Pixajoy

Saturday, March 07, 2015

Home » DIY Kad Harijadi Aiman Untuk Abah

DIY Kad Harijadi Aiman Untuk Abah



Hasil tangan Aiman yang tak seberapa. Idea lukisan semuanya dari Aiman sendiri. Yelah lukisnya pun orang lidi je kan.huhu..Ibu cuma tolong guntingkan apa yang Aiman lukis. Bab gam semua pun Aiman buat sendiri.

Memang tak berseni dalam kaler mengaler. Masa lukis tu dah elok dah, bila kaler,emm...hehe. Ibu minta dia terangkan sikit kaler pun dia buat derk. Final touch sempat buat smiley dan curi love yang ibu buat. 

Aiman kata,

"mesti Abah terharu kan ibu, terima kad hari jadi dari Aiman..."


Keluarga bahagia tengah berpegangan tangan.hehe


Kereta je la Aiman pandai lukis. Jalan raya dah serupa bas.huhu


Aiman Abah main bola!Dengan pun eja tak betul.haha



Pagi hari lahir Abah keluar beli breakfast. Abah balik bukak saja pintu Aiman nyanyikan lagu selamat hari jadi pastu hulurkan kad. Aiman dapat ucapan terima kasih dan pelukan dari Abah. Memang Abah terharu pun!





7 comments:

Aisy Nasiha said... Best Blogger Tips

Wah.. sape tak terharu kalau macam ni kan? Aiman ni memang good boy la. Tahu nak hargai Abah.. ai, untung siapa jadi isteri Aiman nanti ni..hihi

Wak Lat said... Best Blogger Tips

Salam. Hee tunggu 20 tahun lg mesti aiman juga terharu dgn entri dlm blog yg ibu buat ini kan. ;)

syida said... Best Blogger Tips

nampak je mcm tak seberapa, tp sangat tinggi sentimental value tuuu. priceless!

sy msh lg simpan kad harijadi buatan tangan yg anak2 bagi beberapa thn lps..smpai dah berabuk dekat meja cermin hehe

LydSunshine said... Best Blogger Tips

Touchingnya bila baca reaksi abah. Sweet sgt Aiman. Part lukih jalan macam bas tu kelakar. Ibu dia pun. Kasi can la anak nak buat hasil seni.

QasehnyaRania said... Best Blogger Tips

alahai terharu rasanya..
smga terus berkekalan mcm ni aamiin

lama lama nti makin kemas la hasil lukisan aiman ni

OKje said... Best Blogger Tips

Mentang mentanglah selalu gi Penang .....jalan raya tu mesti Jambatan Pulau Pinang hihi....
Tahniah Aiman sebab kreatif....
Lupa lak nak wish Hepy Bezdah buat suami awak PK moga hidup sentiasa dilimpahi rahmat Allah

Mummydearie said... Best Blogger Tips

Oh, baru nampak tulisan Aiman si kidal macam aunty ni *_*

Siapa yang tak terharu PK kalau buat surprise macam ni? Saya yang baca pun rasa terharu, inikan pulak abah mereka. HD yang hati batu tu pun kalau tetiba anak-anak surprisekannya atau ucap terima kasih memang nampak kesayuan di wajah tau!