Pixajoy

Sunday, September 10, 2017

Home » Eid Al Adha 2017

Eid Al Adha 2017



Liatnya nak menaip wey. Cerita Johor pun tak sempat nak abadikan kat blog gambar semua hilang bersama kenangan. Aryan sado pi buang handphone ibu dalam mesin basuh..sodaqollah jawabnya.hahaha.

Meh cerita kisah raya haji ajelah. Raya kali ni mak abah mertua raya kat Johor, aku pulak kena duty raya pertama so kami raya sendiri je kat SP. Raya sendiri bermakna aku kena la masak menu raya sendiri..tak boleh la nak mengelat.haha..

Menu simple rendang kambing plus kuah kacang daging dengan nasi himpit. Daging masak hitam tu buat makan lunch. Ketupat tak reti nak buat.hahaha..


Balik solat raya macam biasa sesi salam bersalaman maaf bermaafan..lepas lima minit bercekau balik.hahaha..Ni ja la picture famili kecik kami. Sesekali sefie wefie.huhu..


Ok drama queen in action. Snap laju-laju sebelum model bebai.haha Kak Pia ni jenis yangt tak boleh panas sikit.so baju yang mendatangkan panas memang dia tak suka..membazir je la beli baju lawa kat dia pakai sekejap sangat. Tahun depan malas dah ibu nak beli.huhu


Aryan pulak sehari sebelum raya demam. Asal raya ja demam..asal demam je raya.haha..Raya kedua pi ambik ubat 3 buah klinik terjah..orang punya ramai..pakat tak sihat belaka.



Raya pertama tu lepas habis duty terus gerak balik Nibong Tebal. Tak sempat sangat nak beraya sebab Aryan dengan Afia tak sihat pastu orang pakat kalut kenduri dan korban. Tetiba pagi raya kedua jiran sebelah hantar ketupat daun pisang sebijik macam aruah mak buat. Nikmat yang amat dapat makan dengan rendang ayam. Alhamdulillah..


Raya ketiga kami ke kenduri Penang pastu terus tolak balik SP..malam tu aku dah mula kerja. Tamat la raya kami.hihi..




1 comments:

Mummydearie said... Best Blogger Tips

At least berayalah juga. Kita ni langsung tak pakai baju raya, tak masak raya, bersalam-salaman di pagi raya pun takda ya. Kita demam & diarrhea dari Hari Merdeka sampailah bawa ke cuti extra hari Isnin tu. Makanya takdalah cerita raya haji tahun ni. Tapi tak kisahlah, kalau pakai baju raya pun belum tentu beraya sakan masa Aidil Adha ni.