Pixajoy

Sunday, March 08, 2015

Home » Roti Canai Kuah Daging Sedap Sungai Petani

Roti Canai Kuah Daging Sedap Sungai Petani



Lokasi dekat Taman Ria, menuju ke market, tepi jalan dekat tapak playground. Berniaga tebar roti guna lori saja ok, tapi memang menjadi tumpuan orang ramai. Kuah daging dia tu yang istimewa. Sedap! Roti canai pun tak kurang dari segi rasa.

Balik kerja pagi habis ibu duty malam, kami terus gerak untuk bersarapan. Muka masing-masing macam tak mandi. Bukan macam lagi, memang belum mandi pun. hahaha..

Adik Fia sorang je ibu dah bilas badan dan salin baju. Mata masih sepet lagi baru bangun tido.


Turun saja kereta, si chubby pun berkata, " ni la tempat Aiman suka ni.." Memang agak lama juga tak ke sini. Sampai je roti terus belasah!


Abah roti kawen banjir. Aiman roti telur banjir. Ibu punya roti kawen seperti gambar. Yang telur untuk suapkan cik pia. 4 5 potong jugak dia makan.
  

Ni dia kasi zoom kuah daging sedap. Nyum!


Tengah makan rasa macam tak cukup, en suami order lagi dua keping roti kuah daging banjir, bahagi dua dengan Aiman. Pastu mengada tau tinggal sikit je lagi mengaku kenyang. Aku secara sukarela tolong habiskan.

"Dulu..saya dok jadi tong sampah..la ni hang pulak!"

Kata en suami kepada bininya yang kuat makan. 










9 comments:

Unknown said... Best Blogger Tips

terliur tengok roti canai tu, macam sama lah kaknoor pun hari ni breakfast roti jugak tapi tak sempat snap gambr dah licin hahaha

imm said... Best Blogger Tips

harini breakfast nasi berlauk hihi
(standard la tu org kelantan nasi belauk nasi kerabu je :p)

sedapnya roti canai. kt tmpat kita xde roti canai sedap.dulu ada tp pakcik roti tu dah pindah pg mame entah, maka pupuslah roti canai sedap kat sini..

LydSunshine said... Best Blogger Tips

Indahnya kalau dapat makan tanpa rasa bersalah, tanpa rasa takut gemuk mahupun takut sakit betul tak pK? Kadang2 saya stress sendiri bila fikir yg terpaksa tahan nafsu nak melantak banyak2 tu sebab banyak sgt fikir pastu lagi satu segan dgn org *terutamanya kalau balik umah mak mentua sebab mereka bukan jenis makan banyak mcm saya. heheh..

Kuah daging tu memang nampak sedap. Roti kawin tu apa? Roti telur ke? Sedapnya nampak. Terliur ni.. huhu.

QasehnyaRania said... Best Blogger Tips

hihi.
tak elok membazir kan..

buka hari hari ke pk ?
nak pi try la kalau pi sp..

Puan Kutu said... Best Blogger Tips

@LydSunshine

betul tu..slang ni nak makan pun pk byk kali.huhu roti kawen tu roti kosong plus dengan roti telur.ehh org uataqa ja ka guna istilah roti kawen bila mintak order?hehe

Puan Kutu said... Best Blogger Tips

@QasehnyaRania

tak tahulah pulak tutup hari apa ciksue..sbb tenpatnya ni jauh sikit dari rumah.tak selalu jugak dtg sini

Ruse Sulaiman said... Best Blogger Tips

Kuah ikan xde ka? Nampak sedap

OKje said... Best Blogger Tips

Nampak kari daging tu dah tau mmg sedap tu lawan ngan roti canai.Tetiba teringin pulak nak makan roti canai....

Alahhhhh bini kurus....tak de hallah jadi tong sampah

Mummydearie said... Best Blogger Tips

Dalam gambar pun dah tau kuah daging tu sedap. Meleleh air liur dibuatnya hanya tengok gambar. Roti kawin tu dua roti jadi satulah ya? Ingatkan manusia je yang tau bab-bab kahwin ni, roti pun tau juga ek!