Pixajoy

Saturday, November 18, 2017

Resepi Kek Oreo Susu Coklat Dutch Lady Viral



Disebabkan aku ni pencinta oreo, aku dah terjebak dengan kek viral ni. Dok lalu lalang ja kat wall fb, kat IG menggoda sangat tau. Pulak tu dengan dua bahan je dapat hasilkan kek yang sedap menjilat jari. Tunjuk ja kat en suami dan dan suruh buat. Over dari aku nampknya. Kalau ikut aku, macam boleh je pending lagi nafsu.hahaha

Dua bahan ni je. Oreo plus Susu dutch lady coklat

Nampak tak sapa lagi teruja. 

Kebetulan kat Tesco offer sepeket Oreo RM 2. Wahhh apa lagi borong la. Malam tadi balik dari Tesco terus kerah bini masuk dapur buat kek. Tak menyabaq gila.hahaha

Let me share my version.

Resepi Kek Coklat Oreo : 

2 peket oreo + 1 cawan air susu dutch lady coklat or ( 1 kotak kecil susu) , blend  together tuang dalam loyang yang dilancer dengan marjerin pastu kukus dalam 20 minit. Dah sejuk boleh tuang topping coklat. Tanpa topping pun dah sedap bangat.

Tada..siap! aku tabur dengan chocholate rice yang memang dah sedia ada kat rumah baki buat kuih raya tempohari.

En suami tak mau coklat, so potong dulu untuk aku pastu baru tabur Coklat Nips. Isk padan je nak berenti makan takut aiskrim cair kalau tak dah beli 3 tapaware aiskrim makan ngan kek coklat ni mantap jugak..Yummy!

Topping coklat tu lupa la pulak nak grab coklat masakan..serbuk koko pun takda kat rumah..so dengan kreatifnya aku blend susu coklat + oreo masak atas api dengan sedikit marjerin dan susu cair. Wallah sedap jugak.

Hari ni buat lagi 1 adunan tapi versi cawan. Yang ni tanpa topping tapi kat tengah meleleh macam coklat larva tu..Lagi nikmat tak terkata.huhu..

1 cawan ni untuk sepeket oreo. Memang sekali dua kali ngap je licin..so kalau nak buat better dua peket terus.

Ni rupanya sebelum letak topping yang memula tadi kalut sangat nak makan sampai lupa snap kejadian sebelum letak topping.

Tada..sumpah sedap.hahaha

Ok tu je resepinya dah bagi. Rasa dia just nice tak manis..lemak2 gitu. Sila buat jangan malas. Kalau dua bahan ni malas lagi tak tau nak kata apa..jangan jadi orang la..jadi bawang.hahaha..




Thursday, November 02, 2017

Pendaftaran Afia ke Pra Sekolah




Hari ni ibu dan Afia ke taklimat dan pendaftaran sekolah untuk Afia ke pra tahun depan. Abah meniaga adik aryan hantar sekejap ke mak pengasuh..bawa dia nanti haru biru pulak jadinya. Yes kami buat pilihan hantar Afia ke pra senang tak payah dah nak fikir tadika apa nak hantar. Lagipun dengan silibus dari kementerian dan cikgu terlatih berpengalaman harap Afia dapat yang terbaik kat sana. Senang lagipun sekali hantar Aiman dan Afia sekolah sama.

Malam tadi ibu duty malam pagi lepas hantar Abang Aiman sekolah pakat tumbang 3 beranak lena..jaga je kalut la bersiap. Laju-laju snap sementara Afia tengah excited dan masih dalam mood molek.haha..





Dia kalut suruh hantar dia dulu pi sekolah pastu ibu hantar la adik Aryan. Kemain lagi confident ya..tunggu first day nanti camna.huhu. secara ringkas guru besar bagi ucapan dan penerangan pasal pakaian..pasal peruntukan pra dan sebagainya. Dengar tadi cikgu kata total 40 orang sahaja budak pra. Cikgu 2 orang dan 2 orang pembantu. Ada 10 lagi kekosongan, 2 kelas setiap kelas ada 25 pelajar..5 dan 6 tahun campur.



Orang belum mula taklimat lagi dia dah kalut hangat pastu nak buka tudung. Sekolah nanti nak pakai tudung camna Kak Pia oi.huhu


Dalam sejam lebih je habis la acara. Sebelum balik macam biasa la singgah kedai demand aiskrim. Hari-hari aiskrim budak ni.



Aishh tak sangka sungguh la bambam ibu ni cepat sangat besaq..dah nak sekolah tak lama lagi. Moga diberi kemudahan diterangkan hati menerima pelajaran disenangi cikgu dan kawan-kawan. Rajin - Rajin belajar jadi anak solehah hendaknya.