Pixajoy

Monday, June 11, 2012

Dua Peket Cheezy Sauce



Sekarang aku rasa macam tak cukup masa pulak nak BW. Bila malam lepas tidurkan Aiman aku sibuk menonton TV melayan Masterchef Malaysia, On Air dan segala rancangan yang ada. Cornetto Uda Dan Dara pun aku layan sampai en suami geleng kepala.haha Aku sudah gila TV sekarang. Nasib tak gila EURO. Nanti aku BW slow-slow ok..


Kredit Gambar : Kakyong's Shoppe
Kalau dapat tepung magik sekali lagi best.Wah!


Ini entri penghargaan untuk Azura Papan Kekunci dot com sebab dengan baik hatinya menyumbang dua peket cheezy sauce yang lazat di ruang dapur Puan Kutu. Terima kasih Azura. Sebenarnya satu daripadanya adalah hadiah penghargaan sebab aku jadi top commentar di blog beliau. Tak sangka pulak lucky draw join Pengalaman Bergelar Blogger menang cheezy sauce jugak. So aku bolot sekali dua peket!


Dalam kepala dah berlegar bermacam resepi, tapi kerana aku on diet terpaksa la tahan nafsu atau dalam erti kata lain tak payah masak dulu, Aiman dan en suami pun tak payah makan.haha jahat!



Sunday, June 10, 2012

Sikap Diet Ikut Bintang Kelahiran



Pada yang bertanya, aku memang dah jarang update sekarang, suka hati aku je update ikut mood. Tapi aku agak aktif juga di Blog Diari Diet Kutu. Sila kesana untuk sama-sama bersemangat berdiet dan berkongsi serba sedikit ilmu tentang diet dan senaman.hiks..Hari ni nak share cara kenali sikap diet ikut bintang kelahiran. Pada yang selalu gagal berdiet, cuba cari kelemahan korang mengikut bintang masing-masing ok!



Aquarius
Mereka yang berbintang ini cenderung tidak konsisten untuk berdiet. Mereka ini perlu cari cara diet yang tidak membuatkan mereka berasa susah. Pilih diet yg mudah untuk di ikuti agar konsisten sehingga mencapai sasaran berat badan yang diingini.

Pisces
Mereka yang berbintang pisces pula sering berasa tidak yakin dengan keupayaan diet yang sedang dilakukan. Pilihlah diet yang menawarkan sistem sokongan dari orang sekeliling. Luahkan saja hasrat untuk meminta bantuan rakan terdekat supaya memberikan sokongan padu untuk berdiet.

Aries
Konsentrasi bagi yang berbintang aries mudah terganggu apabila mereka masih tidak dapat melihat hasil setelah menjalani program diet. Ini disebabkan oleh peribadi mereka yang terkenal dengan sikap impulsif atau cepat bertindak terburu-buru.

Taurus 
Mereka bukanlah seorang yang sukakan aktiviti berolahraga. Kebanyakkannya yang berbintang Taurus memiliki tahap metabolisma yang rendah. Walaupun begitu, mereka mempunyai kesabaran yang kuat menjalani program diet sehingga mendapat hasil yang diingini.

Gemini 
Bagi bintang ini,mereka mempunyai sikap yang kurang sabar. Gemini juga memerlukan sokongan dari seseorang yang mungkin dari bintang taurus, teman yang mampu menenangkan mereka kala gundah. Secara keseluruhan, individu berbintang ini memerlukan perubahan dan motivasi. Ini pasti akan membantu mereka mencapai hasil yang baik dalam proses penurunan berat badan.

Cancer
Cancer gemar makanan yang berat sehingga terdorong menjadi seorang pemakan yang emosional. Untuk mencegah kegagalan diet, sesiapa yang berbintang ini perlu mengikuti program diet makanan yang lebih bervariasi.

Leo 
Individu berbintang Leo lebih cenderung dengan makanan segera. Walaupun begitu, mereka sentiasa bersemangat dan semangat itulah yang mendorong mereka berusaha lebih gigih sehingga mencapai kejayaan dalam program diet.

Virgo
Bintang ini dikatakan mempunyai peribadi yg realistik sehingga sanggup mencari cara yang praktikal yang boleh diterapkan dalam dunia realiti. Namun Virgo sering berharap sehingga mudah putus asa apabila terdapat halangan dalam usaha mereka.

Libra 
Memiliki metabolisma tubuh yang lambat, tetapi apabila Libra bersemangat kental, mereka terdorong untuk kuat berusaha dan berjaya. oleh itu, mereka perlu bersabar untuk terus berjaya dalam program diet mereka.

Scorpio 
Mereka mempunyai disiplin yang kuat dan mudah berasa tidak puas dalam menjalani program diet. Inilah yang boleh dikatakan kepada yang berbintang Scorpio. Oleh itu mereka perlu mengelakkan diri daripada berolahraga keterlaluan dan mengurangkan makanan yang tinggi kalori.

Sagittarius 
Kelemahan bintang ini adalah terlalu bersemangat dan terlalu yakin. Mereka sangat bercita-cita tinggi tapi amat kurang sabar. Mereka haruslah yakin bahawa kejayaan akan datang setelah berusaha walaupun usaha itu sedikit. Cuba cari program diet yang mempunyai cara sederhana dan praktikal, diiringi dengan olahraga.

Capricorn
Capricorn merupakan bintang yang baik dalam program diet, tetapi satu-satunya kelemahan mereka adalah sukar untuk menerima teguran, cadangan atau saranan daripada orang lain.


Saja suka-suka tapi kalau ikut bintang kelahiran aku, macam betul. Aku Leo!hikhik..


Sumber : Mingguan Wanita.



Saturday, June 09, 2012

Ulangtahun Perkahwinan


6 Tahun Dahulu
Tanggal 7 Jun
Di Hari Pernikahan Kita
Foto-Foto Kenangan 
Merakam Memori 
Yang Sangat Indah

Bermula Hari itu
Kemesraan
Kasih Sayang
Perasaan Cinta
Segala Yang Indah
Yang Kita Rasa
Adalah Suatu Ikatan 

Biarkan ini Semua
Mengukuhkan Komitmen
Untuk Saling Mencinta
Selamanya..

Selamat Ulangtahun Sayang!


* Dah lama tak update, tiba-tiba je berpuisi segala.haha..