Pixajoy

Saturday, December 10, 2016

Aiman Di Hari Anugerah Cemerlang



Walaupun cerita dah lemau nak jugak tempek cerita Hari Anugerah Cemerlang sekolah Aiman. Kena la tempek sebab sepanjang 3 tahun, ni pertama kali ibu tengok Aiman naik pentas. Kali terakhir masa tadika kot.hahaha..

Alhamdulillah tahun ni melekat nama Aiman untuk 1 anugerah, Terbaik Matematik Tahun 3. Ibu pun tak jangka dalam beratus Aiman yang terbaik. Terasa berbaloi usaha ibu dok paksa Aiman siapkan worksheet book, marah2 Aiman time bagi jawapan salah..kena buat pembetulan pada setiap jawapan yang salah. Padahal anak orang lain setiap tahun naik pentas kan.haha..Takpelah ibu tak espect lebih pun dari anak ibu..janji dah buat terbaik.

Pagi tu ibu hantar Aiman dulu..pastu dalam pukul 9 lebih baru ibu abah Afia dan adik Aryan menyusul ke sekolah untuk support. Antara momen indah yang sempat ibu snap.



Antara waktu ni ibu dengan abah agak sibuk sampai nak potong rambut tak sempat. Sadisnya la hai selekeh betul rambut panjang. Tambah sadis dua hari sebelum tu kasut sekolah lupa bawak masuk, malamnya hujan kasut basah. Kasut yang lagi satu dah ketat Aiman tak nak pakai. Dia kan jenis tak kisah gamble je kata takpa..Aiman pakai selipar je. Jangan tanya ye perangai tak kisah ni ikut siapa.hahahaha..



Turun pentas cikgu interview ibu kenapa pakai selipar.  Pakai je kejap cikgu kata kalau basah pun. Maaf la cikgu ibu tak sempat fikir solution memang sibuk sungguh minggu tu. Harap cikgu faham ibu takdak pengalaman anak naik pentas dapat anugerah cemerlang. Kemain kan alasan.kahkah


Lepas ni harap Aiman terus cemerlang. Usaha dan semangat tu penting. Hidup ni bukan hanya untuk kejar A semata. Ibu dah bagi A ( for Aiman ) dah cukup.hihi. Semoga ibu juga diberi kelapangan untuk konsisten pantau pelajaran Aiman tahun depan. 




Sunday, November 13, 2016

DIY Kad Hadiah daripada Angpau



Sebenarnya customer yang request mintak aku poskan ke kampung untuk mak ayah dan kak beliau. Customer pun kawan-kawan aku jugak. So layankan ajelah..benda DIY gini memang aku suka tau.

Dok mencari la kat rumah kot ada balance pembalut hadiah ke apa tapi haram tak jumpa.kiki..Redha je ambik majalah Acu Ain dulu-dulu, agak colourful sikit potong sebagai pembalut hadiah. Nak harap majalah kak dia Pa & Ma tu je yang ada. Tu pun zaman purbakala punya.hehe..

Tetiba la pulak kan sel otak berhubung nampak angpau dapat idea nak buat kad. Bak kata kawan aku kalau nak beli ni pun seringgit ok. Angpau anak-anak bersusun dalam laci tu ni la guna dia.

Aku memang tabiat suka simpan buat koleksi. Aku ni apa je tak suka simpan kan. Rumah ni pun dah macam stor dah segala mak nenek kotak pun aku sayang nak buang. Almaklum la idea DIY penuh dalam kepala. Idea je la, buatnya tak..buat semak rumah ada.hahaha...

Apa aku merepek banyak sangat ni. Meh aku ajaq cara nak DIY kad hadiah daripada angpau. Sebenarnya tak payah ajar sangat pun..tengok gambar pun dah tau.

Bahan-bahanya tentulah angpau. Pilih angpau yang keras dan cantik sikit la ada motif. Pastu kau potong je empat segi bahagian mana yang suka. Gunakan kekreatifan yang ada. Nak lebih hipster buat la bulat ka bentuk love bentuk jari bentuk laksa ke lantak.hihi

Nampak tak kadnya dah siap dipotong. Yang hadiah ni Pillow Cover. Bundle tapi like new. Yang ni kalau nak beli rodger je aku. Memang aku jual. Nak suprisedkan orang tersayang dengan hadiah rare gini tak perlu modal banyak. Budget 5 ringgit ja kualiti terjamin walaupun item bundle. Sempat lagi promote.haha..

