Pixajoy

Friday, July 31, 2015

Aiman Berserban



Cuma nak tayang anak soleh berserban. Nampak je macam mudah, bukan semua orang pandai lilit serban tau. Pak Njang Aiman ni yang lilitkan. Kat kampung Aiman ikut Pak Ndak Pak Njang jadi geng surau. Dari kecik memang kerja dia mengekor pak sedara dua orang tu la.

Raya kedua sampai kampung terus buat aktiviti mendobi. Baju basah tak ada baju nak pakai, ni yang Aiman repeat pakai baju raya untuk solat.


Pak Njang hadiahkan baju ni siap tasbih untuk Aiman. Dok usik Aiman baju putih Aiman gelap dah macam India.haha. Tak menahan tu siap kata nak pakai baju ni pergi KAFA. Aiman nak tanya dekat ustazah boleh tak kalau nak terus pakai baju ni. Kalau tak boleh, Aiman nak cakap baju KAFA Aiman basah. Sapa ajar menipu anak oi.hahaha...Tasbih pun nak bawa pergi sekolah nak zikir katanya. Aduh! 


Adik Fia sibuk nak enterframe sama. Jeles la tu kita asik snap gambar abang Aiman je!


Alhamdulillah adik-adik aku (Pak Njang Pak Ndak Aiman) sekarang dah banyak berubah. Dah jadi orang kuat surau, bendahari dan bilal. Semoga doa anak-anak soleh aruah mak dan pak sampai ke sana. Ameen.







Thursday, July 30, 2015

5 Syawal : Raya Rumah Jiran



Beberapa hari punya sakan beraya kesana kesini tapi rumah jiran yang dekat pun tak sempat terjah lagi. Hari terakhir dikampung nak keluar beraya pagi tu hujan sampai petang. Lepas Asar sempat juga kami ke rumah jiran-jiran. Dah tak mood berbaju raya dah pun. Dressing orang masuk kampung ja la.hehe..

Sorang sekoq angkut titi Acu pi beraya.. Cik Pia la punya idea..

Budak banyak akal ni alphabet siapa entah dia jumpa. Afia dah pandai baca doa makan tau walaupun pelat.hehe

Mak Kutu bersama anak-anak kutu.haha..


Ikut hati nak sambung lagi raya sampai hari Sabtu baru aku dan en suami naik kerja. Fikirkan macam tak patut nak pontengkan Aiman sekolah kami balik juga malam selasa raya ke 5 tempohari. Alhamdulillah perjalanan lancar, takut juga jam, tapi semuanya dipermudahkan.

Rabu Aiman dah mula sekolah. Tiga hari punya plan nak keluar beraya rumah mak pengasuh, jumpa penyewa rumah kami pun semua tak jadi. Mata abah Aiman Afia la ni buat hal, tak gerak mana dok rumah buat tahi mata. Sendiri isi kuih raya dalam balang, sendiri ngap!

Tamat kisah raya.hehe..













Wednesday, July 29, 2015

4 Syawal : Mini Reunion



Dalam group whatsapp geng pompuan satu sekolah dulu plan nak konvoi beraya rumah kawan-kawan akhirnya terlaksa di hari raya ke 4. Macam biasa la dalam ramai-ramai berapa kerat je dapat join. Pun begitu happy sungguh dapat jumpa Ida, Milah, Ina dan Su. Depa semua ni last jumpa masa zaman sekolah. 14 tahun dah kot, tu dia tua bangka dah kami. Semua membesar bagaikan juara, Milah sorang je maintain kecik dari dulu sampai sekarang. 

Punya banyak gambar dari HP memasing sampai nak tempek yang mana pun aku dah pening. Gambar dari Hp aku elok sikit tapi dah bercampur-campur gambar dalam folder aku belasah je la tempek mana sempat. Sampai rumah Ida ngan-ngam lunch hour, memang perut tengah berkeroncong. 


Laki aku makan bertambah-tambah.

Tengah Milah, terasa cukup besar berdiri sebelah orang yang kecik-kecik ni.

Terima kasih tuan rumah nasi tomatonya.

Mak budak yang sama besar budak-budak.hehe..


