Pixajoy

Thursday, March 29, 2018

Home » Libur - Libur Zoo Taiping

Libur - Libur Zoo Taiping



Plan asal nak ke Bukit Bendera, nak pekena Aiskrim  Banana Split viral tu. Pastu singgah Padang Kota la kena Pasembur. Sampai kat feri Masyaallah kereta tersusun, almaklum musim cuti sekolah kan, mana tempat je tak jam. Fikir balik pukul berapa nak dapat naik atas..buatnya orang ramai kat Bukit Bendera tu naya ja.

So aku ajak en suami pusing balik ke Taiping. Ubah plan kita ke Zoo. Zoo pun dah lama tak jejak, anak-anak dah besar, dah waktu yang sesuai..mesti depa enjoy.

Tiket masuk dewasa RM 17, kanak-kanak RM 8.50, budak below 3 year percuma. Kalau datang by group or IC alamat Perak boleh dapat diskaun lagi.

Lets go in

Masuk je dalam tengok bersusun orang dok tunggu train. Aku dengan Aiman semangat ajak abah depa jalan kaki je pusing zoo. Naik train tu bukan nampak sangat binatang, nak tunggu train dengan orang ramai tu pun dah buang banyak masa dah. Aku bab tunggu ni memang lemah sikit. Jalan la bakaq sikit kalori tu abah oi.haha

Aryan punya ligat..kuat jalan...sekali dua je minta dukung tu pun kejap sangat. Nampak dia sangat enjoy tengok animals, memang tak buat perangai langsung. 

Tak plan pun nak pakai boria grey. Dah siap tengok-tengok sekali dengan abah baju sama warna. Haha

Birds

Crocodile

Acah-acah tengok peta sangat

Memang enjoy tengok animals ibu mampu snap dari belakang tunjuk bontot ja.hihi

Orang Utan

Tunjuk fish

Macam pandai baca hang dik

Aryan tengok Kak Pia panjat dia pun ikut

Lagi minat dengan fish. Aduhh takat fish ni tak payah mai zoo boleh tengok adik oii

Rest sat letih jalan wefie sekeping.huhu

Kak Pia drama queen ada sikit la drama mata pedih masuk habuk la..geruk sana geruk sini gatal sebab peluh..pastu dok bising Kak Pia nak naik keretapi.haha.

Deer ke namanya ni

Tenggiling

Spesis beruk bontot merah ni banyak pulak berkeliaran. Aryan dia bukan reti takut..siap pi dekat nak buat geng peluk. Nasib beruk tu pun nampak orang dekat dia lari. Ibu takut dia gigit je.

Kelawar ni Kak Pia kata dah tengok dalam Upin Ipin. This is real Kak Pia oii bukan dalam TV.


En suami ajak datang zoo lagi dalam masa terdekat. Aku macam ceh..jemu dah kot Zoo Taiping ni. Sepuluh kali dah kot masuk..tunggu 5 tahun lagi la kita pi.hahaha..




0 comments: