Pixajoy

Saturday, July 08, 2017

Home » Kuih Raya 2017

Kuih Raya 2017




Nak jugak tempek bukti aku buat kuih tahun ni.hahaha..


All the time favourite. Samperit susu buat dua adunan. 1st dought sebelum raya dah licin

Biskut Mazola 1st time buat. Aku adjust resepi letak Peanut Chocholate sedap jugak la tapi tak tau kenapa lepas bakar mesti melekat dekat loyang. Bebai jugak la membuatnya sampai habis. Lepas ni mungkin serik dah nak repeat buat.haha

Kuih gunting tapi hentam sajalah labu macam-macam bentuk.haha..Sedap ni tau buat gonyeh depan TV. Kalau rajin nanti aku share resepinya. 1st time jugak buat menjadi sedap. Cheewah

Jejari Nestum yang takda rupa jejari.hihi. Ni pun laku keras terpaksa buat dua adunan.

Ni satunya biskut yang aku buat tak menjadi tahun ni. Samperit Cheese ni memula lepas bakar sedap jugak pastu terus jadi macam lemau jahanam.haha..Salahkan resepi ye aku ikut step by step bahan semua tak derhaka langsung.

Kerepek bawang je en suami beli. Memang setiap tahun beli sebab sedap. Berpotensi untuk dikomersialkan tau. Tengok la nanti kot2 aku jadi tokey kerepek bawang pulak.hahaha..

Siap packing untuk bawak balik kampung.

Ada sejenis dua lagi biskut yang aku teringin nak buat tapi tak sempat. Bila repeat buat dua adunan tu yang lari budget masa. Bahan-bahan ada tu bila rajin nanti aku try buat. Tak tau la bila nak rajinnya. Jangan kejung hocholate rice Chocholate chips dalam peti ais sudah.





3 comments:

SIQAHIQA said... Best Blogger Tips

Semperit susu sedap!! Siqah setiap tahun mesti nak cari tat nenas. Susah nak jumpa yang sedap..

nini said... Best Blogger Tips

Seriusly saya dah start suka biksut ni tau...member adik buat..sedap...kalau ter hangus lagi sedap...hahaha

Siti Yang Menaip said... Best Blogger Tips

kuih CT tahun ni tnjuk2 ja.. rasanya tiap2 tahun tnjuk =P