Kami konvoi tiga buah kereta ke lokasi seterusnya rumah Ben. Syok dok rumah kampung macam ni, rumah pusaka aruah mak ayah suami Ben. Belakang rumah sawah padi semua depa punya. Kaya oi..rumah pun nala punya besaq tak habis renovate lagi, jenuh nak kemas.haha..

Hero-hero sado kami


Aiman dan Awek.haha anak ida yang sulung ni.


Aiman dan puteri-puteri Ida


Cik Pia sukahati dia je ambik cat orang pastu pusing melawat satu rumah.


Nak balik sambung bergambar lagi


 
Salam-salaman gaya posing dihari raya. Pulun sangat!kahkah

Boss pun kami paksa bergambar.hehe

Dah puas melantak soto, mihun dan mi sup bagai kat rumah Ben, kami ke rumah Ina. Ina ni tukang masak, ada buka gerai kat depan rumah, pandai masak la kan, memang A masakan dia.

Sampai la dok rasa kesedapan nasi tomato dan laksa Ina. Serius sedap sangat!

 Posing outdoor pulak. 

Tuan rumah baju hijau

Rumah Su yang terakhir kami konvoi dah tak daya nak makan. Afia je aku suap mihun goreng. Dia tidur dari dalam kereta nak kerumah Ina sampai rumah Su jaga terus lapar. 

Posing pakat sembunyi badan, aku jugak yang nampak gemuk.hakhak


Happy dan puas sangat dapat jumpa kawan-kawan lama, gelak sakan sampai senget pipi. En suami pun tak habis lagi perli kata seronok tengok muka aku happy, tak pernah tengok aku seronok macam ni.hehe..

Insyaallah raya Haji ni kalau jadi akan ada big reunion sekolah aku. Ramai yang akan turun padang. Depa tengah rancak planning reunion baik punya. En suami pulak plan nak balik Johor, raya haji ni kan cuti sekolah panjang. Kalau ada rezeki aku join reunion, kalau balik Johor pun ok, dah tiga tahun kot tak jejak bumi JDT. Kita hanya merancang.










Tuesday, July 28, 2015

3 Syawal : Jejak Kasih & BBQ



Balik beraya rumah sedara mara mata en suami buat hal lagi. Allergic mata beliau lama dah tak kena, nak raya ni makin jadi-jadi pulak. Rugi kot bazir masa dok rumah saja aku minta izin en suami nak kerumah Shahida. Taman tak jauh pun dari rumah, berani la aku drive sendiri. Adik aku Ain nak ke rumah kawan dia dekat taman perumahan yang sama dengan Shahida so sekali harung aku ikut beraya. Kat rumah kawan Ain menu lontong kuah lodeh dengan koktail buah selain kuih raya. Memang tengah lapar sedap la aku balun.hehe..

Aiman dah ikut adik aku yang lelaki pergi surau, so Cik Pia sorang sambung collect duit raya.haha. Kebetulan kawan sekolah dulu pun dok beraya area berdekatan update dalam group whatsapp, aku ajak join sekali kerumah Shahida. Jejak kasih kat sini dengan Ben. Lama oii tak jumpa, last masa Ben ziarah aku dalam pantang bersalinkan Aiman. 8 tahun juga!

Ni la Shahida kawan sejak tadika, rakan sepermainan geng bergaduh sejak kecik, merangkap jiran aku juga.

Ben nama sebenar Dayah. Pak dia yang nama Abu Bakar. Aku sedap sampai la panggil dia Ben.haha..

Depa dua anak sorang tiga dah. Aku bila nak tambah?hahaha

Cik Pia mai rumah orang semua dia nak menerai.


Malam raya ketiga jiran buat BBQ ajak makan lagi. Alhamdulillah tak payah la kak hangpa masak dinner untuk jamu adik-adik. Macam-macam menu ada. Sebab dah kenyang makan lontong pastu bihun sup kat rumah Shahida, rugilah aku makan sikit je malam tu. Gambar aku kidnap dari FB tuan rumah.hehe..





Tamat kisah raya ketiga. Sambung beraya lagi di Syawal ke 4. Lagi sempoi!










Monday, July 27, 2015

3 Syawal : Jalan-Jalan Raya



Beraya di bandar mana best. Saja la kan perli en suami.haha..Balik kampung aku memang wajib la cari sedara mara yang berdekatan. Raya ketiga baru kami mula aktiviti beraya sampai pitam. Sehari suntuk penuh aktiviti makan-makan. Berat pun dah naik 2kg raya ni tau. Sekarang tengah pulun puasa, kembali kepangkal jalan.haha..

