe.. kang nak terai la.... apa2 pun pic atas ni mmg sadis.. hak3

Anonymous said... Best Blogger Tips

wah wah memang senang la men campak campak je sume nye.

dari ayat ayat entry pun tau sis tgh kepanasan. hahahahahaha

Ibu Yusuf Maryam said... Best Blogger Tips

Tgh laparni.. tergugat dgr daging dendeng. Seb baik gambar tu blurr, kalau tak bertambah kronik la kelaparan ibu Yusuf.. hehe..

dalila said... Best Blogger Tips

mlm ni menu dela daging masak black papper

Unknown said... Best Blogger Tips

uish..sdap tuu..
tp apa mksud dendeng??

btw..husna tag cik puan kutu utk segmen nie..
http://cikhusnasukaoren.blogspot.com/2011/11/segmen-fathiah-tak-jumpa-blog.html

rjin join lar ye..^^

Unknown said... Best Blogger Tips

uiks..macam tu je..ni resepi ala muni la eh...ingtkan yang macam masakan orang minang tu,,,ehehhe..tp nampak cam menyelerakan gak ni..

MulutPayau said... Best Blogger Tips

semuanya main campak jer dik...tapi mnjadi jugak....akak pun nak try buat jugak ni...daging masih bnyak dalam peti ais....

IntaNBerliaN said... Best Blogger Tips

kne try ni.. nasib daging byk lagi.. lps ni kne try msk.. xpnh buat lg msak dendeng ni.. hihi

NzA said... Best Blogger Tips

nmpk sedap...nk cuba masak la cz stok daging raya haji masih byk kt petiais.......

Ummi Hanie said... Best Blogger Tips

oo..simple jer... rase mcm biase buat tp resepi xde namelah.. hahaha.. dan sy jarang gune sos tomato..len kali leh cube ni .. thnx ;)