Pixajoy

Tuesday, March 31, 2015

Terung Masak Kicap



Tengok Diari Mangkuk Tingkat Bersama Ili dekat Astro Ria terus teringin. Tak pernah pulak terfikir terung boleh buat masak kicap. Aku tak ikut sangat resepi asal, belasah ikut cara aku. 



Resepi Terung Masak Kicap : Goreng terung, tos dan ketepikan. Tumis bawang merah + bawang putih + halia + cili padi yang dihiris kemudian masukkan sos tiram + kicap + gula + garam. Masukkan terung yang telah digoreng tadi. Gaul sekejap, siap!


Simple tapi sumpah sedap!


" Terung mengandungi sejumlah kecil nikotin yang boleh membantu perokok yang ingin berhenti merokok menahan keinginan untuk merokok secara semulajadi "








Monday, March 30, 2015

Bila Semua Orang Balik



Tengah mood lemau. Nak update BW pun kelaut. Bila dah masuk angin camni memang akan ada entry  tempek gambar si bambam je la.haha..

Kejadian semalam. Rumah yang sudah dua hari gamat dengan kedatangan Wan, Maktok, Ibu Acik, Abang Icad, Baby Damia tiba-tiba jadi sunyi. Abang Aiman pun sekolah. Cik Pia! Jom masuk bilik kita breakfast biskut cicah milo. Atas katil kita projek.haha..






Minum Milo Afia jadi sihat dan kuat!







Saturday, March 28, 2015

Resepi Kuih Dangai



Ada orang panggil kuih dangai ni sebagai kuih rangin ye. Baru chek tau! sejak dulu memang dok panggil dangai je. Ini kuih peberet aruah pak yang betul mengulit kenangan tau. Sekarang susah kot nak jumpak kuih dangai lagi. Kuih lama-lama macam ni kalau tak disemarakkan kembali memang boleh pupus ditelan zaman.

Okje mak jilap tu pun dok perangat kita dengan kuih rangin beliau. Apalagi terus kita order kelapa parut putih pada en suami. Dua tiga hari kemudian baru datang kekuatan untuk buat. Naik turun nyoq dari tempat beku ke bawah peti ais dua kali.haha..

Kuih dangai betul yang katanya mengulit kenangan bentuk pemadam kayu papan hitam zaman aku sekolah yang dikepit dua, tengahnya ada gula. Boleh imagine tak? Tak boleh takpa, takdak sapa paksa.hahaha...Versi zaman la ni pemanggang ajaib je la aku mampu. Gula pun aku gaul sekali. 

Rupanya senang ja nak buat, bahan dia cuma tepung pulut, kelapa parut, gula dan garam. Kalau tau mudah macam ni sepuluh taun dulu aku dah bikin. Aku ada google resepi tapi macam biasa la aku buat main campak hempuk suka hati tak ikut resepi asal punya. 

So aku bagi sukatan macam aku buat yang sebenarnya tak berapa sukat sangat ni. Dok masak boleh pulak gas habis. Nasib baik dangaiku sempat masak!



Resepi Kuih Dangai : 3 cawan kelapa parut + 1 1/4 cawan tepung pulut + 1/4 cawan gula + 1 sudu garam, gaul sebati semuanya masuk pemanggang ajaib dan masak. Siap!



Potong je la apa pattern pun!


Aiman kata dia tak reti makan kuih ni. Budak-budak sekarang tak layan pulak kuih peberet Tokwan Man dia. Dasyat tak dasyat, en suami balik kerja aku bagi rasa 2 potong je dan selebihnya aku melantak sorang. Ye la cover balik sepuluh tahun tak makan dangai.muahaha..

Esoknya kena cirit birit makan banyak sangat nyoq kot. Ni pun ada hati macam nak buat lagi. Memang tak makan saman punya orang.hehe..












Thursday, March 26, 2015

Aiman Afia Di Kampung



Lama juga kami tak balik Alor Setar. Mak abah selalu je datang sini. En suami dok perli asyik balik Penang je. Eh siapa yang dok ajak balik Penang sebenarnya ni?haha..

Aiman Afia macam biasa sesekali balik memang enjoy dekat kampung. Nama je kampung, tapi rumah Wan Maktok ni kira lokasi perumahan bandar la. Dia punya panas Masyaallah sampai aku tetiba kena penyakit gatal sekejap, berpeluh sana sini tak tentu arah, tergeruk-geruk macam beruk dah. Pak mertua bila nak pasang aircond ni?hahaha..

Entry basi nak dekat seminggu dah pun balik kampung. Sayang pulak kalau tak abadikan gambar yang ada. Layan!

 Gaya peace konon cik pia bagi sebelum bertolak balik kampung

Abang tengah pujuk adik tengok kamera, Adik boo layan!