Nah siap dah kad DIY from angpau. Jimat dah 3 ringgit. Bijak tak..bijak tak..hehehe

Alhamdulillah siap..masuk sampul dah boleh pos. Semoga yang menerimanya happy walaupun tak seberapa. Aku buat dengan kasih sayang ni.







Wednesday, November 09, 2016

DIY Loom Band Sensory Bottle



Enam bulan pertama kelahiran baby adalah waktu yang sangat penting untuk kita pastikan kesemua 5 deria berfungsi dengan baik. Nak merangsang deria anak ni banyak cara. Selain daripada toys yang dibeli, sensory bottle antara mainan mudah dan murah. 

Macam-macam benda boleh isi dalam botol untuk hasilkan sensory bottle yang hebat. Bukan baby je tau..kanak-kanak pun suka. Resepi sensory bottle banyak boleh sendiri google.Tak susah pun nak buat.

Ibu pun ada buat untuk anaknda Aryan. Sebelum ni guna unused storage bottle Kak Pia yang lama letak manik goncang-goncang, tu pun Aryan suka sangat. Pastu ibu buat loom band sensory bottle ni pulak. Sampai sekarang tak dapat seru lagi nak buat another sensory bottle..berangan nak buat untuk kak pia jugak..Tunggu semangat mai.haha



Loom Band ni bukan sekadar getah rambut, ibu ada tambah juga manik-manik untuk hasilkan bunyi bila digoncang atau terbalikkan.

Ni masa belum boleh meniarap. Bila goncang maniknya turun kebawah..loom band menari-nari naik ke atas. Wani warni pulak kan mau tak asyik Aryan tengok sensory bottlenya ni.hihi

Dah expert meniarap, dah boleh main sendiri dah sekarang.







Monday, November 07, 2016

Di sebalik PK Bundle



Ehh..sekarang ni tenggelam timbul je aku ni. Rindu rasanya nak berceloteh, ziarah blog kengkawan tapi terlalu banyak komitmen kena hadap. Aku happy dengan dunia yang agak baru sekarang, sekecil-kecil benda pun semuanya pengalaman yang berharga. Nak membina sesuatu bukan mudah. Aku percaya rezeki Allah tu luas, RM 5 pun kalau kita tak usaha sapa nak bagi kan.

Sungguh semangat berkobar merancang strategi dalam kepala. Semoga aku istiqomah dan Allah tunjukkan jalan yang lurus. Faham tak apa aku cuba sampaikan ni. Tak faham sudah.haha.. 

Melangkah setapak bermula kerana minat, aku dah mula berniaga kecil kecilan secara online. Sebenarnya permulaan ni ramai kawan-kawan dan kenalan rapat yang support. Terima kasih pada semua yang sudi beli dengan aku. You know who you are. Depa-depa ni jugak penguat semangat aku. Memang la berniaga kecik je..nak membina nama seawal beberapa minggu ni bukan senang. Malah berbulan, sebelum orang nak kenal kita dan produk kita. Tu pun kalau tak tumbang awal.hehe..

Hasrat nak berniaga ni dah pendam lama tau, cuma tak kuat semangat pastu tak tentu hala bidang. Ni pun macam semua diaturkan cantik untuk aku. Kita cuba dulu la kan. Sambil berniaga sambil beramal. Dengan keadaan ekonomi sekarang ni aku harap sumbangan aku yang sekecil ni dapat bantu orang sekeliling aku berbelanja dapatkan barang kualiti dengan harga murah..cheewah..

Memang orang yang tak kenal bundle ni bila dengar perkataan bundle depa tak suka. Macam aku jugak dulu-dulu sebelum jatuh cinta dengan dunia bundle ni. Persepsi orang kan. Takpelah kita bukan nak buat orang suka..cuma kita nak depa faham ja yang bundle pun high class. Boleh camtu.hahaha



Apa pun do like my page ya..Terima kasih kawan2 yang suppport. Cuci mata je pun takpa tak kena bayaq.hihi. Ada masa nanti aku update kisah anak-anak.









