Pixajoy

Friday, August 25, 2017

Home » Mr Steak House Sungai Petani

Mr Steak House Sungai Petani



Dah lama ye tak review makan-makan kat blog. Memang sejak ada anak kecik dah jarang sangat makan luar, biasa tapau makan kat rumah lagi selesa. Ni Aryan dah besar sikit dah boleh diam dalam baby chair baru senang ibu nak melantak.haha. 

Pertama kali cuba makan kat Steak House SP..indah khabar dari nama kata en suami. Memang kebanyakan tempat terjahan JJCM ni so so je kan. Harap makanan ja mahal tapi tak sedap. Bukan aku yang kata.hahahaha


Air memang takda yang special. Air buah je la segelas RM 5.  Afia milo ais, RM 2.50, Aiman laici buah..en suami air apa entah lupa dah aku..pastu add air mineral kecik sebotol RM 2.


Ok jom tengok apa yang kami order

Spageti Carbonara untuk Afia. Dia makan sikit je ibu yang habiskan. Pastu siap review ibu masak lagi sedap..so apa nak dikata.hahaha..

Lamb Grill apa ntah en suami kata tak best.huhu

Ni menu kedua en suami. Orangnya besar makan pun sampai dua menu. Adik ambik order pun terkejut.hahaha. Rasanya memang krik krik..en suami makan pun tak habis.hihi

Chicken Chop Aiman. Aiman makan tak bunyi apa. Lapar sangat barangkali. Dia punya menu lambat sampai Adik ambik order lupa.huhu

Overall bagi aku biasa je la nak kata sedap sangat tak pun..nak kata tak sedap sangat boleh la makan. Lagipun perut memang tengah lapar. En suami je dari awal sampai kesudah tak puas hati dengan rasa. Biasa aku yang suka complain bab makan tak sedap kali ni terbalik pulak..haha

Aku order Yee Mee Sizzling cari gambar dalam galeri takda pulak, rasa macam ada snap picture. Lantak la ye namanya blogger2 ni saja suka pulun snap sana sini. Nah sambung gambar Aiman Afia Aryan pulak.hihi..







Total lost RM 81..dengan harga dan rasa yang tak sepadan en suami dok mengomel tak sudah.haha..Lain orang lain citarasa. Lagipun tengok tempat ni memang jadi tumpuan ramai. Tekak kami je rasa tak best kot. Mungkin jugak bini beliau dok biasa masak sedap sangat tu yang makan kat kedai tak sedap.hahaha 





4 comments:

Miera Hassan said... Best Blogger Tips

kadang macam tula... keluar review kat tv sbb ramai org datang je..tp rasa belum tentu.. sebab famous and viral je kan.

eita said... Best Blogger Tips

tengok dalam tv tu bukan main lagi napok sedap je..sekali dah kena komen macam ni..baek masak sendiri kan..berbaloi je...

Wa said... Best Blogger Tips

Kan...rasa serik makan kat kedai makan..masak sendiri lagi best..bak kata anak2. Anak2 memang memahami hihihi

Mummydearie said... Best Blogger Tips

Mahu en.suami tak komplen PK sebabnya dia order dua hidangan. Dua-dua pulak tu tak sedap. Yang alasan bini masak kat rumah lagi sedap tu tak dapatlah nak dinafikan, ditepis-tepis kenyataannya. Mungkin betullah dah Cik Pia pun kata gitu.

Tengok spaghetti Cik Pia pun takda selera nak makan. Restoran kalau masuk JJCM ni memang memanjang indah khabar dari rupa. Nak lariskan jualan, memanglah bayar masuk JJCM.