Pagi hari melepak dekat depan rumah sambil hirup udara Alor Setar. Abang adik jogging kejar cat. En suami snap gambar budak berdua ni hantar wassap pada keluarga Johor. Gambar Aiman sensored tak pakai baju. Cik pia je ada. Suka tengok gaya Afia berlari dengan gaya tangan dia ni. Sayang sekali en suami snap jauh sangat. Sooo cute!

Rambut menggerbang Mak Limah!


Petang hari kedua kat kampung, cousins depa Irsyad dan baby Damia baru sampai ke rumah Wan, makin meriah la jadinya.

Tangan penyibuk tu dia sorang ja nak pegang baby

Bila suruh snap gambar dengan baby, dia sua tangan mintak maktok ambik pulak

Abang Aiman dan Adik Mia


Aiman dengan Icad 24 jam main tak tau penat. Si Afia pulak kemain lagi nak membela baby. Dok zikir 

la la allah..(laillahaillallah)
bi..bi..la lah..(hasbirobbijallalloh)

Tak bagi langsung kita pegang buai Damia. Dia punya penyibuk tepis tangan acik pastu siap letak bantal dan robot dalam buai. Kalau tak letak dimarahnya kita. Macam-macam peel. Tunggu adik Mia besaq sikit cik pia oi ada la geng main pondok-pondok nanti.






 




Wednesday, March 25, 2015

Koteaw Ladna



Line tengah slow yang amat. Tekanan je nak update. Aktiviti BW pun lemau. Risau blog berhabuk, aku up entry resepi dah la.hehe..

Kali ni nak share resepi mudah koteaw ladna. Dulu biasa makan dekat kedai. Kadang kena dengan selera, tapi selalunya memang menghampakan. Sekarang ni kalau teringin masak sendiri puas hati. Ada stok daging dan isi ayam je pun. Kalau ada udang sotong mesti tambah umphh. Yang penting meriah dengan sayur kailan, karot, brokoli, baby jagung semuanya chek suka!


Mula-mula panaskan kuali dengan sedikit minyak pastu goreng koteaw dengan sos tiram dan kicap, ketepikan.

Untuk kuah : Tumis bawang putih plus cili padi hingga naik bau kemudian masukkan stok protein. Aku guna ayam dan daging sahaja. Tuang air secukupnya + serbuk pati ayam + lada sulah + garam + gula hingga mendidih. Masukkan sayur pastu pekatkan kuah dengan tepung jagung. Tuang kuah dalam koteaw tadi. Siap!

Koteaw Ladna ni menu berbuka aku Isnin lepas. Senang boleh sekali dinner Aiman dan Afia. Biasanya memang aku akan masak yang berkuah, hirup panas-panas baru rasa nikmat makan. Anak dara aku tu kan macam ibu dia jugak, mana layan nasik sangat. Anak bujang lagi suka yang bergoreng, tapi senang tak memilih, makan je apa yang terhidang. Batu kayu pun tak tolak.haha..












Monday, March 23, 2015

Kek Harijadi Aiman



Abah kata nak beli kek untuk birthday Aiman so ibu fikir tak payah kot buat. Lagipun sehari sebelum tu, opismate yang sambung shift lambat datang sebab salah tengok jadual. OT tak berbayar la hampir sejam menunggu. Nak singgah kedai beli butter dah tak sempat mana dah lambat ambil Afia dari rumah pengasuh. Balik rumah memang tak kuasa dah nak keluar.

Menjelang Harijadi Aiman, memikirkan serbuk koko yang masih banyak berbaki, ibu buat juga kek coklat. Takda butter, guna minyak pun boleh kan. Melihat ibu sediakan bahan untuk kek Aiman kata, 

" Aiman tak nak la kek..Buat susah ibu je!" 

Namanya pun Aiman tak kisah. Anak soleh Aiman memang macam ni. Sayang ibu lebih dan bukan jenis yang meminta. Takda susahnya nak, ibu yang nak makan sebenarnya.hahaha..

Cantik sangat kejadian kek coklat ni

Letak topping


Hias bodo dengan coklat Nips Milk 


Masih guna resepi kek coklat sama hari jadi Abah tempohari, cuma yang ni aku kukus. Tulisan tu comot tak ingat, buat sikit je icing untuk tulis nama Aiman. Kek ni tersimpan dalam peti ais sebab kami balik kampung. Malas nak bawak balik sana, dah tau mak Abah bukan makan sangat.

Semalam baru rasmi makan. Lupa pulak nak snap yang dah dipotong. Tu pun bukan birthday boy yang potong keknya. Aiman kan sekolah. Afia la tak menyabar dok bukak peti ais mintak "kek..nak kek.." Orang dah pandai cakap kan. Walaupun tanpa butter, sedap tau kek coklat ni. Moist sangat! Lepas ni kalau buat kek coklat mesti akan guna resepi ni je la. 