Tuesday, October 25, 2016

Aryan Meniarap



Akhirnya setelah 4 bulan 6 hari, Aryan sado telah berjaya meniarap sendiri tanpa bantuan. Nak mengiring pun berat badan tau..tapi sebelum ni kalau ditiarapkan dia suka..kuat angkat kepala semua.

Walaupun ibu ni macam dah suam-suam kuku update blog nak tempek jugak la kat sini perkembangan pertama Aryan. Syabas Aryan!






Video Aryan Meniarap buat pertama kali. Abaikan suara ibu yang excited terlebih tu.huhu..







Friday, October 21, 2016

Aryan's First Flash Card



Lambat pulak ibu jumpa flash card ni. Patutnya dari newborn dah boleh apply black and white flash card. Takpelah nak.. better late than never.hihi..

Nanti kalau rajin ibu buat special entry tentang cara merangsang otak baby. Betapa penting sensory stimulation pada 6 bulan pertama kelahiran. Ramai antara kita kurang kesedaran dan tak titik beratkan pun bab ni, termasuk la aku.huhu. Tapi takpelah kan..tak pandai kita belajar, berubah berusaha gali ilmu.


Sampai betul-betul masa Aryan genap 4 bulan. Ibu mulakan dengan 5 kad sehari 2-3 kali. Nampak Aryan berminat dan fokus bila ibu tunjuk flash card ni. Semoga ibumu istiqomah.haha..





Thursday, October 20, 2016

Aktiviti Homeschool Anak 3 Tahun



Lagi aktiviti homeschool Afia. Baru nak panas-panas enjin balik aritu bersalin cuti panjang.hakhak..Mana yang ibu snap ibu tempek ke kat sini.

Counting 1 to 5. Ambil gambar dari buku lama Abang Aiman, minta Afia kira pastu match numbers with pictures. Yang bawah pun sama, count and match!

Ni flash card Adik Aryan tetiba jumpa syiling dia pi susun. Another brilliant idea for homeschool. Takda sapa ajaq.hihi..

Classic Art! Collage A for Apple. Kemahiran menggunting dan melekat. Kena banyak sabar nak siapkan sebijik epal pun. Banyak main sungguh!haha..

Water Coloring. Fun sensory play. Bagi water color dan kertas lukisan tu awak tonyoh la ikut suka. Pakai span, pakai tangan, pakai cotton bud..up to you!

Messy scissors. Lambat ibu kenalkan Afia dengan gunting. Bagi gunting suka-suka je dulu. Nanti banyak aktiviti art boleh apply. Memang dia teruja dengan gunting, berterabur cebisan kertas merata, jenuh sapu.huhu

ABC stickers. Sesambil je kat opis. Good for motor skills, tracing ABC..tempek je ABC ikut urutan.

Pretend play, good for imagination and creativity. Bersilat iron chef siapkan order.hahaha..yang si abang pun join jugak jadi waiter. Ibu abah jadi customer. 

Sponging Activity. Dah lama dari last year beli sponge tapi tak terbuat.hahaha..Nampak macam aktiviti mudah je kan..tapi anak kena fokus dan mendidik sifat sabar. Pasni boleh cuba transfer air yang lebih adventure guna picagari dan straw pulak.

Messy play lagi. Depa yang request nak main water color. Nah tunjukkan aktiviti seni memasing!

Ni aktiviti wajib. Pengacau paling hebat abad ini, atas meja jadi kerja. Pantang tengok ibu buat kek, buat cekodok ke apa je dia la paling sibuk. Nampak remeh tapi antara kemahiran hidup yang perlu ada sebagai isteri solehah. Haa jauh dak pikiaq!hakhak..

Orang kata rumah adalah sekolah pertama, ibu bapa guru pertama untuk anak. Atas dasar itu ibu cuba luangkan masa dan tenaga untuk aktiviti homeschool anak-anak. Walaupun tak mampu konsisten sangat, pelan-pelan kita kayuh.






