Pixajoy

Sunday, March 02, 2014

Home » Afia Imanina 10 Bulan

Afia Imanina 10 Bulan



Setiap bulan pada 2 haribulan ibu mesti up entry ni. Tak pernah miss lagi so far. Cepatnya si hidung kepek ibu dah masuk 10 bulan!


Afia 10 bulan masih belum tumbuh walau sebatang gigi. Kira lambat la kan. Takpe ibu suka, mulut Afia wangi. Dah tumbuh gigi nanti dah tak sama kan baunya, mesti ibu akan rindu bau haruman syurga. Afia dah expert duduk dan boleh dilepaskan berdiri berpaut pada sesuatu. Sekarang ni Afia mula nak berdiri sendiri, selalu praktis  dekat meja studi abang Aiman waktu ibu ajar abang mengaji. Dah mula meniti pada sofa juga. Belum merangkak tapi dah tunjuk gaya nak jalan kan. 

Akal tersangatlah cerdik. Dah pandai marah tau. Kalau kita marah, dia marah kita balik. Cengei (garang) la ni kata pengasuh.hehe..Apa yang kita makan dia dah pandai mintak, kadang-kadang siap sebut mamam, ibu bagi la buat Afia rasa, bukan bersungguh pun dia makan. Lagi satu akal sekarang ni dah tak mau tidur buai, kalau letak mesti meronta keluar kaki tanda protes. Belum masukkan dalam buai tunjuk dan cakap nak masuk buai pun dia dah marah. Kalau dia tak nak jangan la paksa. Kat rumah pengasuh ok pulak kalau mengantuk dia sendiri tunjuk buai. 

Yang tak tahan tu ibu kena la tidur sebelah dia. Mengempenglah Afia sampai terlelap. Ibu pun dah tak boleh buat satu kerja. Kerja membuta je la kan. Tidur dalam bilik kena tutup pintu. Pernah terjadi ibu nak tidurkan Afia, ibu yang tertidur. Bila sedar dia baik punya menjulur dengan laju tengok-tengok dah kat ruang tamu dengan abang Aiman. Pintu toilet memang dah sentiasa tutup. Bila tutup pintu bilik meradang la dia kena dok dalam jail.hehe 

Lagi satu pantang betul nampak abah. Selagi abah tak ambik mengekor je kemana abah dia pergi. Almaklum sekarang ni abah pun dah macam biskut sekejap ada sekejap takde. Anak pun rindu. Kalau ibu tengah buat kerja, dah tak boleh biar kat bawah sekejap je dia mop satu rumah. Bila letak dalam walker tak boleh lama menjerit-jerit Afia mintak perhatian. 

Pendek kata usia sekarang Afia selalu tunjuk protes kalau ibu tak peduli pada dia, nak main setiap masa dan dah kurang tidur siang. Alhamdulillah Afia sihat, cergas, cerdas dan sentiasa berselera makan. Ni semua dah cukup buat ibu senang. 





19 comments:

Ruse Sulaiman said... Best Blogger Tips

Sekejap je kan dh besar. Rindu pula iman masa baby ;)

fizalinolie said... Best Blogger Tips

Dah 10 bulan dah dia. Takpe lambat tumbuh gigi muni. Nanti dah tumbuh gigi... Siap dia nak gigit. Hehe... Cepatkan masa berlalu. Tgk2... Afia dah 10 bulan dah :)

Unknown said... Best Blogger Tips

akak pon suka nah cium bau mulut baby if takder gigi la hehe..

10 bulan..erm mmg time ni perlu perhatian lebih,lagi2 yg baru merangkak..bab mengutip! apa2 semua nak masuk mulut..be monitored for attention !comey tu...:)

IntaNBerliaN said... Best Blogger Tips

afia sentiasa nak meraih perhatian ibu dia :-)

Aisy Nasiha said... Best Blogger Tips

Ai imanina... cewah tiba2 panggil Imanina pulak ye.. lambat naik gigi nanti kalau naik cepat penuh macam nazif agaknya. Nazif pun mula2 hari tu lambat naik, bila mula naik tu, cepat je tambah satu demi satu..

bagusnya ibu dia, tiap2 bulan wajib buat entry pasal perkembangan anak. Barulah nanti mudahkan? Saya pun patutnya buat juga macam ni. Biasa orang tanya, bila mula jalan, yg tu saya ingat lagi 11 bulan, bila naik gigi ke, bila mula merangkak ke itu dah lupa. Haha.. nasib la naim nazif wei..

AtieYusof said... Best Blogger Tips

Cepat nya masa berlalu..Afia dah 10 bulan..:)

NzA said... Best Blogger Tips

cepat sungguh masa berlalu...rasanya baru je tgk wajah afia masa baru lahir.....

Mia Kassim said... Best Blogger Tips

Salam kenal dan follow....
Bau mulut baby wangi kan, sedap jak cium...hehe

Masya said... Best Blogger Tips

iye lah cptnya masa berlalu.. biasalah baby baya afia ni.. klu perempuan manja dgn ayah... pesen anak adik sy pulak pantang nampak suami sy nak ikut sbb dia ingat ayah dia agaknya... ayah dia kan bz jrg ade..

Mummydearie said... Best Blogger Tips

Ibu mithali dan prihatin nampaknya :) Alahai PK, kalau Afia takda pun mmg ibunya tu kuat tidur, kan, kan, kan... sama kuat dengan masak-memasak peberet pastime si ibu nih... Afia ni kira serasilah dengan si Adik. Dua-dua kuat protes. Dua-dua pun tak sayang sgt kat mak, kan. Sayang bapak lebih!

.:fyzz:. said... Best Blogger Tips

moga jadi anak yang solehah ya sayang

Anonymous said... Best Blogger Tips

biasalah tu perkembangan anak2 kecil ni berbeza2 x sama semuanyer !

lizz said... Best Blogger Tips

ololo dah beso la afia comey auntie nih...
anjer2 abah ni yer...gegirl mestila anjer2 kan afia...
betultu PK bila anak sihat cergas tu pun dah buat hati kita gembira & senang hati...

nOe suhaimi said... Best Blogger Tips

Dah besar Afia...

alhamdulillah...Afia sihat

LydSunshine said... Best Blogger Tips

dah makin pandai. gigi tumbuh sebatang tu kira okay la. luth dah setahun dah gigi belum muncul lagi. heheh. tapi mcm puan kutu kata la, selagi takde gigi, mulut dia tak bau la. cuma bau masam airliur baby je. afia, semoga membesar menjadi anak yg solehah...

shahdiana said... Best Blogger Tips

happy 10 month bezday afia cumell..jadi anak yang solehah ye....

- AZIE - said... Best Blogger Tips

btl PK kalo xtumbuh gg xpe..ni dh tumbuh gg memg mulut berbau mcm qisya..so kena ajar gosok gg dh. karektor afia dgn qisya sama je..smpai hati ibu ckp si hdung kepek huhuhu..

OKje said... Best Blogger Tips

Dah semakin besar ibu......takkan nak duduk diam jer hehe....

Unknown said... Best Blogger Tips

sekejap je masa berlalukan baby bambam mama dan 10 bulan, apa pulak hidung kemek, ok apa nasib ada hidung...

ibu kutu ni nak kena ni...