Aduh lapaq kek pulak dah, tempting orang posa macam apa je menaip sambil membayangkan kesedapan kek coklat moist. Sedar diri dah makin gemuk tapi nafsu makan tak boleh kawal.hehe..Balik kampung dengan dok kalut repair kereta semua memang tak beli dah pun kek untuk Aiman. Lagipun abah fikir ibu dah buat keknya pun belum makan. Birthday present tunggu ya!








Sunday, March 22, 2015

Jalan-Jalan Tak Jadi



Sesi persekolahan Aiman bermula hari ni setelah bercuti panjang. Malam tadi sampai rumah dari kampung menjelang tengah malam juga. Dua hari cuti kami balik Alor Setar. Merancang jalan-jalan ke Perlis pun tak ada rezeki. Kesian birthday boy nak sangat ke Taman Ular terpaksa cancel last minute. Next time ye Aiman!

Jumaat petang lepas Solat Jumaat merancang ke Perlis jalan-jalan cari makan sama mak abah. Esoknya kata en suami kita pergi Perlis lagi bawa Aiman Afia ke Gua Kelam, Taman Ular dan Ladang Anggur. Kalau sempat singgah cuci mata dekat Padang Besar. Kita hanya merancang, perjalanan pergi balik Kuala Perlis hari Jumaat tersebut kereta buat hal. Ada masalah air cond apa entah. Esoknya terpaksa la repair kereta dulu. Dipendekkan cerita, masa dah terbuang, terus cancel jalan-jalan, dok rumah je la.hehe..

Kisah hari Jumaat, kami pusing Kuala Perlis tapi tak makan kat situ. Punya ramai umat nak parking pun susah. At last jumpa satu kedai dekat Kokdiang. Alhamdulillah makanan enak cuma air je potong selera sikit. Kami order 3 pinggan pasembur makan kongsi, aku mak Abah makan Mee Bandung dan 2 pinggan Mee Goreng untuk Aiman dan en suami. Ketiga menu nampak simple tapi memang sedap!

Sampai mee terus makan tak pandang orang dah.

Dok terbayang lagi Mee Bandung Sedap ni!


Sebelum balik singgah rumah Pak Tam, bapa saudara en suami sambil berharap ada sinar untuk esok. Ternyata rezeki tak menyebelahi. Tidaklah frust mana, benda dekat nanti bebila boleh pergi, cuma kesian dekat Aiman cuti sekolah ni tak jalan mana. Kita ibu ni nak happykan anak-anak je!

















Friday, March 20, 2015

Aiman Mukhlis 8 Tahun


My sweet son
What a precious gift you are to us.


Selamat Ulangtahun Ke 8 anaknda Aiman Mukhlis. Allah selamatkan Aiman menjadi anak soleh cemerlang dunia akhirat. Ibu, Abah, Adik Fia Love u so much!








Thursday, March 19, 2015

Resepi Ayam Goreng Kunyit Mudah



Saki baki hasil main masak-masak haruslah tempek buat tambah koleksi. Ni je la modal yang ada membantu orang yang tak pandai masak tapi gatai nak kawen awai macam aku dulu-dulu.kahkah. Lagipun menu yang jarang keudara kot kat rumah ni. Biasanya sayur buncis memang aku akan buat goreng bodo salut telur. Tetiba pulak teringin ayam goreng kunyit, terlanjur ada isi ayam, mari kita mulakan projek.


Resepi Ayam Goreng Kunyit : Isi ayam dipotong dadu kemudian gaul dengan sedikit garam + serbuk kunyit + sos tiram + sedikit cuka, pastu perap. Lagi lama hasil perapan lagi bertambah umphh rasa. Goreng dan tos isi ayam tadi ye. Sayur buncis + karot + brokoli + bawang besar + cili semuanya goreng dan tos. Mix all together and then u can ngap!

Ada banyak versi cara perapan ayam ni. Kalau nak lagi mudah tak payah perap boleh terus gaul dengan serbuk kunyit dan garam pastu terus goreng. Biasa memang aku buat macam ni ja. Bertambah en suami makan matching dengan sambal ikan peberet beliau, kemudian keluar statement,

"awat la ni bini aku masak makin sedap.."

Saja la pun nak bagi laki tambah gemuk.muahaha...









Wednesday, March 18, 2015

Biskut Tiramisu 1st Attempt



Sementara tengah sawan masak ni, asal nampak resepi mudah kena dengan selera badan yang makin mencanak naik mesti cepat-cepat aku bookmark dan salin. Bahan pun mudah nak cari dan selalu ada stok kat dapur. Cuma kat rumah ni kan tak pernah buat air manis, so memang takda la stok Milo kat dapur. Semata nak buat biskut tiramisu je aku pi beli milo tau!