Wednesday, October 19, 2016

Aryan Nufael 4 Bulan



Sibuk dengan hal dunia sampai lupa semalam 18 hb bermakna Aryan genap 4 bulan. How time flies. Kena nikmati waktu baby ni sebab mungkin tak akan ada dah yang ke empat.haha..

Sekarang selain daripada masuk jari dalam mulut, Aryan dah ada hobi baru, suka menyembur main air liur. Belum boleh meniarap lagi ye almaklum sado..tapi kaki sangat kuat berdiri. Masa mandi pun kemain berlagak pacak kaki tamau duduk. Aryan juga dah mula belajar mengigit sikit-sikit. Pakai gusi pun bahaya kalau dah pandai gigit ni.

Picture Aryan banyak dalam car seat, masa dalam kereta je banyak masa nak snap dengan lighting yang ok. Kat rumah keadaan sentiasa dalam mood tidur. haha..

Serius kemain muka mengantuk

Pantang agah mesti senyum semanis madu

Whatever!

Nanti sambung lagi cerita Aryan sado ye. Ibu dah mula banyak aktiviti homeschool/montessori tau dengan Aryan. hakhak..





Tuesday, October 18, 2016

Resepi DIY Playdoh



Afia ni memang agak fanatik dengan playdoh. Kalau dekat youtube tu menatang ni je la dia tengok. Paling suka playdoh ice cream. Bila dah pandai tengok, mula la pandai mintak. Nak beli boleh tahan mahal la kan. So ibu DIY je la playdoh buat anaknda Afia.

Playdoh ni walaupun messy tapi bagus kan untuk fine motor development, imagination and creativity. Yang tak bagusnya sehari  3 4 kali kena mop lantai. Lepas mandi main lagi. Kadang naik hantu juga, tapi bila fikir anak tengah membina imaginasi, bawak sabaq je la banyak-banyak.huhu

Tahun lepas pernah buat homemade playdoh tapi masa tu Afia macam tak reti lagi main, kali ni dapat je sakan dia baking kuih. Tak cukup oven cooking set dia tu sekali dengan oven ibu dia pi boh kuih playdoh dia.hehe..


Resepi 1


Yang pertama tu aku cuba resepi masak atas api, tapi melekat jugak dekat kuali..mungkin sebab skip cream of tartar kot. Lantak janji anak dara happy. Puas main modal pun kecik.

Selang beberapa hari dia merengek minta buat playdoh lagi. Kali ni buat setengah adunan je. Ikut resepi kat bawah. 


Resepi 2


Campur je semua bahan pastu uli sampai jadi doh ye!

Ni dok merengek lagi mintak playdoh. Pening aihh ibu.hahaha








Monday, October 17, 2016

Kursus Naik Komuter



Naik kerja lepas bersalin atau lebih tepat lagi waktu anak fully breastfeed memang jadi tekanan tiba-tiba kena kursus jauh. Mana fikir nak tinggal lama anak dengan orang, nak cari tempat nak perah susu. Susah hati kot!hehe..

Jauh tak jauh sangat la tapi sampai Perlis nuu..kalau drive dekat 2 jam jugak. Pergi balik dah berapa jam. Nak bertolak pukul berapa pagi dari Sp? Kursus pulak 2 hari, penginapan tak disediakan. Kalau ada penginapan lagi la nangis!haha..

Tapi sekarang kan dah ada train. So buat pertama kali sejak train ada kat utara ni aku naik komuter. Alhamdulillah Allah permudahkan. Kursus setengah hari pastu siap ada tempat special untuk produce susu.hihi



Dua hari seminar dapat banyak ilmu. Best!


Pulun la sikit kan..sebab first time. Selfie oi selfie!hahaha..


Lega kursus setengah hari je. Kak Pia abah mengasuh. Hari kedua tu datang ambik ibu dengan tak mandi dok lena dua beranak. Jaga je ambik Abang Aiman school terus pi makan. Dengan muka tak mandi, baju tak salin sempoi dak lepak sampai Amanjaya Mall.hahaha..


Internet underground dah ok ni boleh la aktif blog balik selagi tak kena sekat.huhu..Tunggu ye nanti aku pi komen berjemaah.









