Pixajoy

Sunday, June 01, 2014

Home » Demam Mangga

Demam Mangga



Musim mangga kali ni memang puas sangat makan mangga free. Stok tempohari dah licin, aku ada bawak balik stok baru dari kampung. Jiran semua baik hati bagi rasa mangga pokok memasing. Tengah Mango fever katanya. Selain mango ice blanded, lets check it out apa menu yang dah selamat masuk perut kami anak beranak.



Sagu Mangga : Rendam sagu, masak dan toskan. Masukkan sagu dalam cawan + susu pekat + susu cair +  mangga yang dipotong dadu. Sejukkan dalam peti ais sebelum ngap!


Dessert camni memang sedap. Tapi Aiman tak reti sangat makan. Dia hirup susu pastu tinggalkan sagu dan mangga. Aku simpan dalam frezer bahagian beku bagi cepat sikit sejuk. Dah memang spesis gelojoh tak menyabo nak makan katakan.


Simple Kerabu Mangga Sotong : Mangga muda yang dipotong nipis memanjang + hirisan bawang + hirisan cili padi + sotong yang direbus + garam + gula. Gaul sebati, siap!


Kerabu ni versi tak cukup bahan yang biasa aku buat. Hari tersebut aku kombinasikan kerabu pelam dengan masak lemak ikan plus ikan celup tepung. Senala besaq aku potong mangga. Tak senonoh punya kerja. Nasiblah takde sesiapa yang mati tercekik. 


Rojak buah : Potong any buah dan gaul dengan kuah rojak kemudian tabur kacang tanah kisar. 



Aku buat kuah rojak for 2nd time. Kali ni aku guna buah mangga muda+ epal + kedondong + timun + sengkuang. Untuk resepi kuah rojak klik SINI. Puas makan buat sendiri. Dah lega juga mengidam nak makan sengkuang calit.ngehngeh..


Kek Karamel Mangga Kukus : Blander 2 cawan isi mangga masak 1/2 cawan gula perang + 1/2 tin susu cair 3 sudu susu pekat + 1/2 cawan minyak + 2 biji telur 1st esen vanila. Tuang bahan blander dalam bekas kemudian masukkan sedikit demi sedikit (1 cawan tepung + 1st baking powder + 1 st soda bikarbonat yang dikacau sebati). Lenserkan loyang dengan minyak, tuang dan kukus sampai masak.


Resepi kek mangga aku google pastu macam biasa pepandai adjust. Dah kukus masak pun still lembik. En suami suka la benda lembik camni. Tengok gambar setengah loyang beliau hadap sorang. En suami kata rasa macam tofufa pun ada. Mula-mula aku rasa kek ni macam pelik rasa dia. Bila simpan dalam peti ais dan makan esoknya macam sedap pulak dah.hehe



21 comments:

norhasnizakhalid said... Best Blogger Tips

sana sini bercerita pasal mangga.. hihi

Acik Erna said... Best Blogger Tips

PK..memang kegemaran seisi keluarga acik ni..tak sempat nak tu semua dah habis kena makan

Unknown said... Best Blogger Tips

dessert tu sedap sangat, lagi2 bila dah masuk dalam peti sejuk

Unknown said... Best Blogger Tips

Tu dia aih.... semua mangga.... nasib baik tak buat nasi goreng mangga hehehehe... tapi semua nampak sedap kalau akak dok sebelah rumah dah sure buat muka tak malu mai makan...

Unknown said... Best Blogger Tips

Tu dia aih.... semua mangga.... nasib baik tak buat nasi goreng mangga hehehehe... tapi semua nampak sedap kalau akak dok sebelah rumah dah sure buat muka tak malu mai makan...

OKje said... Best Blogger Tips

Memang sedap tu sagoo mangga ....lagi lagi makan tengah panas gini... selalu makan sagoo guka melaka jer
Nak come potongan tu parut je pakai pemarut ....mmg cantik hasilnya...

Sura Mohd said... Best Blogger Tips

ini betul2 demam mangga ni..rajin betul..kat rumah akak beli mangga tak sempat nak buat apa2..semua dah masuk perut..:)

LYAfrina said... Best Blogger Tips

semuanya sedap2..
tp kek karamel mangga mmg x pnh dgr n mkn lagi la.. mcmana rasanya..

Mar Mansor said... Best Blogger Tips

siap buat kek ye..puding & kerabu tu sedapnyer...ish...terliur tau

sitirohaida said... Best Blogger Tips

sedapnya..

Salmi said... Best Blogger Tips

Terliur tengok kerabu mangga..

Masya said... Best Blogger Tips

mmg musim mangga ni .. sana sini makan mangglah.. kt org kat rumah ni pun sama.. sampai x kosa amik gambar hahaha

fizalinolie said... Best Blogger Tips

Ni memang demam mangga. Macam2 version ada. Hehe... Rajinnya Muni. Bestnya kalau berjiran. Boleh mintak sikit. Hehehehe....

Mummydearie said... Best Blogger Tips

Rajinnya dia! Ada untungnya line tenet semput. Banyak kerja boleh buat. Banyak makanan sedap boleh dihidang untuk seisi keluarga.

iamcikmisi said... Best Blogger Tips

wahh ! sedappnya.. ahh terliurr nehh. kena p cari mangga neh.. hehe

AtieYusof said... Best Blogger Tips

aduhh... mangga tu bikin terliur bah.. haha

nOe suhaimi said... Best Blogger Tips

desert tu yg paling mengancam PK

- AZIE - said... Best Blogger Tips

ini memg btl2 demam mangga ni..desert tu mengancam yg amat.

LydSunshine said... Best Blogger Tips

Kek mangga kukus tu paling menarik tertarik. Sampai setengah loyang encik kutu makan. Maknanya sedap le tu.

Aisy Nasiha said... Best Blogger Tips

Waduh2.. macam2 menu menarik cik PK ni sempat masak. Tak sangka digukan dengan sagu nampak menarik sangat. Kerabu tu pulak walaupun nampak macam besar je hirisan mangga nya pasti sedap tu.. ada sotong lagi.. boleh jadi kek juga? Haha. Memang kreatif..

Nora Karim said... Best Blogger Tips

Rajinnya la PK buat macam2... senang je resipinya... tinggai rajin ngan tak je... heheh