Pertama kali buat macam agak lembik sikit adunan kastard. Mungkin sebab lebih air atau kastard murah en suami beli. Tak habis nak salahkan benda lain padahal sedia maklum aku ni bab modified campak baling tak ikut sukatan expert sekali.hahaha..

Manis pun lebih sikit, padahal tak sampai setengah tin aku letak susu. Lepas ni kalau buat 1/3 tin susu dah ok rasanya. Adunan kastard pun tak banyak mana. Aku sempat buat dua layer je. Biskut aku guna tak sampai setengah peket. Nampak tak derhaka si tanggang lagi disini?

Benda lembik cengini sedia maklum en suami memang suka. Katanya lagi sedap dari cheesekut. Aiman pun suka, cuma terlajak manislah sikit, tekak aku tak pandai makan banyak. Next time bila repeat buat dah tahu nak budget. Ada yang request resepi, so aku tempek la kan. Sila jangan derhaka macam aku. Selamat mencuba!



Resepi Biskut Tiramisu

Bahan-bahan

Sepeket biskut (aku guna cream crackers)
1 tin susu cair
1/2 tin susu pekat manis (kurangkan manislah ikut kesukaan)
4 sudu tepung kastard
1 cawan air
secubit garam
Serbuk Milo secukupnya

 Cara-cara

Satukan semua bahan kecuali biskut dan serbuk milo hingga sebati dan likat kastard atas api kecil, tutup api. Susun biskut dalam bekas, tuang adunan tadi menutupi lapisan biskut kemudian tabur serbuk milo. Ulang step sampai habis. Simpan dalam peti ais dua tiga jam pastu boleh ngap!









Aiman & Sifir



Aiman kata dekat sekolah cikgu baru ajar sampai Sifir 3. Sifir yang Aiman dah hafal so far sifir 1,2,5 dan 10. Dah yang tu je senang.hehe..Lunch break semalam macam biasa ibu mesti balik rumah masak. Sambil masak minta dia hafalkan Sifir 3 dan polish Sifir 2 dia.

Ibu cuma tulis sifir 3 dekat kertas dan minta dia hafal pastu datang bacakan dekat ibu. Kalau boleh hafal, ibu kasi chance main tab. Aiman juga request nak install game baru. Ok! janji hafal Sifir. Jangan tiru ganjaran seperti ini, tak bagus!hahaha..

Sesekali bagi ganjaran macam ni rupanya berkesan sangat! Tak sampai 5minit dah datang hafal Sifir 3 dengan lancar dan bersemangat sekali. Untuk Sifir dua ibu tak sempat dah nak tulis pada kertas terus bagi papan ni, lama dah abah beli sampai naik renyuk. 


Rupanya Aiman memang dah hafal Sifir 3, patutlah cepat betul otak dia tangkap hafalan dalam masa seminit dua. Kata Aiman, Aiman pun dah lupa. Kira semalam tu macam sesi polish sifir je la. Pun begitu puas hati jugak sebab dah bagi kerja tambahan minta dia siapkan satu sesi latihan matematik. Pesan pada dia sebelum ibu balik, kerja mesti siap. 

Ok hari ni hafal Sifir 4 pulak dengan lancar, kalau tak no more games install!haha..













Tuesday, March 17, 2015

Resepi Mudah Sotong Bakar Sumbat



Sunyi je blog musim cuti sekolah ni ye. Disebabkan modal resepi je ada, hadap la projek main masak-masak yang tiada penghujung! Percaya sangatlah kan yang aku ni nak diet.kehkeh..

Stok sotong fresh baru masuk fridge. Geram pulak aku tengok sotong besar-besar en suami beli, terus dapat idea nak sumbat perut sotong kasi boroi. Aku kalau sotong, masakan jenis kering je layan, yang berkuah ni tak berapa masuk tekak. Setakat sambal sotong peberet en suami tu memang dah selalu buat. Aiman pulak peminat sotong goreng tepung. Disebabkan aku suka sotong bakar, aku decide nak buat sotong bakar sumbat.

Let's check it out simple receipe of PK version!


Resepi bahan sumbat : Rebus sebiji kentang kemudian lecek sampai hancur, ketepikan. Aku buat tak hancur sangat pasal malas!haha..Tumis bawang merah dan bawang putih kemudian masukkan karot yang dipotong hingga masak. Pecahkan telur buat macam scramble egg pastu masukkan kentang tadi. Perasakan dengan garam dan gula. Kalau suka boleh letak serbuk pati ayam juga. Siap!


Dah siap boleh sumbat dalam perut sotong kemudian cucuk dengan pencungkil gigi supaya bahan sumbat tak keluar. Aku sukahati je cucuk entah apa seni. Style sangat kan.hahaha...Untuk rasa sotong yang original, aku hanya lumur sotong dengan garam sebelum bakar. Kalau suka letak serbuk kunyit or nak buat bahan rempah up to you. 