Wednesday, September 28, 2016

Restoren De Paradise Parit Buntar



Lepas projek jejak kasih, kami sefamili singgah De Paradise. En suami ni la nak makan sangat shell out. Aku baru lepas pitam kena renjatan memang telan air liur je la. Taubat serik, tengok udang bergelimpangan atas meja pun tak terpikat.haha..

Rasanya dah bertahun tahun kami tak dapat kumpul 5 beradik complete semua macam ni. Bila tengok picture reramai sebak la pulak..dan dan teringat almarhum mak dan pak. Kalau mak dan pak ada alangkah bahagianya.sob..sob..sob..

Alhamdulillah bertambah ahli keluarga baru.

All of us

Lokasi restoren dekat Taman Wawasan sederet KFC. Kata Ain sebelum ni portion memang agak banyak dan apa yang aku tengok review di facebook pun macam tu. Hari kami pi tu macam tak banyak

Kami order Set apa kebenda ntah namanya tak amik port dah aku. Harga kalau tak salah around RM 70 something. Ambik 4 mangkuk nasi saja takda add sebab memasing dah kenyang. Rasa boleh tahan la. Harga berpatutan, servis pun ok.


Not bad aku sempat rasa 2 3 kepah ke siput apa ntah dengan jagung seketul je.huhu


Ehh mana kak pia..Kak Pia dah tertidur dalam kereta. Dia punya mengantuk dari Teluk Tempoyak at last tertidur jugak diriba Pak Njang. Orang makan sampai selesai pun dia tak jaga.






Tuesday, September 27, 2016

Pengalaman Bersalinkan Aryan Nufael



Tiga bulan simpan dalam draft baru hari ni nak up kisah bersalinkan Aryan. Peram lama nak sambung punya malas. Aryan ni aku agak dah beberapa hari dah nak deliver sebelum due date, tapi tak jumpa lorong yang betul.hehe..

Hari demi hari berlalu baby tak menunjukkan tanda nak deliver. Semua sedia maklum ibu yang ada GDM tak dibenarkan bersalin overdue. Susah hati tu jangan cakap. Punya pulun tawaf shopping mall pastu kekal aktif berpuasa dengan mengemas mop lantai satu rumah konon nak cepat bersalin tapi sampai ke sudah baby sedap dok dalam perut.

Dua tiga hari sebelum nak kena serah diri tu dok rasa dah perut mengeras tapi ignore je la dah takda tanda apa. Sampai pagi Sabtu, 18hb6 due date, aku dah berserah sepenuhnya nak induce ke apa tak kisah, janji selamat, tak sabar sangat dah nak tengok muka baby. 

Pagi tu terus ke labour room. Masuk sana prosuder biasa kena timbang, check bp, kencing pastu bersedia la kankang untuk VE. Kata nurse doktor akan terus masukkan ubat untuk aku pagi tu jugak sebab sepatutnya kena serah diri sehari sebelum due date. Nurse RSAT bagitau suruh datang pagi due date tu mana la aku tau. Aku ikut arahan je.

Pagi tu mula kena seluk dengan doktor lelaki cina. Lepas seluk dia scan berat baby 3.6kg. Dia punya seluk takda la sakit, tapi bila dia robek untuk buka laluan tu boleh tahan seksa la lagi-lagi kalau kita dok mengeraskan badan. Kata doktor jalan dah buka 3cm so terus ke labour room untuk bersalin. Ohh Alhamdulillah lega la kali ni pun sama macam Afia dulu terlepas untuk induce masuk ubat kat bawah. 

Nurse bagi baju pink hospital suruh salin pastu keluar jumpa en suami bagi selipar dan segala barang. Masuk labour room kena bawa sepeket pad bertali dengan sekeping pampers saja. Pagi tu aku minum air dah kenyang, last makan mee goreng mak masa sahur. Tak sangka nak terus masuk labor room bersalin, aku budget macam kena rilex dulu kat katil hospital menahan kontraksi lepas dimasukkan ubat. Sebelum tu boleh la santai-santai makan dulu. Sepatutnya la kan.haha..

