Pixajoy

Sunday, April 27, 2014

Home » Demam Cheese Kembali!

Demam Cheese Kembali!




Macam nak meniaga kekdahnya. Hadap je la entry dessert berasaskan keju selagi benda alah ni tak habis. Tengah berkira nak buat kek keju juga untuk birthday Afia. Apa pun nafsu ibu yang nak makan, si bambam tu birthday pun tak faham lagi kan.hehe


Tak menyabar en suami nak makan cheesekut. Lepas beri barang dekat Tesco kami makan kat luar, sampai rumah hampir pukul 12. Gigih tu aku buat cheesekut ditengah malam untuk cinta hati. Tak sampai sejam masuk freezer beliau dah buat muka comel nak makan. Macam budak perangai, tau sajalah yang en suami memang suka benda lembik. Kali ni aku guna Marie untuk layer biskut. Topping atas letak biskut Sandwich Munchys Cheese saja. Biskut Oreo simpan nak buat benda lain.huhu..


Sekali dua adunan aku buat.  Hari tu aku baru rasa dua tiga sudu tau (yang masih lembik). Aku balik kerja baru berangan nak makan rupanya satu tupperware aiskrim en suami habiskan. Sampai hati makan tak ingat bini. Dah beli 2 kg cream cheese tu makan puas-puas kata en suami.hehe. Yang ni pun laku sangat tak menyempat nak potong. Nanti aku repeat buat lagi baru tayang versi potong.


Model rentung baru balik playground tengah menikmati Kek Keju Meleleh. Nanti ibu up entry resepinya!




16 comments:

Zam said... Best Blogger Tips

simple jek kan :))

Aisy Nasiha said... Best Blogger Tips

Wah, sampai 2kg creamcheese sekali dibeli. Kalau macam ni memang seronok buat cheese cakenya.. rasa berbaloi sebab suami dan anak2 makan. Adoi.. Aiman makan sedap2 ya..

norhasnizakhalid said... Best Blogger Tips

uish, menyelerakan betul tu.. ibu buat sedap ye bang..?

- AZIE - said... Best Blogger Tips

memg peminat cheese satu keluarga ni!

Sura Mohd said... Best Blogger Tips

sodapnya..kaksura pun peminat cheese.berbaloi kalau rajin buat camni PK..anak branak suka..suka bebenor suami PK tu makan ya..:)

Mummydearie said... Best Blogger Tips

Arghh, cheese lagi. Manalah boleh tahan camni... orang tak tempek resepi, puja-puja suruh tempek. Bila dia dah tempek cheese sampai 2kg, rasa tak keruan pulak. Ni yang nak dok menyondol segala cheese kat hypermarket ni kang!

Anonymous said... Best Blogger Tips

cheese feveret anak2 KA lah juga !

nurbijen said... Best Blogger Tips

banyak tu sampai 2kg PK borong.. boleh makan cheese cake sampai lebam :)
Tapi kat rumah saya, anak2 kurang suka cheese cake ni... sendiri buat, sendiri makan... lepas tu pos juga la ke jiran2 terdekat :)

Nastyna said... Best Blogger Tips

haaaaaaambek, seketoi 2kg terus. Kami ni cheese melambak2 tapi I pulak tak terbuat2, terliur tu memang tapi makan tak berebut ni tak best la kan.

Nora Karim said... Best Blogger Tips

rajin betul PK!

LydSunshine said... Best Blogger Tips

semangat nak mengecheese ni mesti sebab hasilnya 'laku' kan. mmg seronok kalo kita buat apa2 pastu habis dimakan tahap licin. baru la rasa dihargai.

nOe suhaimi said... Best Blogger Tips

hehehe..hari2 cheese ni..

Masya said... Best Blogger Tips

SUKA MENU CHEESE JUGAK.. SBB TU LAH SY PUN MAKIN TEMBAM..

Unknown said... Best Blogger Tips

sedap aiman dapat makan cheese selalu..hehehe..

IntaNBerliaN said... Best Blogger Tips

wah, sampai 2kg mimie beli??.. mmg peminat tegar keju ni... hihi

QasehnyaRania said... Best Blogger Tips

seronokkan buat makan bila tgk anak2 pon semangat mkn :)