Tadaaa..siap sudah!


Dah boleh ngap!


Aiman dah lapar sangat bedal nasi dengan sambal ikan dan sayur tak sempat tunggu sotong bakar. Konon bagi ratah, makan sikit pastu bagi ibu, macam mana nak slim kan? Adik Fia rasa jugak sesuap dua, terus telan ok sotongnya, dah macam ular sawa. Dia panggil sotong ni lolor (telur) hehe..








Monday, March 16, 2015

Resepi Cheeskut Mudah



Entry main masak-masak lagi. Yang ni projek terakhir menghabiskan saki baki cream cheese. Kat rumah ni rupanya peminat cheesekut lebih lagi dari cheesecake. Entah dah berapa kali dah aku buat cheesekut ni ye,  macam-macam versi boleh rujuk entry terdahulu. Kali ni simple buat letak taburan Milo dan parutan cheddar cheese. Yummy!



Putar 250gm krim keju dengan 1/2 tin susu pekat manis hingga kembang. Tambah fresh milk untuk cairkan sedikit adunan. Celup biskut Marie dalam fresh milk dan susun dalam bekas, tuang adunan krim keju tadi kemudian ulangi step sampai habis. Akhir sekali tabur Milo dan cheddar cheese sebagai topping.



Rupa sebijik macam kek batik. Bezanya cheesekut letak keju, kek batik letak serbuk koko or Milo kan. Satu adunan tak cukup makan 4 beranak. Cik pia pun kemain lagi hadap benda ni. Nampak je terus sebut.."nak kek.." susah betul nak makan sekarang ni tau. Benda pelik-pelik je dia nak. Haru sungguh!






Sunday, March 15, 2015

Projek Pagi Buta



Malam tadi keluar ke kedai pastu dah belikan air dan roti untuk budak berdua tu, baliknya ibu malas terus nak masak. Dinner tak makan apa terjaga pagi berkeroncong pulak perut. Sekarang ni memang tabiat, kalau malam tidur awal mesti terjaga awal pagi pukul dua tiga. Biasanya kalau terjaga mesti sambung buat kerja rumah atau habiskan masa dengan blog.huhu..



Pukul 4 pagi teringat pelam dua bijik kawan en suami bagi dah beberapa hari tak terusik dalam peti ais. Kerja mudah potong pelam, letak sedikit garam dan gula pastu gaul dan makan. Asyik tak jadi je nak buat kerabu, akhirnya siap juga projek pagi buta! Baki lagi sebijik kita tengok nanti jadi apa.






Saturday, March 14, 2015

Roti Sardin Goreng Celup Tepung



Khamis sebelum Elly datang, aku singgah nak beli pisang goreng tepi jalan. Masa tu belum pukul 1, penjual baru mula operasi, pisang belum goreng, cuma ada dua jenis kuih, roti sardin dan popia. Aku borong habis sebab sikit sangat kuihnya. Dalam kereta laki bini dok pelahap makan, bendanya tak banyak mana, at last kuih tak jadi jamu ke tetamu, kita beli lain.haha..

Roti sardin goreng yang kami makan tu sedap juga. Esoknya awal pagi semangat aku angkut Afia merempit pergi kedai semata beli roti. Teringat roti sardin semalam punya pasal. Kalau tak jangan harap ok chek nak sesaja keluar ke kedai! Nampak tak tahap gelojoh tinggi disitu? Kalau bab makan je la..

Aku buat sebijik sama macam kedai. Potong roti segitiga kepada dua, pastu sumbat sardin. Sardin ni pun lebihan kuah gnocchi sebenarnya.



Resepi Kuah Sardin : Tumis bahan rempah (cili kering+bawang merah+bawang putih+halia) hingga pecah minyak kemudian tuang sardin dan kuahnya + sedikit sos cili. Pecahkan isi ikan, masak hingga kuah kering, perasakan dengan garam dan gula secukup rasa. Siap! Kalau suka hirisan bawang besar dan cili padi boleh letak. Aku buat kosong je.

Resepi tepung untuk celup roti : tepung gandum + tepung jagung + garam + serbuk kunyit + air, kacau sebati semuanya. Adunan ni cair je ok!




Resepi Roti Sardin Goreng : Roti yang dah siap dikepit sardin dicelup kedalam adunan tepung kemudian goreng dalam minyak yang banyak. Pastikan roti masak garing betul dan bertukar warna baru angkat dan toskan.

Adunan ni tanpa telur sebab aku tak suka roti menyerap minyak. Kalau banyak minyak muak makan. Tak bagus juga untuk tumbesaran. Versi ni tak berminyak dan garing, rilex ja kunyah tak sedar lemak dalam badan. Tepung jagung tu pun penyumbang kepada garing tanpa minyak juga. Aku punya formula la, tak tahu betul ke tidak.muahaha..