Keluar jumpa en suami aku bedal segala bekalan yang ada. Aku makan kurma, minum minyak selusuh, air zamzam dan air akar fatimah semua aku telan. Dah salam minta maaf dekat en suami minta doa dipermudahkan aku masuk jumpa nurse bersedia untuk ke medan perang, cheewah.

Nurse tolak dengan wheelchair masuk bilik no 1. Waktu tu aku tengok jam dalam pukul 11 lebih, belum pukul 12 tenghari la. Dia minta aku baring dekat katil yang disediakan pastu depa tengok segala detail tentang aku. Nurse datang buat BSP tanya aku dah makan belum..Aku kata aku makan kurma je.huhu..Kat dalam ni tak boleh makan dah, boleh minum je dia kata. Dengan konfidennya aku kata boleh kot tahan sampai petang. Pastu kena pasang ctg untuk pantau jantung  baby. 

Tak lama pastu datang dua orang doktor pelatih ke apa ntah, perempuan cina dua orang nak cucuk kat tangan. Lepas cucuk sorang seluk kata 3cm pastu dia kata jauh. Yang sorang lagi pulak seluk. Depa dok kata membran posterior apa ntah minta bidan pulak seluk. Aduh..tiga kali dah kena seluk bidan yang seluk tadi pun tak puas hati..Depa panggil doktor pakar untuk seluk sekali lagi. 

Datang doktor perempuan India seluk godeh2 nala punya sampai keluar air ke darah pastu dia kata setel. Bayangkan la baru kena seluk tadi pastu 4 orang sekaligus main seluk..naik senak aku ni oii. Gila punya kerja tapi nak buat macam mana kena redha.hahaha...

Dah setel sesi seluk aku ditinggalkan dengan bidan tadi je dok pantau ctg sambil taip detail kat komputer. Yang herannya dah buka 4cm masih tak sakit. Sebenarnya tak heran sangat pun sebab dia punya rasa sebijik masa bersalin Afia dulu..buka 4cm tapi takda kontraksi kuat. Aku memang dah boleh agak mesti kena induce pitocin. Dah bersedia nak hadap sakitnya tu macam mana. Harap aku boleh kontrol sakit. Masa Afia dulu memang tahap mengerang sebab sakit gila.hihi

Kali ni bersalin apesal ntah aku dok rasa nak kencing sesaja. First time aku kata nak kencing yang perempuan cina praktikal tu pasangkan tiub, seterusnya aku habaq nak kencing bidan yang handle aku kata kencing je kat atas katil..pasang tiub selalu pun tak bagus dia kata. Aku pun apalagi kencing la sepuasnya. Ada la dalam 3 4 kali aku kencing punya banyak basah habis katil. Maaf la misi, memang sungguh rasa nak kencing sesaja. Dah banyak kali beranak dah loose.hahahaha

Bila ctg tak cantik bidan yang jaga aku tu nak masukkan air. Waktu dia cucuk tangan aku mengaduh sakit..rupanya urat dah bengkak. Datang la nurse lain cari urat untuk cucuk semula. Tadi tangan kiri dah kena..baik punya dia belek tangan kanan aku dok kata urat aku jenis pendek putus-putus payah dia nak cari. Minta maaf ye saya cuba. Molek bahasa dia padahal dah tiga kali dia cucuk tangan kanan aku.hukhuk..

Sebab tak boleh juga, tak kena urat ke dia tak reti sebenarnya, datang sorang doktor perempuan melayu cucuk lagi sekali sebelah tangan kiri baru ok. So total kena cucuk 5 kali. Belah tangan kanan ni sampai seminggu bersalin lebam tak hilang. Kesan kena cucuk ni sakit dia lama woo tak hilang. Cobaan..cobaan..huhu..

Tak lama pastu seperti yang dijangka depa pun nak mula pitocin. Lama juga takda kontraksi kuat tapi nurse dok keep asking nak ubat tahan sakit tak. Aku tak sakit kot aku kata. Kata nurse ubat tahan sakit kena cucuk sebelum bukaan 6cm..kalau lebih dari tu depa takkan bagi dah, takut efek baby jadi laloq bila lahir.

