Pages

Thursday, September 03, 2015

Al Haura Arabic Kopitiam Sungai Petani



Minggu lepas sebelum bertolak balik kampung kami singgah makan dekat Al Haura. Mulanya melilau jugak cari lokasi kedai sebab bangunannya agak tersorok. Kedai ni kira masih baru la.



Alamat :
Al Haura Arabic Kopitiam
32 B Lrg BLM 1/4
Bandar Laguna Merbok
08000 Sg. Petani
Kedah

Let's check it out apa yang kami order. 


Ada banyak pilihan air tapi malam tu tak tau la pasaipa order tema kopi. Air yang sedang Aiman sedut White Coffee Oreo, RM 9.90. Satu lagi air kami order Mocha Freezy, RM 8.90. 


Sosej dengan frech fries ni RM4.50, ada la dua tiga batang sosej cik pia conquer sorang.hehe..

Meatball Spageti Bolognese RM 12.90 pilihan aku.


Abaikan mak naga yang tengah kebuluq ni. Ohh serius sedap!


Pilihan Aiman Grilled Chicken Chop RM 15.90


So so je la rasanya dah namanya chicken chop


Mix Nasi Arab pilihan en suami ( Ayam plus kambing) RM 20.90

Ada satu lagi menu ayam apa benda ntah kami order sampai habis makan menu tak sampai.haha..Datang sini memang tengah lapar..en suami siap mintak nasi tambah makan berdua dengan Aiman. Ibu cukup la makan spageti tu sebab dah cukup gemuk kan.

Boleh tahan sedap nasi arabnya. Aku boleh kata ada kemungkinan kami akan repeat makan sini lagi. Servis dan makanan boleh tahan ok. Bagi aku harga agak pricey. Aku biasa makan standart stall je nak buat macam mana kan.

Sekian review.hakhak..







10 comments:

  1. melayan perut tu yg penting mak kann., hehe2

    ReplyDelete
  2. Selamat kembali aktif pk.. amboi beli hp ke laptop baru ni? Aritu kata xberblog sb rosak..haha. mai2 je dia pos banyal gamba makanan.. kemain la tu..

    ReplyDelete
  3. wow! balik kampung boleh gi nanti sini. harga dia pun tak mahal .. :))

    Tips untuk subur

    ReplyDelete
  4. menarik tgk menu semua tu cikpuan kutu...tapi lieya terliur tgk nasi arab tu...gile lame dah tak makan nasi arab nie...ade weekend ni pi terjah ni heheheeheheh....

    tu laa cik puan kutu, kalo makan berase mmg kite akan repeat dtg balik kan....

    ReplyDelete
  5. wah, ada kedai nasi arab yg baru yer... boleh try ni... kami g mencari sampai ke alor star nasi arab sbb yg dkt sp dah try.. so, nak try yg lain plak..hehhe

    ReplyDelete
  6. best best menunya.
    amboi pk.
    skali kluaq mai review entry makanan noh..
    sihat ?

    ReplyDelete
  7. mmg nampak sedap .... tp pricey la kan .. kot2 ai blk sp ni boleh la pi cr belakang rumah je laguna merbok tu

    ReplyDelete
  8. Laa... baru ni keluar! Lama sungguh PK 'tanak pulut' yerk :)

    Serius tak sangka PK makan kat restoran Arab. Kalau ikutkan kekemutan yang ada, tak mungkin senang nak ajak PK ni makan di sini. Boleh bergaduh jadinya. Lebih baik dia masak nasi Arab kat rumah. Boleh repeat banyak kali kan.

    Wah, kalau sayalah kata sedap memang saya repeat selalu! Tapi la ni kalau boleh memang nak kemut jugalah. Tau-tau nanti akaun susut nilai aje :)

    ReplyDelete
  9. dok tgk iklan kat fb lama dah.. hahaha.. sabo japp..

    ReplyDelete
  10. Tp xleh lwn nasi arab arabian delight as lagi sedap drp al haura...kedai nasi arab al haura laguna air dia mahal2 gile...

    ReplyDelete

Komen tanpa nampak kejanggalan ok!