Boleh juga makan bersama cheese kalau jenis tekak mek saleha macam aku!









Duduk Sama Abang



Semalam petang ambil Afia dari rumah pengasuh tengok dia dah tak sihat. Memang dah dua hari hingus dok meleleh dan badan mula dedar. Sepetang ibu kerja dia tak tidur langsung kata pengasuh. Balik rumah bagi ubat dan menyusu terus lena. Kesian pulak dengar nafas dok bunyi masa tidur. Merancang nak ke pameran buku CS dan keluar makan terpaksa cancel.

En suami pergi pasar malam je belikan menu dinner. Lepas ni dah mula kerja susah nak outing hingga Jumaat akan datang. Tak tahu sempat ke tak hunting buku bebudak ni! Nak buat macam mana dah anak solehah demam. Yang Aiman dah mula tunjuk muka boring dan asyik mintak nak main game. Pening kepala ibu kalau sepanjang cuti asyik hadap game. Tak bagi dah asyik mengomel boring dok rumah.



Sekarang kalau naik kereta ada Aiman, Afia memang akan demand duduk belakang dengan abang. Tak nak dah dia duduk dalam car seat. Budak berdua ni kadang kuat juga bercekau, adik jenis kena turut kehendak dia, yang abang pun kadang boleh beralah..layan je kerenah adik..tapi kalau dah selalu sangat, naik angin juga.haha. Bila berdua dibelakang, boleh tengok aksi sweet abang peluk erat adik, boleh dengar gelak tawa anaknda berdua. Bahagia pulak hati ibu tengok keadaan begini. Semoga Abang adik sentiasa bersama susah dan senang selamanya. Ohh tetiba jiwa-jiwa!









Friday, March 13, 2015

Cuti Sekolah, Dok Rumah?



Bermula hari ni, Aiman dah start cuti sekolah. Walaupun cuti panjang, aku dah gesa Aiman siapkan homework dia. Malam tadi kemain lagi main game, tidur lewat. Cuti sekolah ni duduk rumah je la sebab semua plan telah dicancel saat akhir.

Sejak awal tahun kami merancang nak ke Cameron Highlands. Tapi bukan waktu cuti sekolah ni la. Tak nak aku, CH kan jam musim cuti. Plannya hujung bulan tiga, pergi hari Jumaat, tidur semalam dan balik esoknya. Last minute kawan en suami cancel. Oklah..kami pun cancel juga. Mungkin rancang lain kali.

Memandangkan short holiday tersebut tak jadi, en suami pun ajak balik Johor. Dah lama kot tak jumpa famili dan kawan-kawan dekat tempat kerja lama. Sejak Afia lahir tak pernah lagi balik Johor. Rindu sangat suasana kat sana.

Aku dah nak apply cuti time cuti sekolah ni, last minute juga cancel. Bila difikir balik en suami kata beliau kesiankan boss beliau yang isterinya bakal bersalin tak lama lagi. Tengah tunggu masa je! Kalau en suami takda susah juga. Ok..mungkin belum sampai rezeki lagi nak balik Johor kan.

Sebelum tu aku ingat tak nak tarik balik cuti. Berangan la kan nak balik kampung lepak kat sana bawak Aiman Afia. Tapi en suami macam berat hati nak lepaskan kami balik kampung sementara beliau kena kerja. Bukan pasal sedih sangat nak jauh dengan anak bini, tapi susah hati takda orang nak basuh baju. Nampak sangat tugas bibik lagi penting ya dari tugas seorang isteri.muahaha..

Redha dan pasrah, cuti sekolah ni kita menganga ja la kat rumah Aiman kan! Jumaat dan Sabtu sebelum balik sekolah ibu dah apply off. Tarikh tu sempena birthday Aiman. Kata Abah mungkin akan ada sesi jalan-jalan tempat dekat-dekat, tengok pada keadaan dulu. Mungkin je!

Apa pun, projek main masak-masak akan terus berlangsung walaupun Aiman cuti ke, ibu kerja ke apa. Harap anak ibu enjoy makan masakan ibu je la cuti sekolah ni.hehe..

Kemana destinasi korang cuti ni?








Gnocchi Resepi Sedap



Kemain kan buat tajuk je mesti nak letak sedap kat belakang. Nampak sangat kuat makan.hahaha..Baru nak cuba kurangkan aktiviti memasak, gnocchi pulak melambai-lambai. Nampak kentang teringat nak buat pasta sedap ni. Peminat kentanglah katakan. Macam biasalah ye, gaya PK memasak pasti tak pernah cantik lahiriah, tapi sedap itu pasti.hakhak..