Bila dah mula pitocin kontraksi pun dah mula rasa. Makin lama makin kuat..bidan pun dah bertukar shift. Yang jaga aku tadi bagitau dia dah nak balik, datang la bidan baru untuk pantau aku. Dia kata nak salinkan aku baju boleh bangun tak. Ye la dah banjir katil nala punya aku projek kencing.haha

Masa dok berdiri kat lantai nak salin baju pun aku dah tak tahan nak terkencing lagi. Dia siap tadah pakai baju hospital kat celah kankang aku. Banyak aku kencing sampai bidan tu surrender lepas baju pastu kata takpa kencing je la nanti saya bersihkan. Maaf noo tak tau pasaipa aku kena sawan kencing. Tak boleh tahan, baik kencing siap-siap sebelum dia masukkan tiub.hahaha

Lama pastu doktor datang check bukaan still 4cm. Dah pernah rasa sakitnya induce pitocin ni so takdelah nak nangis kecewa. Bidan tu kata jangan nangis dah tua ni buruk rupa. Aku dok tahan sakit la sampai senget muka bukan nak nangis.huhu..Dia tanya dah boleh kot bagi ubat tahan sakit. Kalau tak nak nurse kata dia akan tulis kata aku takmau ubat.

Ikutkan buat masa tu aku boleh tahan sakit tapi nanti dah buka dekat nak meneran kontraksi lagi menggila aku terus kata nak je. Nurse pun cucuk kat punggung. Lepas cucuk dia kata kalau mengantuk boleh tidur. Memang ada rasa mamai bila kontraksi hilang kejap..tapi takdanya boleh nak lena. Sakit tu selang masa kejap sangat..tak sempat nak lalok dah sakit balik.

Dah buka 5cm lepas doktor seluk godeh pastu doktor bagi masa sampai pukul 8.30 malam tengok camna. Baring je aku ditinggalkan sorang menahan sakit kontraksi. Kali ni baca doa nabi yunus dalam hati je..tak mau banyak buang tenaga sebut..dah la tak makan apa. Sepanjang dalam labour room bersilih ganti aku dengar suara baby..pastu dengar suara ibu meneran..hari tersebut memang ramai yang bersalin sama tarikh aku.hehe..

Makin lama kontraksi makin kuat..dah tak dapat bertahan rasa nak teran aku terus berkali picit emergency button. Kelam kabut depa tanya rasa nak teran ke..aku angguk je dah tak daya nak cakap. Then bermula operasi meneran. Nurse bagi arahan suruh kankang, jari pegang buku lali..bila kontraksi teran. 

Tapi taktau sebab apa kali ni aku macam ada masalah nak teran. Rasa susah teran pun ada. Banyak kali meneran dah banyak tenaga guna sampai dari sorang dua orang handle proses aku meneran tu tetiba je boleh jadi ramai sekali berkerumun datang masuk tengok aku teran. Aku dah tak berapa ingat dah masa teran ni nak baby keluar cepat je. Yang pasti ramai la dok berkerumun tengok.

Sorang doktor dok tekan perut bantu, pastu bidan tu pun aku rasa dok tekan kat bawah bantu baby keluar. Bidan tadi macam gaya nak marah dah takut anak lemas. Teran punya teran at last berjaya juga baby keluar. Tetap jam 5.59 pm dengar baby nangis. Lega..seperti yang dijangka nampak bebird. Baby boy!

Lama depa letak baby kat atas dada pastu bidan tu dok ajar pelatih perempuan cina yang mula-mula tadi camna cara nak keluarkan uri. Memang rasa dia godeh sana godeh sini..seluk kiri seluk kanan..atas bawah depa eksperimenkan aku tapi dah tak rasa sakit apa. 

Aku dok peluk dan tatap wajah baby dengan perasaan yang cukup indah sukar ditafsirkan. Yang merasa je tau kan. Bau dia masyaallah sama macam kita cium baby baru lahir, tapi berkali ganda kuat. Lega sungguh baby dah keluaq..nak buat apa pun lantak!

Dah siap eksperimen keluarkan uri bidan kata nanti saya datang..Nak pergi tengok jiran sebelah kejap. Aku pun dok berdua je dengan baby. Proses menenunnya belum lagi. Datang seorang nurse badan gempal kata nak jahit. Dia bagitau nak bius. Walaupun rasa dia tekan-tekan dan jarum keluar masuk tapi aku boleh kata tak sakit. Jahit sikit je ni kata nurse.

