Pixajoy

Monday, December 08, 2014

Home » Pisang Goreng Sedap

Pisang Goreng Sedap



Aku selalu fail mengtransformkan pisang menjadi satu bentuk makanan sedap. Buat pisang goreng pun tak pernah pass. Kalau cekodok pisang lagi la fail. Jadi sila jangan bayangkan pisang boleh bertukar jadi kek, lepat atau sekutu dengannya. Paling teror pun buat bubur aka pengat pisang la. Mujur kat rumah ni semuanya peminat pisang. Kalau beli pisang, sekejap je licin, sungguh enak dimakan begitu saja.

Hari Jumaat emak, abah, adik ipar dan sorang anak sedara datang tidur kat rumah. Pagi Sabtu sebelum depa balik kami pergi Pasar Tikam Batu. En suami suka benar kesana walhal dekat SP ni pun ada market. Barang basah kat sana kira kategori murah plus fresh. Pastu kami sekarang dok gila makan ulam. Ulam pegaga susah sikit nak dapat area tempat aku. Sana la port borong ulam. Nak cari kurma, kismis, biskut timbang dan segala mak nenek baju bajan pun ada. Ok dah melalut dah aku ni. 

Dekat Tikam Batu, en suami beli banyak juga pisang. Dan-dan tekak teringat goreng pisang coklat cheese aku makan tempohari. Mak mertua aku bagi petua goreng pisang sedap guna tepung kastard. Petang tu jugak aku bancuh tepung dan buat untuk dinner bersama Aiman. Nak keluar cari cheese hujan la pulak. Pagi esoknya goreng dekat en suami habis licin beliau bedal sorang. Terpaksa la panaskan roti canai frozen untuk sarapan si chubby.



Tepung kastard + tepung gandum + garam + air = Pisang Goreng Sedap.

Aku potong sebiji pisang kepada tiga bahagian supaya nipis dan garing. Portion tepung kastard aku letak sama banyak dengan tepung gandum atau lebihkan sedikit tepung gandum. Hasilnya memang garing dan gebu. Aku kalau pisang goreng tak suka yang campur tepung adabi tu cepat muak. Yang ni memang kena betul dengan tekak kami sekeluarga. Aiman tak sudah dok kata garing dan sedap.

Zoom sikit..



Maaflah kalau entry serupa terlalu jakun. Baru nak pandai buat pisang goreng katakan.muahaha...







25 comments:

Acik Erna said... Best Blogger Tips

terima kasih PK..boleh cuba ni..selalu acik goreng guna tepung gandum je..nak bagi garing..masukkan sikit minyak yang dah panas tu dalam tepung..kacau sebatikan..
lepas ni boleh guna tepung kastad pulak.

Acik Erna said... Best Blogger Tips

terima kasih PK..boleh cuba ni..selalu acik goreng guna tepung gandum je..nak bagi garing..masukkan sikit minyak yang dah panas tu dalam tepung..kacau sebatikan..
lepas ni boleh guna tepung kastad pulak.

LydSunshine said... Best Blogger Tips

Ooo, mudah je resepi ni. Boleh la try pasni. Letak tepung kastard mesti bau dia pun wangi je kan?

Kak Vit said... Best Blogger Tips

oooo.. guna teoung custard ehhh.. boleh try ni.. sebab saya pun buat pisang goreng kadang tak menjadi.. hihi..

eima said... Best Blogger Tips

Ooo....nanti boleh try...slalu sy guna tepung beras campur gandum.....

Tp sy fail bab nk pilih pisang hehe.....

Masya said... Best Blogger Tips

tepung kastad????? hohoho nnt nak cubalah resepi ni hihihi.. kat rumah bnyk tpg kastad sekarang ni kemaruk buat puding roti sos kastad mmg ade tpg tu kat rumah ...

Nastyna said... Best Blogger Tips

I masih fail bab pisang goreng, nak cari tepung kastard memang payah la kot I ni hehehe takper, idea ni I simpan kemas di kotak fikiran hahaha.
I... suka makan pisang yang dimasak pelbagai cara, tapi still tak reti jugak pelbagaikan caranya tu,sselain buat kek sebab itu yang tersenagn hahaha.

