Pixajoy

Saturday, December 28, 2013

Home » Jahit Lencana Sekolah

Jahit Lencana Sekolah



Esok anak nak orientasi baru hari ni ibu kalut. Mula-mula tadi letak lencana dekat poket pastu macam tak konfiden betul ke lokasinya. Ibu zaman milenium nak jahit lencana sekolah pun tanya pakcik google baq hang.haha..Zaman aku dulu tak payah jahit main iron je terus melekat apa. Leceh betul la nak sumbat benang dalam jarum segala. Si bambam tidur baru aman sekejap ibu nak menjahit. Ni pun buat satu dulu, lagi sepasang esok lusa la kot.  

En suami kata ni lencana paling buruk  beliau pernah tengok.

Dah selamat jahit secara hentam kromo. Benang warna putih pun takde. Aku belasah warna coklat. Jahit pun sikit  je di empat penjuru. Asal lekat sudah!hehe..







20 comments:

Time Traveller said... Best Blogger Tips

Kalau mak saya dulu jahit 4 penjuru.. mau hilang balik sekolah hahaaa.. lasak katakan :P

Dr K said... Best Blogger Tips

Errrrr....saya setuju dgn kata kata your husband....mmg buruk lencana tu! hahahahaha...

Saya igt zaman sekarang semua lencana sekolah dah pakai 'iron' aja...ada juga yg kena jahit rupa rupanya

fizalinolie said... Best Blogger Tips

Wah nak siap jahit lencana dah. Ha'ah la muni. Lencana tu nampak mcm tak cantik.

neesa_jun said... Best Blogger Tips

semoga kukuh hingga akhir tahun =D!...

PetakBunga said... Best Blogger Tips

teringat zaman sekolah dulu.
mak tolong jahitkan lencana, gamnya tak melekatkan..

Unknown said... Best Blogger Tips

hahaha..komen suami tu paling xtahan..kalau sy ckp balik, ala..bg la smgat sikit..pnt jahit ni..hehe

Mell Mariann said... Best Blogger Tips

haha.. rajin nau ibu. anak2 buah sy stil my mum yg jahit.. ibu depa xtau apa. kohkoh..

Aisy Nasiha said... Best Blogger Tips

Haa.. hari ni ke Aiman orientasi? Seronok la dia masuk ke kawasan sekolah secara rasmi ya... lencana sekolah ni banyak warna hijau, merah dan kuning.. saya pun kata lencana sekolah saya buruk, tapi kalau disuruh reka sendiri, lagilah tak reti..redho aja la

Sweetamieda. Blo said... Best Blogger Tips

Selamat menjahit lencana.sy antar upah jahit kat kedai.biar cantik n kemas skek banding jahit sendiri.lgpun 10 psg bj(2 anak) ..n nak kena jahit name tag n lencana...huhu

norhasnizakhalid said... Best Blogger Tips

kalau mama kan, jahit 4 penjuru je, hihi..

Boleh jenguk mama di sini.. Mamaniza.com

Maria Firdz said... Best Blogger Tips

mak bapa dh sibuk nk buka sekolah ni.., siapkn ank2..

Unknown said... Best Blogger Tips

Ada lg jahit lencana ni..
Shark ingt suma dh pkai iron skang.

MulutPayau said... Best Blogger Tips

heheh..anak2 akak jahit sndiri..4 penjuru jugak..maknya mmng dah malas nak jahit lencana sekolah ni...

nurbijen said... Best Blogger Tips

Jadi la PK.... asalkan lekat..
Nasib baik kat sini baju sekolah dgn logo terus... hihihi

IntaNBerliaN said... Best Blogger Tips

dtg sambung komen semula pagi ni, smlm xsempat.. hihii

zaman mmmg canggih betoi ni.. siap google yer.. heheh

OKje said... Best Blogger Tips

Tengok lencana teringat lencana yg kat rumah ni ...alamak belum jahit jugaklah PK...Tulah suka no dah nak sekolah baru jahit yek!

Unknown said... Best Blogger Tips

hehehe..sekarang apa2 nak buat kalau tak konfiden mesti encik google yg di soal..

lizz said... Best Blogger Tips

saya hari ni baru nak start menjahit lencana sekolah...malaihnyer lahai...

Mummydearie said... Best Blogger Tips

Kita rabun (taknak ngaku tak pandai jahit) kita hantar kedai aje kena RM5. Rabaklah juga poket kalau kena hantar 4 helai. Itu belum kira nama lagi. Kalau suruh maknya jahit, mahu kaler-kaler jadinya. Mula-mula dulu kita ironkan aje tapi anak kita ganas, balik aje lencana dah hilang. Maka emaknya telah membeli secara pukal itu lencana. Sampailah ada orang suruh jahit (maknya jahil walaupun ada pakcik google)Makanya kita berlenggang ke kedai jahit bawa baju anak. Diketawakan dek tailor tengok jahitan yang sungguh luar biasa, tak pernah dilihat. Memang benar kata en suami PK, lencana ni paling buruk pernah wujud (Eh, maksudnya lencana sekolah ke atau jahitan isterinya? konpius sekejap!

TelingaBulat said... Best Blogger Tips

hahah paling simple.tp ok gak..dlu tb nye berserabut sgt logo sekolah.