Rumah pertama rumah sepupu aku Kak Ha. Rumah aruah mak cik dekat sebelah. Sekarang ni anak yang bongsu, Kak Sitah duduk. Kebetulan kak besaq pun ada sini, dapat la beraya dengan semua. Kami dijamu dengan kuih raya, air dragon fruit dan mi hailam. Alhamdulillah rezeki.



Lepas tu kami ke rumah Abang Pin. Last minute call bagitau nak datang beraya so tak ada juadah special. Takpelah kita datang nak beraya, makan kuih raya pun ok. Pun begitu ada rezeki buah rambutan dan tapai pulut siap dapat tapau bawak balik rumah lagi. Cik Pia tertidur sepanjang kat rumah Pak Long. Penat sangat la malam tidur lambat sakan main dengan Pak Ndak Pak Njang Pak Wa.



Masuk kereta perjalanan nak kerumah aruah Paksu aku, Afia jaga siap posing tayang ketiak. Mak Su dan anak-anak serta cucu ramai yang ada melayan sembang. Kat sini kami sambung makan kluih raya lagi.


Let's continue wefie bersama Acu Ain!




Bila dihitung ada tiga biji rumah je kami terjah. Keluar pagi jadi lepas Zohor dah ada rumah. Nasib baik keluar awal sebab masa perjalanan balik jalan dah jam gila. Petang lepas Asar aku sambung beraya lagi. To be continued.hehe..









Menu Raya 2015



Tahun ni semua famili en suami berkumpul. Famili kami kecik je. Anak mak abah tiga orang, menantu dua orang sebab sorang tak balik beraya. Cucu pun baru lima semua masih kecik. Aiman sorang je la kot cucu sulung yang kuat makan pun.hehe. Raya pertama menu nasi jagung. Dalam dok pulun snap segala menu boleh aku lupa tentang menu utama. Bukti kejadian nasi jagung tak ada ye. 

 Ketupat, nasi himpit, rendang dan kuah kacang daging beserta kuih.

Lauk pauk nasi jagung

Ayam masak merah

Udang Masam Manis

Kurma Kambing

Yang ni orang panggil apa aku lupa.haha

Kambing Goreng


Sakan juga menu raya syawal kami. Daging kambing 6kg, daging lembu 3kg, ayam 3 ekor, udang entah berapa kg adik ipar bawa dari Lumut. Alhamdulillah semua selamat, tinggal daging rendang sikit dan nasi jagung tak habis pun tak bazir, pagi raya kedua tu aku buat nasi goreng.









Potret 3 Syawal



Macam biasa sebelum start beraya rumah saudara mara aku, kami mesti ambik gambar sefamili dulu. Setahun sekali je kot. Kalau tidak memang tak pernah rasanya kami bergambar sama complete 4 beranak. So aku buat special entry la untuk ni. Cerita raya nanti sambung lain entry.hahaha...

Versi tayang kaki

Versi tak tayang kaki.haha

Candid! Afia suruh berdiri tak nak dia

Nah baik punya letak kepala kat bahu abah langsung tak tengok kamera

Aiman bersama Pak Wa, Pak Ndak dan Acu Ain. Pak Njang sorang tak ada mana pergi entah.

With Aiman's Peberet uncle, Pak Ndak!









Sunday, July 26, 2015

2 Syawal




Dua Syawal abah mak dah mula berniaga. Sebulan puasa cuti sakan time ni la nak buat duit.kehkeh. Kami merancang balik Penang pada hari raya kedua juga. En suami awal pagi pergi hantar adik beliau ke Jeti Kuala Perlis, depa nak balik raya rumah mertua adik di Langkawi. Cik Pia pun sibuk nak ikut hantar. Dengan tak mandi ni dok wefie dalam kereta kemain happy.huhu..



Pagi tu en suami tolong abah buka kedai pastu balik Kuala Perlis dah penat, tidur kejap jadi lewat kami bertolak balik Penang. Alhamdulillah perjalanan lancar. Sampai petang allergic mata en suami tu makin menjadi, so raya kedua dok rumah je sampai malam tak pergi mana. Nanti sambung kisah raya ketiga dikampungku indah permai.hehe