Pixajoy

Friday, September 12, 2014

Home » French Toast Untuk Afia

French Toast Untuk Afia



Afia masih makan bubur yang di blander tau. Bukan sebab tak pandai kunyah guna gigi, tapi dia makan family food tak bersungguh. Aku rasa ada baiknya aku masak bubur untuk dia, asal dia makan banyak. So far makanan dia memang dia selera, even aku tak pernah taruk garam sampai sekarang. 

Segala mak nenek apa yang kita makan memang dia dah makan. Antara peberet food Afia ialah mihun goreng, karipap, mihun sup dan nasi goreng bodo. Macam aku kata dia makan so so ja, penat nak kunyah la kot.huhu.. Alhamdulillah dia masih suka makan. Tengok makanan kat TV pun siap bunyi amm ammm sambil nganga mulut dengan comel.

Tempohari aku buat french toast pakai susu cair Afia nampak macam suka makan, so dapat la idea buat roti telur guna EBM. Sayang la kan stok susu boleh tahan tapi Fia dah tak mau menyusu kat rumah pengasuh. Otak aku dok ligat juga fikir macam-macam menu makanan dengan susu ibu cuma tak cekal ja nak buat. Bukan apa takut bazir tenaga aku kalau Afia makan cuma secubit dua tiga cubit. Baik punya alasan.haha


Resepi Roti Telur Susu Ibu

Bahan-bahan : 2 Keping roti gardenia dibuang kulit tepi + sebiji telur + 2 aunz susu ibu + sedikit marjerin.

Cara-cara : Pecahkan telur ke dalam susu, rendam roti kemudian boleh goreng roti dalam kuali yang dilenser dengan sedikit marjerin. Telur yang selebihnya aku buat telur hancur. Siap! 


Bila suruh senyum, dia buat la muka notty dia tu..


Aiman bantai sekeping roti habis. Dia kata sedap. Bila aku kata guna susu ibu dia siap puji ibu ni hebat, boleh buat ciptaan baru macam apa benda nama kartun kat Astro aku pun dah lupa. Afia makan lebih kurang setengah keping roti dan habiskan semua telur hancur. Banyak jugak la kan dia makan.







22 comments:

- AZIE - said... Best Blogger Tips

amboi kemain dia renyihnya..sedapla tu

Kamsiah yusoff said... Best Blogger Tips

hehe..comel dia buat muka mcm tu..

AtieYusof said... Best Blogger Tips

Boleh tahan juga ni buat roti telur campur susu Ibu.. new idea..boleh cuba nti klu kot2 ada baby nti..hihi

Mummydearie said... Best Blogger Tips

Ibu Aiman dah macam Doraemon. Macam-macam ada, tak takut kebuluran kat rumah :)

Aiman okey je pulak makan roti telur susu ibu. Mesti dulu-dulu tak cukup minum susu ibu nih :D

Kakzakie Purvit said... Best Blogger Tips

So... secara tak langsung Aiman pun dapat menikmati susu ibu lagi. Good idea kan!

Anonymous said... Best Blogger Tips

Good idea! Anak saya pun xnak minum EBM w/pun stok banyak. Dari baby lagi. Bila dah start solid, laaagi kurang minum.last2 taknak langsung. Tp masih df sampai sekarang. Dah 2thn 4 bulan. Dah campur formula sbb nak bg laluan kat adik pulak lagi 2 bulan..plus, ibu dah tak larat..hehe

Nastyna said... Best Blogger Tips

Hehehe muka tu... memang notty. bagus la dia still suka bubur2, easy on her tummy kan. haaa kita pompuan memang superhuman, our body produce food, heh. vanngge.

Nastyna said... Best Blogger Tips

Hehehe muka tu... memang notty. bagus la dia still suka bubur2, easy on her tummy kan. haaa kita pompuan memang superhuman, our body produce food, heh. vanngge.

fizalinolie said... Best Blogger Tips

Biasalah budak pompuan muni... Memang kurang mkn. Tapi berat naik sikit pun takpe yg ptg naik. Alia pun dulu lama jugak masih mkn bubur.

LYAfrina said... Best Blogger Tips

air tangan ibu dpt melahirkan ank y cemerlang..insyallah..
sememangnya afia ank cemerlang

OKje said... Best Blogger Tips

Budak pompuan biasanya tak cerewet..... tp ikut budak jugak...
Perut anak dara tu besar manalah sangat kalau dpt habiskan setengah keping mmg dah kenyang sangat dah tu

Unknown said... Best Blogger Tips

amboi aiman..puji melambung macam selalu..hehe..bagus idea akk..xde la membazir kan..

Aisy Nasiha said... Best Blogger Tips

hihi... kalau PK dengan resepinya memang biasa ni, ada saja kelainan daripada blog dia ni.. memang jenis kreatif bab mengubahsuai dan meyedapkan resepi makanan..

Cik Pia kecil lagi, Nazif yang dh besar sikit ni pun kalau benda keras pun banyak lagi dia buang balik ..telan yang lembik je..

makchaq said... Best Blogger Tips

Wah..guna EBM.. w/pun anak2 makchaq semua bf tapi x pernah terpikiaq pulak nak masak guna ebm, klu tuang atas farleys/nestum tu pernah la..

IntaNBerliaN said... Best Blogger Tips

kreatif betoi muni ni

nurbijen said... Best Blogger Tips

dengan moka notty pun, Afia tetap nampak comel..
mmg PK ni kreatif.... Takde lah membazir susu2 tu.... bijak bijak...

Unknown said... Best Blogger Tips

hahaha afia nih, muka tu tak bleh comel lg ka?? baguslaa klau stiap inovasi kak murni diorang suka mkn..:) tak membazir kan..

Syazana Zainn said... Best Blogger Tips

err nasi goreng bodo tu acane? hihi

QasehnyaRania said... Best Blogger Tips

bgus ni resepi menarik utk anak kan.xlist mau makan..

LydSunshine said... Best Blogger Tips

wah, guna bm buat french toast. mmg terbaik puan kutu. bijak bangett.

bagusnya sampai sekarang tak letak garam dlm bubur afia. saya mmg kena letak garam sbb pengasuh letak garam. hehe.

ida =) said... Best Blogger Tips

Amboi!!! kemain aiman ye....

sedap la french toast ibu. wahhhh... boleh la try ni.

ida =) said... Best Blogger Tips

Saya try buat utk aleesya td. Hurmmmm... Dia x makan. Adam yg habiskan. Tapi.... Mmg x bgtau la guna ebm. Kalo adam tau, hijihi... Dia xmo telan la!