Resepi Homemade Gnocchi : Kentang yang direbus dan lecek + tepung gandum + sebiji telur + garam + sedikit soda bikarbonat. Gaul sebati semuanya, bentukkan gnocchi pastu rebus dalam air mendidih. Letak sedikit minyak supaya gnocchi tak melekat antara satu sama lain. Dah timbul maknanya gnocchi dah masak. Cara nak buat kat SINI.



Ni kali kedua aku buat gnocchi. Yang pertama dulu tak letak telur dan soda. Ni saja je nak gnocchi gebu sikit. Dua-dua resepi pun sedap. Yang guna telur ni makan macam tu saja dah sedap. Afia pun suka, boleh repeat buat lagi nampaknya. Lain kali buat macam malas dah aku nak bergarpu bagai. Buat je la apa bentuk makhluk asing pun, rasa sama je!


Konon nak buat kuah bolognese, tomato puri pulak takda. Aku guna fresh tomato tak berapa umphh sangat kuah dia. 



Yang kuah sardin ni sedap walaupun gnocchi dah lari rupa bentuk. Salah aku rebus terlalu lama sampai naik kembang. Sambil uli sambil rebus nak cepat sangat, biar lama dalam periuk hampir berkecai dah gnocchi.hehe..



Jom cuba buat potato gnocchi!









Terima Kasih Sahabat!



Mengenali waktu Form 1. Tiga tahun sangat rapat sebelum Elly berpindah ke Kelantan. Pun begitu keakraban tak pernah putus sampai sekarang. Ada saja kesempatan, pertemuan demi pertemuan Allah aturkan untuk kami bersua. Setahun lagi perjuangan demi segulung Master. Semoga terus tabah ya Elly!

Kali ini pertemuan sahabat lama lebih istimewa lagi. Elly datang bersama umminya. Teringat waktu sekolah dulu selalu berkunjung kerumah Elly. Nampak muda saja makcik, tak berubah dari dulu. Sungguh banyak memori bersama Elly yang sempat dirakam kotak fikiran. Aku juga peneman dia dating cinta monyet dulukala. haha..

Tak pernah datang dengan tangan kosong, kali ni ada juga buah tangan untuk anaknda berdua. Ada saja buat menggembirakan Aiman Afia. Terima kasih sahabat!

The Alphabet ABC untuk Afia. Dapat saja terus teruja buka si anak dara sambil menyebut A B O! So far letter O memang dia kenal sangat. Ibu pun suka pasal flash card ni saiz besar.


Abang Aiman dapat pencil colour baru saiz besar, free gift pencil, eraser with sharpener. Tetamu balik je terus masuk bilik bukak coloring book. Nampak tak keterujaan disitu?hehe..


Semalam aku kerja pagi. Balik kerja tak sempat nak sediakan apa-apa buat tetamu. Beli kuih pastu baki beberapa minit kelam kabut polish rumah sebab dah tahu mesti Elly akan tumpang Solat Zohor. Elly dan umminya dah lunch sebelum datang, bawak Dominos juga untuk Aiman.. 


Ayamnya Aiman dah bedal sorang. Baru nak diet, lunch makan pizza apehal? Alhamdulillah rezeki!









Thursday, March 12, 2015

Sarapan Menu Diet




Beberapa hari ni cuba diet dengan menu diatas. 2 keping roti wholegrain dengan kurma 3 bijik buat jem. Tak dapat nak konsisten diet macam dulu. Susah sebenarnya, takut susu merudum pun ya juga. Ada lagi dua bulan perjalanan penyusuan dua tahun buat si bambam. Skipping pun dah kelaut. Cari tali skipping tak jumpa baq hang.hahaha..

Pun begitu tengah tengah berazam juga cuba turunkan berat badan dengan menyediakan menu lebih berkhasiat kurang minyak dan lemak macam dok selalu bedal. Semalam lunch tak masak dah tersasar pun diet, hari ni nak cuba kembali kepangkal jalan tapi awal pagi tadi dah bedal gnocchi kuah bolognese. Menu berkhasiat gak kan.huhu

Roti wholegrain kaya dengan vitamin B kompleks, serat, vitamin E, zat besi,zink, asid folat dan antioksidan. Kurma pula kaya dengan serat dan potassium. Sekian info untuk pagi ini.hehe





Wednesday, March 11, 2015

Idea DIY Kad Harijadi



Zaman sekarang ni tak susah nak perah otak semata nak hasilkan sebuah kad harijadi untuk yang tersayang. Memang boleh beli, tapi DIY ni tinggi kan nilai sentimen. Kalau dah memang dikurniakan tahap imaginasi dan bakat tahap tinggi senang la kan. Sekelip mata siap kad cantik menawan. Tapi kalau style aku, cedok idea orang la jalan penyelesaian.huhu..

