Pixajoy

Thursday, April 20, 2017

Home » Homestay Pondok Indah Langkawi

Homestay Pondok Indah Langkawi



Dok bertangguh je nak taip. Mari sambung review entry basi.huhu. 

Masa ke Langkawi tempohari kami menginap 2 malam dekat Homestay Pondok Indah. Harga 1 malam RM 120..so far ok la tempatnya setanding harga. Rate selaras tak kira hari minggu ke hari cuti depa tak up harga.

Terletak di Kampung Bohor Masjid Kedawang, Homestay ni sebenarnya tak jauh dari rumah biras aku. 1 kampung la senang cakap. Tujuan ke Langkawi pun sebab attend kenduri sama kan..so lokasinya strategik sangat, jalan kaki je dah boleh sampai rumah kenduri. Nak ke Pantai Cenang pun dalam 10 minit je, ke Pekan Kuah 20 minit gitu.

Sembang punya sembang rupanya owner pun ada bau2 bacang pastu anak kepada jiran Pak Mertua aku.  What a small world!


Rumah dia macam memanjang 4 pintu. Ada hall kecik pastu 1 bilik dan 1 bilik air. Comel je tapi kira ok la kami balun 3 famili 1 bilik, janji murah.hehe..


Ruang tamu

Deco simple but nice


Ni je suasana dalam bilik aku sempat snap.haha..

Katil queen 1 dan 1 katil single. Ada toto dan tilam lebih boleh tidur kat hall jugak.

Dapur dekat sebelah asing. Boleh bancuh kopi, milo, sirap bandung, masak maggi bagai.hihi

Depan dapur

Belakang dapur ni sebenarnya ada 1 lagi bilik kecik. RM 80 tak salah aku. So total ada 5 bilik penginapan.

Mini gazebo ka orang panggil ni. Ada dua kiri kanan. Petang2 boleh lepak sembang

Toilet pun lupa snap.haha..So far puas hati next time Insyaallah boleh repeat sini lagi. Area Pantai Cenang pun kalau musim cuti jam, dah tak best. Sini lebih aman dan selesa rasanya.

Untuk tempahan boleh call Rusniwati 017-4738763 or Ab Halim 017- 5801924.







5 comments:

Siti Yang Menaip said... Best Blogger Tips

seronok duduk homestay dapat stay ramai2..

Bunda_nora said... Best Blogger Tips

Ada lagi bilik kecik kat belakang, okay lah tu... kalu keluarga ramai dah elok sangat dah tu..

Nora Karim said... Best Blogger Tips

Simple je dekonya... comei je nampak...

Umialya said... Best Blogger Tips

Nnt akak simpan no, mana tau tiba2 ke sana

OKje said... Best Blogger Tips

Sekarang ni nak dapat harga homestay murah mmg tak denya. Semua atas Rm100 ek.

Janji dpt mandi. Belasah ajelah berhimpit pun hihi...