Pixajoy

Sunday, September 13, 2015

Home » Lost World Of Tambun : Harga Tiket dan Waktu Operasi

Lost World Of Tambun : Harga Tiket dan Waktu Operasi



Dah lama sangat kan plan nak ke lost world. Tahun lepas siapa masih ingat tragedi sadis salah menyalah tertinggal beg, kali ni sejarah tak mungkin berulang.huhu..Mulanya plan memang nak balik kampung bawak Acu Ain dan Pakwa join, pastu acu tak dapat cuti. En suami kata takpelah kita pergi anak beranak kita sudah. Dari SP terus bertolak ke Ipoh tak jadi la balik kampung. 

Last minute teringat nak ajak mak dan abah. Kebetulan mak abah pun cuti berniaga, kira rezeki la dapat bawak mak pak mertua aku sekali. Abah mak bertolak dari Alor Setar awal pagi kemudian kami ambil dekat stesen bas dan terus bertolak.

Wefie sat on the way nak ambik wan maktok. Muka selambak ambik kau bukan senang ibu nak selfie almaklum hp baru.huhu..

En suami beli kuih makan dalam kereta alas perut dulu pastu kami berhenti breakfast dekat Hentian Juru. Lepas sambung perjalanan Afia dok bedal muruku punya syok. Dah kenyang dengan jajan tertidur la si anak dara. Tengah tidur dia terjaga batuk terus muntah. Walau muntah tak banyak, habis kotor kena skirt ibu gak la. Bau dia masyaallah.

Afia pastu salin baju, ibu ni bertahan la dengan bau muntah dia sebab dah dekat nak sampai. Bila Wan tanya siapa busuk, selamber dia ja kata ibu bucuk siap gaya muncung mulut. Memang tau cik pia ni berlakon macam bukan dia yang punya angkara!

Oh ya panjang punya intro sampai lupa nak inform waktu operasi Lost World Of Tambun. Dibuka Isnin hingga Jumaat dari pukul 11 pagi hingga 6 petang,Sabtu Ahad dan Public Holiday dibuka 10 pagi hingga 6 petang, Hari Selasa tutup ye kecuali cuti sekolah dan Public Holiday. 

Kami sampai ke destinasi around pukul 12 tengahari. Hot Spring & Spa aku malas nak cerita pepandai la cari. Ni kira percutian budget, kami pergi balik hari sebab takda modal nak lepak hotel.hahaha..

Jom posing dulu sebelum masuk. Semua orang yang sampai sini memang wajib ada gambar bersama encik cat.

Uwaa awat gemuk sangat aku dalam ni. Shawl ni buat muka aku macam doraemon. Nyaris takmau tempek kat blog tau gambar ni. Tak pasal shawl yang disalahkan.haha.

Harga tiket sebelum gst ye. Ni kalau nak murah lagi boleh beli online la kot. 

Ni bil kami, kalau ada Kad Mesra Petronas boleh dapat sikit less tau. Senior citizen(abah 55 years old above) sama harga child tickets. 

Cik pia below 90cm masuk FOC.

Sebelum masuk snap lagi buat kenangan. Abang sado semangat tunjuk bangle.hihi

Lepas sesi check beg baru boleh lepas masuk. Bukan sikit punya dia check, habis dia punggah takut kita bawa masuk makanan.

Untuk locker simpan barang boleh pergi kat kaunter depa akan bagi satu lagi gelang tangan. Yang tu scan untuk buka dan tutup locker. Kami ambil yang medium RM 20.

Barang simpan locker. Kita pergi melawat kawasan dulu nanti baru salin baju masuk waterpark.

Ni baru intro. Banyak gila gambar dah camerawomen dapat snap sukahati tanpa gangguan. Cik Pia pun wan tolong setel bab dukung. Lega la ibu.haha.. nanti sambung part 2 pulak.
































7 comments:

QasehnyaRania said... Best Blogger Tips

pergi balik hari pon blh tahu bestnya ni.walaupon penat, kan !
mmg xblh nak curi curi letak dlm handbag ke air ke, roti seketoi dua. depa check jugak ka ?

eima said... Best Blogger Tips

tak penah sampai lagi ...tak sabar nk tau ape ade ni

Mummydearie said... Best Blogger Tips

Aha, betullah! Nilah tempatnya yang tertinggal beg tu kan! Nasib baik kali ni pergi balik hari. Mesti fobialah tu sampai tak mahu tidur hotel. Takut tertinggal beg lagi ya, PK ^_^

Day trip macam ni pun bolehlah tapi kira anak-anak PK tak banyak songehlah. Yalah banyak tempat menarik untuk mereka. Kalau anak-anak saya ni, walaupun mereka suka tetap juga komplen. Ke mana mesti nak bawa bekalan. Kalau tidak, ada aje yang tak kena!

Aisy Nasiha said... Best Blogger Tips

haha, mana ada muka doremon, muka sidoremon tu bulat lqgi.. saja je PK ni yer.. asalkan happy main2 kat Tambun tu tak kisahla muka nampak bulat ke apa.. gigih juga korang ye, sehari suntuk pergi balik ke tempt macam ni, kalau tak kena cara uruskan anak2 pasti buat hal tu kan..untung ada mak ayah ikut sekali, sama2 bergembira dan budak2 pun lain bila ada nenek dan atuk

Yana Yani said... Best Blogger Tips

ooo...ok lah
cam nak pegi aje ni
tima kasih share info ye

Puan Kutu said... Best Blogger Tips

@QasehnyaRania

Roti seketoi tuk cik pia sy kidnap masuk dia check tp lepas...siap tnya satu ni je ke..klu byk mmg not allowed rasanya..nk bawak air sebotol pun tak berani..tak tau la boleh lepas ke tak

Anonymous said... Best Blogger Tips

ni kalaw nk bwk susu anak boleh x?