Pixajoy

Wednesday, May 03, 2017

Home » Afia's 4th Birthday

Afia's 4th Birthday



Lama tak update blog. Dulu masa Afia baby setiap perkembangan dia ibu celoteh dalam blog. Semalam dah 4 tahun dah anak ibu. Ohh cepatnya masa berlalu. Bulan depan Aryan pun dah setahun. Tolong jangan cepat sangat besar anak2 oii.huhu

Macam biasa la kan setiap tahun mesti ada sesi potong kek. Kali ni ibu tempah dekat orang yang sama masa birthday Abang Aiman tempohari. Senang sebab boleh COD. Kek pun boleh tahan sedap, harga berpatutan.

Sebab Kak Pia ni gila sangat dengan baby doll keknya haruslah tema doll. Kali ni carrot cake jadi pilihan.


Dah ibunya jual bundle, pilih je dress dalam bale ibu untuk birthday girl. Walaupun banyak baju tapi pening jugak sebab rasa macam tak ada yang sesuai pulak untuk Afia.haha At last ibu pilih yang ni. Crown headband tu Kak Na (anak mak pengasuh) tolong belikan. Jadi la kan nak potong kek je pun dok buat pulun apa.kiki


Sebenarnya selama ni kami tak pernah buat apa-apa majlis harijadi untuk anak-anak. Dah Kak Na nak join, ibu jemput 1 famili mak pengasuh buat makan kecik2, small celebration untuk Afia. 

Masa depa mai bawak belon dan hadiah coklat cawan ni Afia macam malu-malu..agaknya terkejut kot. Mengada sangat ok. Ni pun nak suruh pose bukan main susah..kena ugut tak boleh ikut Kak Na pi butik baru kalut buat gaya.haha..


Salah sorang anak mak pengasuh sama tarikh birthday dengan Afia, Kak Yani balik kerja datang bawak lagi banyak belon Happy Birthday. Jom potong kek!





Petang tu nak masak tetiba lampu dapur buat hal, dengan sadisnya ibu masak dalam gelap. Buat bihun goreng simple je dengan spageti bolognese kesukaan birthday girl. Gambar pun tak sempat snap dah kalut berperang dengan Aryan sado. Semput ok! Ni pun picture ibu tapau untuk breakfast kat opis esoknya.


Ini birthday present untuk birthday girl, telekung sedondon dengan ibu..plus playtent kat atas tu..plus handbag 3 bijik plus 2 lunch box bag. Banyak gila kan hadiahnya. Nafsu ibu je yang lebih ni.hihi


Selamat Hari Lahir Afia Imanina. Kehadiran Kak Pia memang antara anugerah terindah dalam hidup ibu. Ibu tatang Kak Pia dengan penuh kasih sayang dari mula dapat tau Afia dalam rahim ibu. Kak Pia umpama anak pertama yang membuat ibu merasa semua kenikmatan yang tak pernah ibu rasa masa kehadiran Abang Aiman dulu. Semua yang terindah untukmu kekuatan iman kami, so sila jadi solehah...jangan terlalu diva.huhu



6 comments:

Petak Bunga said... Best Blogger Tips

happy besday afia. oo sebaya nga Luth ye.. x ingat dah umur afia..

aryan azra said... Best Blogger Tips

sanah helwah afia imanina...semoga menjadi anak solehah cemerlang dunia dan akhirat ya... comel sangat diva kecik nih

hainom OKje said... Best Blogger Tips

Happy Bezday Kak Pea comey...cantiklah Kak Pea rambut pendik mcm ni.

Ha a mmg diva sangat tau kak Pea ni, kek pun dress. Hadia pun banyak plus plus...Mmg betul betul kena tatang dgn ibu ni tau!

♡ m.a.w.a.r_ b.e.r.d.u.r.| ♡ said... Best Blogger Tips

HB princess Afia..semoga membesar menjadi anak solehah ye

LYAfrina said... Best Blogger Tips

Comwy btl princess afia..tringt dlu afia baby lg..tup2 dh 4 thn..dh jd kakak pom..cpt btl msa bjln..smoga afia trs mbesar dgn sihat n bjaya duniakhirat..aamin

nini said... Best Blogger Tips

Wah cantiknya kek dia....nyum nyum