Mula-mula aku google birthday card for hubby pictures. So keluar banyak pictures kad harijadi untuk suami. Bila belek dan belek, aku ambik keputusan guna idea love dan orang lidi seperti gambar dibawah.



Kalau nak cedok idea pun biarlah secara berhemah. Walaupun orang tak tahu kau memanipulasi idea orang, haruslah secara bijaksana buat ia seakan idea kau seratus percent cintaku hey hey hanya untukmu.hahaha..


Belasah je lekat love, aku bukan tiru betul pun, Ingat dalan kepala otak je pastu tampal. Buat last minute masa en suami keluar beli sarapan. Aku cuma keluarkan 50 sen modal untuk beli kad purple keras pastu yang love ni aku guna kertas sedia ada kat rumah. Memang kaler tak terang kurang menarik sikit, takpelah janji free.haha..Sebelah dalam aku lukis orang lidi, yang dalam sebelah lagi ucapan. Aku tak tempek kat sini la ucapannya P & C, kang ada yang loya pulak baca ayat bunga-bunga.


Ada yang tanya orang lidi ni aku lukis sendiri ke? Of couse i yang lukis. Bakat terpendam sikit-sikit takat tengok lukisan dan lukis bolehlah dari takde. Orang lidinya aku dah transform pakai shawl dan jubah muslimah ala PK gitu! 

Yang en suami haruslah botak kepala. Memang itu ja gaya rambut sekarang ni. Nak buat sekeping badan lidi macam asal rasa tak berapa patut. Kira oklah aku bagi pakai baju dan seluar, ikutkan hati nak lukis badan sado perut pregnant 7 bulan. Takut kena hempuk dengan birthday cake pulak terus cancel niat.hakhak..

Semoga sedikit sebanyak bagi idea untuk yang nak buat birthday card sendiri. Simple pun kalau dari daya usaha sendiri besar maknanya bagi yang tahu menghargai.  Aiman dah tanya tu kad birthday dia. Minggu depan birthday Aiman, dia pun nak kad jugak!









Resepi Kek Coklat Sedap



Aku tempek resepi birthday cake en suami yang aku buat kat sini untuk koleksi peribadi. Highly recommended buat yang tak pernah lagi cuba resepi kek coklat ni. Sedap tanpa topping juga. Resepi asal dari Sheila Rusli kalau tak salah. 

Ini rupa kek coklat yang dah aku cupkan. Elok je naik kembang, cuma fail bab nak boh adunan bagi serata sama banyak setiap cup. Ni yang ada banyak ada sikit.huhu..Yang dalam loyang  lupa nak snap. Aku guna loyang kecik je untuk birthday cake, so lebihannya aku buat cupcake. Dapat la 5 bijik.



Resepi Kek Coklat

Bahan-bahan

1 cawan serbuk koko
1 cawan gula (aku kurangkan sedikit)
1 cawan full cream milk ( boleh ganti susu cair, susu coklat or fresh milk)
1 cawan buttercup ( aku guna 3/4 buku. Nak ganti dengan minyak dan marjerin cair pun boleh tapi buttercup lagi sedap kan)
1 cawan susu pekat
4 biji telur ( dipukul hingga kembang)
1 ¹/⁴ cawan tepung gandum+1 sudu teh baking powder+1 sudu teh soda bikarbonat ( ayak bersama)
1 sudu teh esen vanila


Cara : Panaskan buttercup atas api hingga cair kemudian masukkan gula + susu pekat + full cream milk + telur + esen, masak hingga semuanya larut sekata bersama. Bila adunan dah suam, masukkan campuran tepung dan sebuk koko sedikit demi sedikit. Tuang dalam loyang yang dilancer marjerin pastu boleh kukus atau bakar.


Ulang tayang kek comot siap topping ganache. Dah siap kek coklatnya tuang je la topping atas kek pastu hias ikut kreativiti.




Resepi Topping Coklat Ganache : 1/2 tin susu pekat + 1/2 cawan sebuk koko + sedikit butter di masak secara double boiler. Kena cepat tuang takut topping mengeras.


Untuk letak filling setiap layer aku guna cream cheese frosting. Buat tiga layer jadi kena potong kek kepada tiga bahagian. Tak payah explain pun sedia maklum kot camna nak buat bagi jadi layer macam ni kan. Sila buat dengan kemas dan sabar. Jangan jadi macam aku buat kerja loklaq, masa potong kek dah berkecai, tapi penuh semangat buat jugak bagi jadi layer demi suami tercinta.


Resepi Cream Cheese Frosting : 250g cream cheese + 3 sudu buttercup + 3 sudu icing sugar, pukul hingga kembang. Cream cheese frosting ni seeloknya simpan sekejap dalam peti ais supaya dia tak cair sebelum letak pada kek.


Emm yummy! Dok teringat lagi rasa kek coklat dan cheese bergabung meletop!