OKje said... Best Blogger Tips

Ye ke....boleh cuba jugak ni guna tepung kastard, okje kalau rajin teoung tu okje guna tepung beras campur tepung gandum campur air kapur campur telur ....oklah jugak...
Ha'a ek kadang tu pakai tepung goreng pisang tu ada yg kurang sedap

fizalinolie said... Best Blogger Tips

Yup... Mak fiza pun selalu guna tepung kastard plus tepung gandum bila buat pisang goreng. Serius memang sedap :)

LYAfrina said... Best Blogger Tips

mmg sedap.. biasa mkn dgn kuah kicap jugak kan..

mmg rupa pisang goreng ni jauh beza dgn y belah trg ni..

Najib Ariyan Ali Basha said... Best Blogger Tips

saya buat sukun goreng pun sama jugak... tapi letak kunyit ngan garam... sebab tu makanan masin... yg ni manis kan... boleh guna jugak cara tu kan.. cuma campo tepong kastad

Nora Karim said... Best Blogger Tips

PK ni masak apa pun semua nampak sedap... oooo menarik juga resipi sempoi pisang goreng tu... boleh la try nanti... saya buat versi malas... pakai tepung adabi tu je... hahaha

istadiniey said... Best Blogger Tips

Salam.. terima kasih share resepi ni.. xpenah jmpa lg pisang goreng taruk kastard.. insyaAllah akan cuba :)..

Unknown said... Best Blogger Tips

yang kita rasa senang tu susah sebenarnya kalo tak pandai..hahahaa..zee pon kekadang jadik kekadang tak bab goreng pisang nih..
senang beli jer la walaupon yang dijual belom tentu sedap..

Aisy Nasiha said... Best Blogger Tips

Kan dah kata PK pasti akan tampil dengan resepi pisangnya..haha.. wah..ada kelainan ni..

lieyalatif said... Best Blogger Tips

EH KITE GENG!!! lieya pun dulu cikpuankutu tak reti goreng pisang...buat cekodok...kalo goreng pisang tu tak dpt yg rangup..cekodok pisang plak tak jadi yg bulat2 lawa....tapi tu laa berkat gugle belajar2 akhirnyer boleh gak....

johor style, goreng pisang cicah sambal kicap...perghhhhhh!!!

IntaNBerliaN said... Best Blogger Tips

wah, harus try ni... biasa sy guna tepung beras + air kapur + garam + kunyit... dia jd rangup... mcm ikan celup tepung dkt trg tu.. hihii

athirahwardah said... Best Blogger Tips

nice sharing . come visit my blog http://itisstories.blogspot.com/

Bunda_nora said... Best Blogger Tips

terima kasih sudi berkongsi..

Kakzakie Purvit said... Best Blogger Tips

Kakak biasa dgn gandum aje campur minyak panas kacau dgn air jugalah tak pernah bubuh kastard. Lain kali kakak cubalah... mesti cantik kuning kan..

Unknown said... Best Blogger Tips

Sya xbrp suka goreng pisang.. Kalau goreng dgn tepung adabi tu lagilah xsuka.. Muak..

QasehnyaRania said... Best Blogger Tips

pisang goreng mmg sedap dimkan.
mak saya dlu niaga pidang goreng.mcm mcm letak..
ada bijan la, kelapa parut la, tepung kastad pun letak sikit..
lepas ni buat menu pisang pulak.. mesti nenarik :)

good luck pk

nurbijen said... Best Blogger Tips

saya pun tak pandai buat batter pisang goreng...
Sendiri buat sendiri makan kalau kat rumah ni.... sebab tak sedap lah tu, ekekek

Cik Rose said... Best Blogger Tips

baru tahu letak tepung kastard.. Ros pernah goreng letak tepung beras sikit..

Mummydearie said... Best Blogger Tips

La baru tau resepi rahsia pisang goreng sedap. Saya ni walaupun jarang memasak tapi setakat stok, you just name it, semuanya ada. Mengalahkan chef tapi jarang guna bahan. Tepung kastard pun ada tak buka pun lagi :) Tepung adabi tu memang tak sedap tapi sebab den ni malas, den bantai je janji jadi pisang goreng. Ni nak kena cari pisang setandan pulak nak cuba resepi goreng pisang sedap ni *_*