Pixajoy

Monday, August 21, 2017

Home » Aryan Berjalan

Aryan Berjalan



Akhirnya Aryan dah jalan! Abang Aiman jalan masa umur 9 bulan, Kak Pia 1 tahun seminggu, Aryan pada usia 1 hari lagi genap 1 tahun 2 bulan. Betul setiap perkembangan anak berbeza, ibu buat relex buat peace je raikan dengan besar hati walaupun orang sekeliling lagi busybody Aryan lambat jalan.huhu..

Dia yang paling lambat..dia juga paling ligat merangkak. Nak jadi rekod Aryan bangun berjalan banyak langkah dekat rumah Tok Usu di Johor. First time juga bawak Aryan balik Johor jumpa sedara mara sana. Nanti update kisah Johor.



Picture or video Aryan jalan tak sempat snap lagi. Aryan boleh terus bangun sendiri tanpa bantuan walaupun lambat. Sekarang tengah gigih usaha nak imbangkan badan. Sebulan lagi ok kot dah boleh berlari rasanya.hihi

Kak Pia yang nak sangat makan kek..so ni kononnya sempena Aryan dah pandai jalan. Nama Kak Pia dan Abang Aiman kita tempek sama biar sama adil walaupun sebenarnya takda motif.haha..



Well done adik kacak. Big clap for Adik Aryan please.haha..




2 comments:

hainom OKje said... Best Blogger Tips

Lepas ni mama tak cukup kakilah nak mengejar Aryan hihi....
Cepat pandai berlari pulak Aryan nanti mama mesti buat kek...

nurbijen said... Best Blogger Tips

Clap clap clap...
Well done, Aryan..

Untung Aryan, boleh jalan pun dapat kek...nyum nyum!