Pixajoy

Monday, September 14, 2015

Home » Lost World Of Tambun : Amusement Park

Lost World Of Tambun : Amusement Park



Lepas simpan beg dalam loker, kami main redah je jalan tak fikir langsung nak ambik map kat depan. Mujur last year aku dah google tentang theme park, so tahu la serba serba sedikit keadaan kat dalam.

Map tunjuk arah lokasi. Tak minat pun nak tengok tapi sibuk lepak sebelahnya. Belakang map ada kipas besar. Baik punya lokasi ambik angin.

Kat sini macam mini funfair boleh main dengan percuma. Tak banyak sangat mainan dia ada dalam tiga empat game. Yang tak bestnya satu games pun kami tak main. Abah memang jenis tak adventures, en suami pun tak nak naik so aku jadi malas terus nak bergerak solo. Rugi je kan bayar tiket mahal-mahal.huhu

Mainan kuda ni nak bagi Aiman naik tapi penjaga kat situ kata Aiman tak boleh naik untuk budak saja. Adoi tu la Aiman rugi sebab terlalu sado.hahaha. Depa tak benarkan orang dewasa naik takkan nak bagi Afia naik sorang tanpa pemantauan. Masa tu memang kami je, so aku andaikan penjaga tu malas nak pusing kot benda alah ni.hehe.

Benda yang pancing itik dapat teddy bear je kot kena beli token baru boleh main. Yang lain semua percuma. 

Lepas balik rasa macam menyesal pulak tak naik benda ni. Uwaa...

Ni pun menyesal tak naik.haha..


Kat sini ada rumah hantu juga. Lupa pulak aku nak tengok berapa charge masuk. Sebelum ni aku google harganya RM 10 tapi tak tau la kalau tiket dah naik. Masa kami sampai rumah hantu belum buka. Memang tak rasa nak masuk pun bukan sebab takut hantu. Takut tak berbaloi dengan harga. Aku mau yang betul seram punya.haha...

Afia dari jauh tengok patung hantu ni dah takut. 

Aiman steady ja posing sebelah momok.

Minta model ibu posing kat sini tak mahu dia.

Masa patah balik rumah hantu dah buka. Tengok nenek kebayan dengan hantunya keluar dok lambai ke Aiman.  Nenek kebayan tu seram jugak oii.haha..Afia dari jauh dah nangis  sambil peluk wan, "kut...(takut)" 

Ibu dengan Aiman sempat naik mini roller coster yang terletak berdekatan rumah hantu. Tak berapa adventures sangat la dia punya railway pun tak jauh. Nama pun mini, aku naik relex je tak kuasa nak jerit. Tapi best jugak bagi Aiman rasa pengalaman pertama. Punya suka dia siap minta repeat. 

En suami segan nak join. Nampak yang naik tu banyak budak. Abang sado takut kena halau sebab lebih muatan.hakhak

Main entrance nak naik roller coster. Masuk percuma suka hati la nak repeat naik berapa kali pun. Cuma kena sabar tunggu turn.

Sementara tunggu turn wefie dulu dengan anak bujang. Aiman muka excited plus risau.hehe

Ikutkan kat sini dia tulis no camera. Berkali kali Aiman dok warning ibu tak boleh tangkap gambar. Ada ibu kisah. Atas train pun sempat.hahaha..

Ni yang en suami snap. Jauh benar gambarnya.

Kasi zoom nampak tak Aiman dengan ibu pulun dok lambai.hihi


Lepas naik roller coster kami masuk Kepura Cave. Dalam gua ada akaurium dan beberapa ekor ikan besar. Ikan pirana kau. Ye ke pirana..aku sibuk tangkap gambar lebih dari tengok ikan. Mampus kalau salah bagi info.haha..

Pintu masuk gua.

Lampu yang menghiasi gua

Tengok fish secara berjemaah

Apa nama ikan ntah. Nampak macam tiga ekor ni je!

Cik pia kira berkepit dengan wan.

Again aku zoom. Malas pulak nak baca info pasal ikan ni.

Dua kali tau kami masuk Kepura Cave. Kali kedua lepas dah penat jalan singgah berehat kat dalam. Kat sini sejuk ada air cond, dengan cahaya lampu macam bilik tidur memang layan je mata.

To be continued...





































8 comments:

Suria Amanda said... Best Blogger Tips

wah dah sampai sini dah...SA x sampai2 lagi sedangkan Dania dah 2 kali pi sini ikut Mak Tehnya

Nasa Mulia said... Best Blogger Tips

tak boleh lupa, naik meery go round pastu sambung naik kapal berayun tu...sekali muntah hijo kt atas tu....hehehe

Mummydearie said... Best Blogger Tips

Dapat juga akhirnya masuk sini ya, PK. Inilah tempatnya yang first time pergi tertinggal beg tu kan...

Nasib baik abah sedar diri tu sado. Ibu ajelah yang lebih teruja daripada Aiman Afiakan. Eh, PK sebelum selfie atas roller coaster tu siap touch up muka ke apa? Bukan main lagi dia...

Puan Kutu said... Best Blogger Tips

Tak nmpk ka muka berminyak sememeh gitu touch up apa benda..skirt pun bekas muntah afia ku pkai juga mapas nak salin.nasib tak bau je dalam gambar.muahaha..

Aisy Nasiha said... Best Blogger Tips

wah, dengan banayak benda rasa menyesal tak naik ni nampaknya kena pergi lagi ni PK. Liputan menarik dari PK ni buat saya pun terasa nak pergi Tambun ni, tp mak mentuaku dah pindah ke KL, macam mana kami nak ke Ipoh laGi? huhu.. tengok jelah entry PK ni yer...

Puan Kutu said... Best Blogger Tips

Mai turun sp..sp ke ipoh bukan jauh mana AN.hehe

Puan Kutu said... Best Blogger Tips

Mai turun sp..sp ke ipoh bukan jauh mana AN.hehe

OKje said... Best Blogger Tips

Haha.....bila awak cite Afia takut, teringat okje masa kecik dulu, dengan robot pun seram tau....kedian budak kecik ek PK hihi...
Kang ada lak yg ngigau termimpi mimpi tu......

Mini roller coaster? Bestnyaa....Okje sekarang ni mng tak berani naik roller coaster PK....takutlah wey, kecut perut mak.

Tok wan tak mau try ka?