Pixajoy

Monday, September 26, 2016

Home » Jejak Kasih Ke Penang

Jejak Kasih Ke Penang



Hari ni tetiba nak story carta organisasi keluarga.haha..Kalau nak ikut susur galur famili..aku ni anak mak nombor 4. Almarhum pak kawen empat..tapi semuanya kawen cerai. Mak nombor 1 ada 4 orang anak yang kesemuanya perempuan. Nombor dua, dua orang lelaki dan nombor tiga seorang anak perempuan. Kami cuma rapat dengan aruah mak dan anak nombor dua. Yang kakak 4 orang serius aku kalau jumpa berlaga bahu pun tak kenal. Anak mak ketiga tu lagilah tak dapat dikesan.huhu

Kenduri Ateh dan Ain baru ni barulah ukhuwah kembali terjalin. Raya korban ketiga, kami 1 famili pergi rumah kakak jejak kasih. Kakak yang sulung umur pun dah 60 lebih, boleh bayang la anak saudara kami pun tua dari kami.huhu.. Yang sadisnya tak ingat langsung nak bergambar sama kakak-kakak..kira melantak aja kerjanya. Macam-macam depa jamu. hihi

Lokasi Teluk Tempoyak rumah dekat dengan laut

Sampai je tak masuk rumah pun terus kami ke pondok belakang rumah, santai-santai tepi laut. Best sangat! En suami pulun siap offer diri nak datang lagi tidur sini next time.

Berbuai dua beradik ni dera Mak Ndak depa ngasuh.hihi

Aiman dan Pak Ndak. Gitar tali pun takda, gaya mau ada.haha..

Sembang tak berenti

Menu utama nasi putih, daging masak hitam, gulai ikan sempoi, ikan goreng dan sayur. 

Ni makhluk makan paling banyak. Tamak kena sampai dua pinggan. Tak tahu ada menu lain..bila depa jamu bihun sup dah tak boleh sumbat.hihi

 Tak sempat hadam lagi nasi, kami dijamu kuih lompang dua pinggan besar, siap kopi o teh o panas. 

Afia tak nak makan nasi, kuih lompang ni punya banyak dia balun. Sepinggan setel dua beradik ni kerjakan.

Bihun sup pulak..soru jangan tak soru!

Aryan mengantuk sebenarnya tapi well behave. Good boy!

Jangan percaya sangat Afia lena. Bab acting serah kat dia.haha..

Kami sempat jugak singgah rumah Maksu (adik pak yang bongsu). Sepetang tu memang projek jejak kasih ajelah. Insyaallah dah tahu rumah, akan menyusul lagi ziarah yang seterusnya.







6 comments:

Suria Amanda said... Best Blogger Tips

Bab jejak kasih mmg seronok..bab makan lg extra seronok kan ...

Kakzakie Purvit said... Best Blogger Tips

Bagus Murni.. dah tahu ni jgn putuskan hubungan.
Sesekali ada masa jengahlah tambahan pula semua semakin dimamah usia.

Geram pulak tengok si comel kecik. Dah makin montel kakak tengok:)

OKje said... Best Blogger Tips

Yelahkan..... dah tak pernah nak jumpa mcm mana nak kenalnya. Tak pe, Raya tahun depan bolehlah tido rumah kak hihi... Tapikan PK betullah, kalau gi rumah orang, orang jamu apa pun, mesti sedap punya...Pernah tak rasa mcm tu?

Unknown said... Best Blogger Tips

mama abah husna pon memasing ada mak dan pak saudara yg depa memasing tak kenal.. kdg husna sampai tertanya2 bila dtg hari raya depa xdak ka rumah org lain yg kita boleh ziarah.. mama slalu ckp ada tpnya tak taw kat mana hahaha.. seronok bila kenduri dtg abeh saudara mara yg lgsung tak pernah tgk muka.. mcm akak ckp laa kot kalau jln bersentuh bahu pon tak perasan kata adik beradik.. huhuu..

LydSunshine said... Best Blogger Tips

Fuhh, meriah betul keluarga PK. Ada 4 mak. Mereka okay kan? Takde gaduh2 kan?

Puan Kutu said... Best Blogger Tips

Kahwin cerai lyd.nk gaduh apanya jumpa pun tidak..cuma mak yg no 2 tu je la masa kecik2 dulu selalu juga kesana..