Lepas dah setel dipakaikan pad semua lama aku dok dalam labour room tu. Lagipun waktu berbuka sama kan. Kali ni memang lama baby dok dalam dakapan sampai dibersihkan dan disusukan. Masuk je wad wajib la snap gambar baby kan. Berapa banyak group whatsapp dok tunggu sibuk dah nak gambaq baby kan.haha..

Alhamdulillah baby comel kulit cerah dagu mengancam macam ibu.hakhak..



Hari ketiga baru aku up dilaman sosial. Berita gembira dihebahkan untuk pengetahuan sedara mara sahabat handai jiran tetangga kenalan jauh dan dekat. 


Terima kasih Allah kerana peluang 3 kali merasa sakit bersalin normal. Mana ada sakit bersalin yang tak sakit..mind set melalui pengetahuan paling utama. Bila kau bersedia fizikal mental dengan ilmu selain kekuatan doa dan usaha, Insyaalah proses bersalin akan jadi mudah. Nasihat juga ni pada yang baru pertama kali nak bersalin. Aku dulu pun masa anak pertama memang bodoh dan gabra.hehe..

Suka kata-kata yang aku tangkap di fb.. "Wanita umpama seketul granit, kecil comel tapi kuat". Bila kita semua mampu lalui sakitnya bersalin..Insyaallah proses membesarkan anak dipermudahkan dengan kesabaran.huhu









Monday, September 26, 2016

Jejak Kasih Ke Penang



Hari ni tetiba nak story carta organisasi keluarga.haha..Kalau nak ikut susur galur famili..aku ni anak mak nombor 4. Almarhum pak kawen empat..tapi semuanya kawen cerai. Mak nombor 1 ada 4 orang anak yang kesemuanya perempuan. Nombor dua, dua orang lelaki dan nombor tiga seorang anak perempuan. Kami cuma rapat dengan aruah mak dan anak nombor dua. Yang kakak 4 orang serius aku kalau jumpa berlaga bahu pun tak kenal. Anak mak ketiga tu lagilah tak dapat dikesan.huhu

Kenduri Ateh dan Ain baru ni barulah ukhuwah kembali terjalin. Raya korban ketiga, kami 1 famili pergi rumah kakak jejak kasih. Kakak yang sulung umur pun dah 60 lebih, boleh bayang la anak saudara kami pun tua dari kami.huhu.. Yang sadisnya tak ingat langsung nak bergambar sama kakak-kakak..kira melantak aja kerjanya. Macam-macam depa jamu. hihi

Lokasi Teluk Tempoyak rumah dekat dengan laut

Sampai je tak masuk rumah pun terus kami ke pondok belakang rumah, santai-santai tepi laut. Best sangat! En suami pulun siap offer diri nak datang lagi tidur sini next time.

Berbuai dua beradik ni dera Mak Ndak depa ngasuh.hihi

Aiman dan Pak Ndak. Gitar tali pun takda, gaya mau ada.haha..

Sembang tak berenti

Menu utama nasi putih, daging masak hitam, gulai ikan sempoi, ikan goreng dan sayur. 

Ni makhluk makan paling banyak. Tamak kena sampai dua pinggan. Tak tahu ada menu lain..bila depa jamu bihun sup dah tak boleh sumbat.hihi

 Tak sempat hadam lagi nasi, kami dijamu kuih lompang dua pinggan besar, siap kopi o teh o panas. 

Afia tak nak makan nasi, kuih lompang ni punya banyak dia balun. Sepinggan setel dua beradik ni kerjakan.

Bihun sup pulak..soru jangan tak soru!

Aryan mengantuk sebenarnya tapi well behave. Good boy!

Jangan percaya sangat Afia lena. Bab acting serah kat dia.haha..

Kami sempat jugak singgah rumah Maksu (adik pak yang bongsu). Sepetang tu memang projek jejak kasih ajelah. Insyaallah dah tahu rumah, akan menyusul lagi ziarah yang seterusnya.